Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:
Showing posts with label Rahsia. Show all posts
Showing posts with label Rahsia. Show all posts

Lelaki lebih berahsia

BUKAN hanya wanita makhluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakan mereka amat sukar difahami.

Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka.

# Sifat lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

# Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

# Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

# Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

# Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

# Lelaki pentingkan kejujuran

Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.

# Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.

Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.

Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

# Lelaki juga mahukan sokongan

Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang ... ."

# Sahabat yang paling baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

# Lelaki mesra tanpa emosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi.

Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.

Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.

Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita.
READ MORE- Lelaki lebih berahsia

63 petua bahagia

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
READ MORE- 63 petua bahagia

Romantis: Cinta magnet pikat pasangan

PEREMPUAN mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka.

Bagaimana pula wanita memberi tafsiran mengenai cinta terhadap lelaki? Biarpun lelaki dan wanita diciptakan Allah dalam bentuk berbeza, hakikat cinta tidak mampu dinafikan sesiapa.

Renungi perkara berikut yang boleh mendorong seseorang itu untuk terpikat antara satu sama lain:

# Semua orang ada jodoh atau pasangan menanti yang biasanya tidak jauh daripada diri anda. Jarang seseorang itu bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

# Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insyaAllah akan menemukan diri dengan pasangan.

# Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga bertemu jodoh.

# Seimbangkan hidup dengan sempurna supaya diri menjadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan kepada diri anda.

# Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati daripada perasaan negatif.

# Untuk memudahkan orang menyayangi diri anda, bersihkan hati dengan menjaga ibadah, solat taubat, beristighfar, membaca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

# Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik kasih sayang kepada anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

# Mereka yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, diri harus sentiasa menarik kerana tanggapan pertama adalah paling penting.

# Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

# Buka hati dan minda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

# Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata dengan memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

# Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni terhadap pasangan dengan gelombang fikiran secara berterusan hingga berjaya.

# Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

# Tidak salah bagi wanita memulakan usaha perkenalan. Lelaki akan sentiasa berasa mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya si wanita yang memulakannya.

# Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan pada bakal pasangan.

# Beri tumpuan pada minat dan perasaan pasangan. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

# Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera supaya si dia rasa selesa.

# Semakin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

# Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain.

# Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, bersahaja, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki berkenaan.

# Untuk lelaki, usah terlalu berjimat atau kedekut.

# Lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan seperti perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

# Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada si dia. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
READ MORE- Romantis: Cinta magnet pikat pasangan

Cinta ubat, racun jiwa

RASA cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini.

Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya kehidupan ini?

Dalam percintaan, tiada sempadan untuk menikmati perasaan itu. Baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan.

Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta?

Bagi yang tidak faham apa makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab segalanya.

# Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan tetapi derita di perasaan.

# Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

# Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

# Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.

# Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

# Cinta bukan paksaan. Ia lahir daripada dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

# Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

# Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

# Apakah cinta itu? Cuba katakan... Tidak lain dan tidak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

# Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

# Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.

# Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala perasaan cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, sukar membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


sumber:-myMetro
READ MORE- Cinta ubat, racun jiwa

Ketahui punca merajuk

BAGAIMANA agaknya jika teman lelaki atau suami merajuk kerana sesuatu perkara yang tidak diketahui?

Meskipun dianggap perkara kecil, ia mampu mencetus sesuatu yang tidak elok, menjadi api dendam yang menyakitkan sehingga tidak boleh dimaafkan.

Sebelum mengetahui cara memujuk, harus diketahui punca rajuk si dia. Ada beberapa sebab seseorang itu merajuk seperti dipaparkan berikut:

- Cemburu. Ini faktor utama si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda daripada dirinya biarpun ia hanya rakan, pekerjaan atau keluarga. Hati yang tergugat itu mendorong dia berperasaan cemburu.

- Tidak dapat apa yang diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu tetapi anda tidak memberikannya biarpun hanya disebabkan sekeping piza. Keadaan itu boleh menjadi alasan besar untuk dia merajuk berterusan.

- Orang lain lebih hebat daripada dirinya. Ada kalanya dia merajuk untuk mendapatkan perhatian daripada anda atau ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa.

Untuk mengubat perasaan itu, dia perlukan anda di sampingnya tetapi dengan cara yang sangat berbeza, merajuk.

- Bagaimana memujuk? Apabila tahu si dia merajuk, anda perlu bijak mencari punca dan jangan biarkan perasaan itu terus parah.

- Terangkan perkara sebenar. Lebih mudah berkata benar daripada berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku dan tanyakan punca dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda dan jangan berselindung.

Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar, ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat dan menyayangi dirinya.

- Bertolak-ansur dan bijak membuat keputusan. Memang sukar bertolak-ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah.

Jika dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, perlu bijak menggunakan cara tersendiri untuk memujuk hatinya.

- Ucapkan kata-kata manis. Ketika si dia merajuk, cuba bergurau senda dengannya dengan menggelarkan dirinya ‘comot’, ‘manja’ dan seumpamanya.

Selitkan juga ayat berbunga, indah dan menenangkan dalam perbualan.

- Nyanyikan lagu. Cara ini paling sesuai digunakan tetapi mungkin tidak ramai yang sanggup melakukannya. Tidak pun, hantarkan seni kata lagu terutama lagu yang pernah menjadi kenangan indah berdua.

Si dia mungkin tersenyum dan ia pasti menggembirakan.

- Bersyair atau berpuisi indah. Bagi yang mempunyai cita rasa seni, pujuk dengan syair atau sajak indah yang penuh dengan kata-kata puitis.

Jika mampu, lagukan puisi indah itu untuk menghilangkan perasaan merajuknya itu.


diamik secara paksa dari myMetro
READ MORE- Ketahui punca merajuk

Romantis: Cinta lelaki pelik, unik

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.

Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

# Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

# Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

# Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.

# Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

# Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.

# Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.

# Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.

# Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.

# Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.

# Lega apabila pasangan memujuknya.

# Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.

# Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).

# Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.


Sebenarnya apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikap amat mengejutkan.

Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

Malah, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amat sukar. Antara tanda-tanda lelaki jatuh cinta ialah:

# Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.

# Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

# Dia banyak menasihati kekasih kerana amat menya yanginya.

# Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.

# Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

# Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

# Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.

# Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.

# Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

# Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

# Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan ke kasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.

# Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

# Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kekasihnya kem bali.

# Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya.


xpercaye ?? sila rujuk SINI yea
READ MORE- Romantis: Cinta lelaki pelik, unik

Kenali keikhlasan si dia

PERNAHKAH anda digilai lelaki yang begitu teruja dengan diri anda? Si dia yang mencintai anda itu mungkin benar-benar ikhlas namun anda tidak pernah memberinya peluang kedua.

Apabila segalanya sudah berakhir, menyesal pun sudah tidak berguna. Bukan seperti sebuah drama, segalanya berakhir dengan kebahagiaan namun dalam dunia nyata, tidak semuanya berakhir penuh kebaikan.

Mengakhiri episod sebuah percintaan yang malap, penuh kesayuan dan kepedihan membuatkan anda merana selamanya.

Biarpun pernah menderita, cuba selidiki kenangan yang pernah anda cipta bersama si dia. Mana tahu anda mampu mengubah pandangan anda kepadanya.

# Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.

# Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.

# Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.

# Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.

# Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.

Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza bukan ‘aku CINTA padamu’ tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.

# Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

# Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.

# Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

# Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.

# Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.

# Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.

# Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.

# Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

# Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya mengganggu diri anda.

# Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia!

# Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.

# Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.


ehsan dari myMetro lagi
READ MORE- Kenali keikhlasan si dia

Kenali budi pekerti wanita dicintai

PERNAHKAH anda dilamun satu perasaan yang agak aneh dan mula membayangkan seseorang dalam hidup? Ketika terbuai perasaan dan tumbuhnya di celah-celah naluri keremajaan, ia begitu istimewa.

Sesaat teringatkan si dia dan pada masa sama terus dibuai kerinduan menggila, apakah itu yang dinamakan cinta?

Bagi yang tidak pernah dihimpit perasaan sedemikian, bersedialah untuk menyelami sekali gus mengurus perasaan cinta yang menghampiri.

Mampukah ditolak datangnya cinta apatah lagi kehadirannya tanpa diundang umpama pencuri.

Cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati.

Memang perasaan itu tidak boleh ditahan dan dibendung.

Cuma, berlaku jujur ketika menyalurkannya mengikut kehendak syariat.

Perasaan ‘cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan untuk membuatkan diri tergelincir kepada kemungkaran.

Baik lelaki mahupun perempuan, jika perasaan itu baru saja muncul di sudut hati, barangkali ramai yang masih berteka-teki akan teman yang mulai disukai itu.

Jika anda lelaki yang baru hendak berjinak-jinak mengenali golongan hawa, kenalilah personaliti diri mereka sebagai panduan.

# Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tetapi perempuan hanya ingin bermanja dan sekadar ingin mendapat perhatian.

# Cerewet
Bukan bermaksud cerewet tidak tentu hala, adakalanya si perempuan ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali-sekala.

# Halus
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut, mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang perempuan terkenal sebagai seorang pemaaf yang memaafkan orang lain atas sebab kesalahan, biasanya perempuan akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.

# Ikhlas
Ikhlas seorang perempuan tidak perlu diragui.

# Korban
Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Perempuan amat tabah.

# Prihatin
Perempuan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

# Manja
Walaupun dia adalah seorang perempuan yang pandai berdikari, naluri kaum hawa masih lagi tetap seorang perempuan. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki namun juga sesama kaum.

# Ego
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

# Cinta
Cinta pertama bagi wanita lazimnya adalah cinta yang paling dalam dan tulus.

# Seks
Seks bukanlah segala-galanya kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Nafsunya banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu lantas fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkan dirinya.


sumber:- myMetro
READ MORE- Kenali budi pekerti wanita dicintai

8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?


sumber:-http://www.esempoi.com/artikel/tips-cinta/8-petanda-dia-adalah-jodoh-kamu/
READ MORE- 8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu

RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.
READ MORE- RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR

Rahsia Menambat Hati Perempuan

* Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

* Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

* Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

* Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

* Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.

* Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

* Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

* Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

* Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

* Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!


sumber:-http://www.freewebs.com/chello_2005/Rahsia%20Menambat%20Hati%20Perempuan.htm
READ MORE- Rahsia Menambat Hati Perempuan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!