BAGAIMANA agaknya jika teman lelaki atau suami merajuk kerana sesuatu perkara yang tidak diketahui?
Meskipun dianggap perkara kecil, ia mampu mencetus sesuatu yang tidak elok, menjadi api dendam yang menyakitkan sehingga tidak boleh dimaafkan.
Sebelum mengetahui cara memujuk, harus diketahui punca rajuk si dia. Ada beberapa sebab seseorang itu merajuk seperti dipaparkan berikut:
- Cemburu. Ini faktor utama si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda daripada dirinya biarpun ia hanya rakan, pekerjaan atau keluarga. Hati yang tergugat itu mendorong dia berperasaan cemburu.
- Tidak dapat apa yang diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu tetapi anda tidak memberikannya biarpun hanya disebabkan sekeping piza. Keadaan itu boleh menjadi alasan besar untuk dia merajuk berterusan.
- Orang lain lebih hebat daripada dirinya. Ada kalanya dia merajuk untuk mendapatkan perhatian daripada anda atau ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa.
Untuk mengubat perasaan itu, dia perlukan anda di sampingnya tetapi dengan cara yang sangat berbeza, merajuk.
- Bagaimana memujuk? Apabila tahu si dia merajuk, anda perlu bijak mencari punca dan jangan biarkan perasaan itu terus parah.
- Terangkan perkara sebenar. Lebih mudah berkata benar daripada berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku dan tanyakan punca dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda dan jangan berselindung.
Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar, ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat dan menyayangi dirinya.
- Bertolak-ansur dan bijak membuat keputusan. Memang sukar bertolak-ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah.
Jika dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, perlu bijak menggunakan cara tersendiri untuk memujuk hatinya.
- Ucapkan kata-kata manis. Ketika si dia merajuk, cuba bergurau senda dengannya dengan menggelarkan dirinya ‘comot’, ‘manja’ dan seumpamanya.
Selitkan juga ayat berbunga, indah dan menenangkan dalam perbualan.
- Nyanyikan lagu. Cara ini paling sesuai digunakan tetapi mungkin tidak ramai yang sanggup melakukannya. Tidak pun, hantarkan seni kata lagu terutama lagu yang pernah menjadi kenangan indah berdua.
Si dia mungkin tersenyum dan ia pasti menggembirakan.
- Bersyair atau berpuisi indah. Bagi yang mempunyai cita rasa seni, pujuk dengan syair atau sajak indah yang penuh dengan kata-kata puitis.
Jika mampu, lagukan puisi indah itu untuk menghilangkan perasaan merajuknya itu.
diamik secara paksa dari myMetro
No comments:
Post a Comment