Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Seronok sambut raya dua budaya

DENGAN pakej menarik yang dimiliki mereka, sepantas kilat nama Nur Fathia Abd Latiff (Fathia), 24, Syakila Nisha Jahangir Khan (Kilafairy), 19, berjaya menempa populariti dalam dunia hiburan yang disimbah glamor.

Jadi usah terkejut andai menyelak muka depan halaman hiburan arus perdana mahupun majalah ketika ini apabila wajah mereka mula terpampang di sana-sini sebagai penyeri.

Lalu RAP turut tergerak mempertemukan dua jelitawan ini untuk berkongsi cerita raya mereka sekalipun menyedari kesibukan jadual seni masing-masing.

Berdarah campuran, Fathia dilahirkan dalam keluarga berketurunan Arab sebelah ibu manakala ayah Kilafairy (Kila) pula keturunan Pakistan.

Memulakan perbualan, Fathia berkata, jika kebanyakan wanita Melayu menggayakan baju kurung di pagi raya, dia dan saudara-mara yang lain akan mengenakan jubah selain bertudung

READ MORE- Seronok sambut raya dua budaya

Beraya Dengan Kereta Baru

KUALA LUMPUR: Penyanyi Mimie Haris atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris berkata sambutan Hari Raya pada tahun ini menjanjikan kelainan buatnya secara peribadi apabila dapat memandu pulang ke kampung halaman di Alor Setar, Kedah dengan kereta baru.

Istimewanya, penyanyi lagu Jatuh Cinta Lagi ini memberitahu, kereta Proton Saga FL yang dimilikinya sejak hampir tiga bulan lalu itu dibeli hasil titik peluhnya menerusi nyanyian dan pengacaraan dalam tempoh setahun.

"Saya sangat bersyukur walaupun nama tidak sepopular mana tapi tawaran kerja tidak pernah putus. Pendapatan yang saya peroleh daripada bidang pengacaraan program In Trend (RTM) dan pertunjukan pentas membolehkan saya memiliki kereta sendiri.

"Sebab itu, saya rasa sambutan Hari Raya kali ini lebih menarik kerana dapat memandu pulang ke Kedah dengan kereta baru," katanya.

READ MORE- Beraya Dengan Kereta Baru

Tasha suka melaram

Tak kisah tak popular

MEMILIKI wajah cantik persis penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti atau KD tidak pernah membuatkan bintang baru yang semakin menyerlah, Tasha Shilla, 24, perasan dan membangga diri.

Malah, gadis berketurunan Melayu-Jawa yang mula melonjak nama menerusi drama bersiri Gemilang dan Sahara itu mahu dikenali menerusi bakat, bukan taruhan berwajah cantik. Tidak dinafikan, apabila ternampak kelibat Tasha, lelaki mahupun wanita pastinya menoleh beberapa kali. Dalam hati pastinya terdetik `cantik gadis ini, wajah seperti Krisdayanti’.


Namun, kecantikan anugerah Tuhan tidak pernah membuatkannya berhidung tinggi, malah kehidupannya berpijak pada bumi nyata.

Walaupun kini Tasha antara wajah baru yang menjadi buruan pengarah dan produser, malah namanya juga semakin meniti di bibir peminat, Tasha masih seperti dulu. Tiada apa yang menukar kehidupannya kecuali kesibukannya di lokasi penggambaran drama dan filem.

“Saya bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini. Saya hanya berharap peminat menilai bakat saya, bukannya mengukur paras rupa. Kalau ikutkan ramai pelakon baru berwajah cantik menjadi perhatian ramai seperti Nur Fathia, Siti Saleha, Sara Ali dan ramai lagi. Saya kagum dengan kecantikan dan bakat mereka.

READ MORE- Tasha suka melaram

Tak tumpu satu bidang

SEKALIPUN tampil dengan imej bertudung, ia nyata tidak pernah menyekat pintu rezeki dua artis jelita ini untuk terus aktif sebagai anak seni. Sama ada, Irma Hasmie Ibrahim, 29, mahu pun Rafidah Ibrahim, 25, mereka masih memperoleh ruang dan menjadi perhatian ramai.

Irma Hasmie atau mesra dengan panggilan Irma, bukan saja masih laris di pentas lakonan tetapi turut menjadi pengacara program bual bicara siaran langsung, Assalamualaikum di TV AlHijrah yang disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 pagi.

READ MORE- Tak tumpu satu bidang

Zizan, Juliana, Tai raya di panggung

TIGA nama, Zizan Razak, Juliana Evans dan Taiyuddin Bakar buat pertama kali digabungkan dalam sebuah filem berjudul Hantu Bonceng.

Meskipun begitu, keserasian yang timbul antara mereka bertiga jelas kelihatan ketika tayangan perdana filem tersebut di Pawagam Odeon, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saling mengusik antara satu sama lain terutamanya antara Zizan dan Juliana Evans menguatkan lagi gosip kononnya pasangan pelakon ini sedang hangat bercinta. Namun ketika disoal media, kedua-dua mereka menafikan gosip tersebut dan menjelaskan mereka hanya sahabat baik.

"Mana ada kami bercinta memang tidak betul sama sekali tetapi saya mengaku saya rapat dengannya dan pernah keluar bersama selepas penggambaran filem tetapi bersama rakan-rakan yang lain termasuk pengurusnya," kata Juliana.

Zizan pula berkata: "Antara kami tiada cinta lokasi. Kami memang rapat tetapi jarang berjumpa, hanya berhubung di telefon."

READ MORE- Zizan, Juliana, Tai raya di panggung

Raya pertama sebagai artis

DETIK yang cukup dinantikan oleh semua umat Islam setiap kali menjelangnya Syawal apabila dapat berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara.

Hanya pada waktu begini sahajalah, ia merupakan peluang terbaik untuk kita bertanya khabar, beramah mesra dan menghabiskan masa selepas sekian lama tidak berkumpul bersama.

Begitulah perasaan yang dialami oleh pelakon baru yang sedang meningkat naik, Noor Neelofa Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa yang cukup menantikan kehadiran Syawal 1432 Hijrah.

Lantaran kesibukannya dengan pelbagai agenda seni serta membahagikan masa sebagai seorang pelajar juga membuatkan Neelofa tidak berpeluang mencuri masa untuk dihabiskan bersama keluarga tercinta.

READ MORE- Raya pertama sebagai artis

Shila Hamzah Menangis Kerana Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah mengakui sangat meminati lakonan Sharnaaz Ahmad dan meminta pelakon tersebut berganding dengannya dalam klip video Patah Seribu.

Jelas Shila, dia dan keluarganya memintai lakonan Sharnaaz terutamanya ketika menonton drama Ungunya Cinta yang sedang ditayangkan di TV3.

"Ketika pengarah bertanyakan tentang pelakon lelaki untuk klip video ini, saya terus terfikir Sharnaaz sebab saya minat dengan lakonannya dan pernah menangis melihat dia berlakon dalam Ungunya Cinta.

Shila Amzah


"Keluarga saya turut meminati Sharnaaz kerana menonton lakonannya dan dia juga bersetuju untuk berlakon bersama dalam video klip ini," katanya.

READ MORE- Shila Hamzah Menangis Kerana Sharnaaz Ahmad

Kembali lah......

Hahaha..apa nie? Apa yang hendak dikembalikan nie atau kembali lah apa ek....Takde pape pun...just saje hendak meletakkan judul entri kali sedemikian...

The main point about this entry is this article.

Artikel ini adalah hak milik myMetro yea...

Mahu kembali kepada keluarga
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


KETIKA industri seni masih memperkatakan kontroversi mengenai dirinya, bintang muda yang menyerlah melalui watak bertudung, Nur Fathia Abd Latiff (Fathia), 24, mengambil keputusan untuk bersara buat seketika.

Gadis berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang ini berehat bukan kerana mahu berkahwin malah bukan juga kerana ada kaitan dengan kontroversi yang tercetus ketika penggambaran Stanza Cinta sehingga mencalarkan imejnya.

Katanya, rancangan berehat seketika daripada dunia lakonan diambil kerana Stanza Cinta banyak menggunakan tenaga dan bermain dengan emosi.

“Lagipun, sudah lama saya tidak luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan kawan-kawan. Jadi sepanjang bercuti, saya ingin mendapatkan semula kehidupan saya sebelum ini.

“Dalam Stanza Cinta, saya memegang watak Amni Sorfina, seorang gadis baik dan beriman. Watak ini mungkin mudah bagi pelakon berpengalaman tetapi bagi pendatang baru seperti saya, ia cukup mencabar.

READ MORE- Kembali lah......

Green Light

Green Light yea...bukan Green Tea tau...apa plak kaitan nya plak dengan posting kali ini. Ini adalah kisah artis baru yang tengah pop ular dan terhangat serta terpanas dengan pelbagai gossip kebelakangan ini.

Untuk selanjutnya, sila teruskan pembacaan kalian artikel terbitan myMetro ini.

Lampu hijau keluarga
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my


BETAPA bertuahnya dilahirkan sebagai Noor Neelofa Mohd Noor. Cantik, bijak, popular dan diulit kehidupan serba indah. Pendek kata, hidupnya umpama alam fantasi, si puteri dilimpahi kemewahan dan kasih sayang tidak bertepi.

Lebih indah apabila pembabitan dalam dunia peragaan menampakkan sinar. Dalam tempoh yang singkat, anak ketiga daripada sembilan beradik ini menjadi sebutan ramai. Masing-masing memuji dia pendatang baru yang punya pakej lengkap dan berpotensi besar sebagai pelapis heroin sedia ada.

READ MORE- Green Light

Kila


Semalam dalam ruangan myMetro ada menyiarkan berita mengenai anak gadis Rohana Jalil yang tengah hot sekarang nie, siapa lagi kalau bukan si persis Angelina Jolie, Kilafairy atau nama MyKad nye kot (x tengok pun MyKad dia),Syakila Nisha Jahangir Khan, 19, berkaitan lakonannya dalam filem terbitan KRU Studios yang baru je ditayangkan di pawangan seluruh negara iaitu Karak.

Ini adalah artikel penuh berita tersebut. Diingatkan bahawa bahan artikel ini adalah sepenuhnya hak milik myMetro bukannya joey39. Harap Maklum.

Kila mangsa eksploitasi Yusry?
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my




KETERBUKAANNYA menjayakan babak berkemban dalam filem Karak terbitan KRU Studios yang masih berperang di pawagam, memberi satu tanggapan bahawa gadis ini mungkin tiada halangan beraksi sedemikian sekalipun untuk sesi fotografi.

Justeru, konsep berkemban ini diusulkan kepadanya mengenangkan ‘keterbukaan’ tadi, mengejutkan apabila Syakila Nisha Jahangir Khan, 19, yang memperkenalkan Kilafairy atau Kila sebagai nama komersialnya, menolak idea itu.



SIBUK...persiapan bintangi filem muzikal, Hore-Hore.


Katanya, cukuplah pengalaman berkemban terpampang dalam Karak kerana enggan dianggap pelakon senang dan sengaja ‘buka-buka’.

“Bagi mereka yang sudah menonton Karak, terus-terang saya tidak pernah sangka akan tampil sebegitu seksi tapi saya tak menyesal melakukannya kerana menganggap ia sebagai satu cabaran dalam bekerja apabila skrip berkehendakkan watak saya berkeadaan begitu.

“Tambahan pula, saya tidak suka mengubah skrip atau idea orang. Mungkin saya boleh menolak menjayakan babak itu tapi saya lebih suka memikirkan penyelesaian daripada mengetepikan idea pengarah secara bulat-bulat.

“Justeru, saya berbincang dan meminta kebenaran daripada pengarah untuk menutup badan dengan tuala dan jelas sekali pengarah (Yusry Abd Halim) tidak menghalang sebaliknya menghormati permintaan saya itu,” katanya.

Kila juga menegaskan bahawa dia sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya dieksploitasi sebagai tarikan seksualiti dalam filem itu.

Jika benar pengarah mahu menonjolkan dirinya dengan cara begitu, tidak mungkin permintaan Kila bertuala dipenuhi.

“Barangkali, sesetengah babak pada tubuh saya terdedah kerana permainan ‘angle’ kamera yang banyak mengambil dari sudut atas. Saya sendiri terkejut melihat diri saya ketika previu Karak, baru-baru ini.


KILA...tak suka ubah skrip


“Namun, saya anggap ia sebagai satu pengalaman berguna dan mempelajari setiap perilaku saya dalam lakonan. Apa yang pasti, itu adalah ‘the first and the last’ saya berkemban! Selepas ini ‘no more!” katanya.

Puteri bongsu kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil itu turut berkongsi kisah lucu setiap kali ‘trailer’ Karak dimainkan di kaca TV. Dia segera menukar saluran supaya ayahnya tidak menonton dia berkemban!

“Papa belum sempat tengok Karak dan saya memang berharap dia tidak melihat lakonan saya kerana bimbang papa marah. Tapi selepas papa baca artikel ini, saya kenalah jelaskan semuanya. Berbanding papa, mama lebih ‘sporting’ mungkin sebab dia orang seni.

“Papa pernah pesan kalau mahu jadi artis boleh tapi tidak boleh berpakaian seksi-seksi dan jangan buat benda-benda yang boleh mencalarkan maruah diri dan keluarga. Papa juga menetapkan syarat gaun saya mestilah bawah paras lutut. Jika singkat sangat perlu ditutup bersama ‘legging’ ataupun seluar panjang,” katanya.

Beralih kepada kisah kerjaya, Kila kini dalam persiapan membintangi filem muzikal berjudul Hore Hore arahan Saw Teong Hin yang turut dibintangi antaranya Adibah Noor, Harun Salim Bachik dan Akim AF7.

“Filem ini kalau tidak silap saya diilhamkan pengarah berdasarkan lagu Hore Hore dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Saya tertarik membintanginya kerana ia bukan hanya memerlukan saya berlakon tapi juga menyanyi dan menari.

“Saya melihat peluang ini sebagai batu loncatan untuk saya membuktikan kemampuan dan menyerlahkan kebolehan yang selama ini kurang diberi perhatian. Sebaliknya kisah peribadi yang sensasi acapkali diperkatakan.

“Insya-Allah penggambarannya akan diadakan hujung bulan ini. Selain Hore Hore saya juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk beraksi dalam sebuah filem mengisahkan kehidupan seorang primadona yang masih dirahsiakan judulnya.

“Manakala, penggambaran yang sedang saya jayakan sekarang ini adalah drama bersiri 13 episod Ayu Suraya yang akan ditayangkan di Astro Prima,” katanya.

Mewarisi bakat nyanyian daripada ibunya, Kila yang sedari kecil sinonim membuat persembahan menerusi rangkaian lagu-lagu Hindustan masih dalam proses mencari bahan untuk single pertamanya yang diterbitkan Edry Abdul Halim.

Sebelum mengakhiri bicara, Kila sempat ditanya mengenai jolokan Angelina Jolie yang diberikan kepadanya. Nyata sekali Kila sangat kurang selesa dengan dakwaan itu.

“Saya menghargai mereka yang memberi jolokan itu walaupun saya sendiri tidak pasti bahagian manakah dikatakan sama seperti Angelina. Ada yang cakap bibir tapi Angelina bibir bawahnya tebal dan saya terbalik - bibir atas yang tebal. Tak tahulah, terpulang orang nak cakap apa.

“Paling paling penting saya mahu diterima sebagai Kilafairy. Nilailah saya pada bakat yang ada sebab itu sudah cukup menggembirakan saya,” ujarnya bersungguh-sungguh.


PROFIL

NAMA SEBENAR: Syakila Nisha Jangir Khan
ASAL: Kuala Lumpur
USIA: 19 tahun
AKDEMIK: Jurusan Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur.
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pelajar
KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
DRAMA: Hotel Mania, Slot Mistik Alam Hitam seperti Pengasih Minyak Dagu dan Darah Pontianak dan Ayu Suraya (Astro).
FILEM: Karak, Hore Hore

LOKASI FOTOGRAFI: Rafflesia Pearl Centre, Park Royal, Kuala Lumpur.
AKSESORI: Rafflesia Pearl Centre
TATARIAS WAJAH: Jepun
PAKAIAN: Ariff Shukor ( 012-9141259 )



Thanks

READ MORE- Kila

Serasi dan sehaluan

Buat bacaan anda semua, ruangan HIBURAN @ JOEY39 nie semakin membesar nampaknya, selalu ajer ader posting atau pun entri melibatkan dunia artis tempatan. Akan tetapi, setiap bahan yang dipaparkan adalah berdasarkan sumber yang betul bukan hasil penulisan joey39, tapi hasil kerja tangan dan idea penulis profesional di dalam bidang hiburan dan penulisan sendiri.

Jadi untuk entri hari nie, apa yang akan joey39 paparkan adalah artikel hiburan daripada Berita Harian Online yang ditulis oleh Zaidi Mohammad

KEMBARA seni mereka baru bermula. Baik Sharnaaz Basir Ahmad, mahupun Nur Fathia, kedua-duanya memang boleh dianggap baru dunia hiburan ini. Tetapi saban hari, kelibat dan pesona mereka mula meraih perhatian peminat, penerbit, pengarah serta stesen TV.

Bulan ini genap dua tahun Sharnaaz berkecimpung sebagai pelakon. Fathia pula hampir dua tahun memilih laluan menjadi pelakon dan pada masa yang sama membahagi masa sebagai pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kebetulan ketika sesi fotografi yang diaturkan ini juga mempunyai persamaan nyata, iaitu kedua-duanya adalah anak jati kelahiran Pulau Pinang. Sharnaaz berasal dari Datuk Keramat, manakala Fathia pula dari Ayer Hitam. Penangan dan tuah pelakon dari pulau mutiara ini juga semakin menyerlah kebelakangan ini.

Wajah mereka di kaca TV juga cukup meriah. Cuma di layar perak, bakat Sharnaaz mula agak menonjol selepas kemunculannya menerusi filem Seru. Ternyata lakonannya dipuji ramai. Fathia pula masih menunggu filem sulungnya, Al Hijab untuk ditayangkan.

Begitu juga di sudut pengiktirafan. Sharnaaz mendahului Fathia kerana disenaraikan sebagai Top 5 kategori Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 bersama Daus, Maulana, Shahz Jaszle dan Shahir.

Malah menerusi pencalonan itu juga, Sharnaaz memanfaatkan ruang terbaik baginya untuk melobi serta memperkenalkan diri dengan lebih menonjol di kalangan peminat seni. Hingga kini Sharnaaz bersyukur dan terus berterusan memastikan kerjaya seninya bertahan ke satu tahap lebih membanggakan.

“Saya harus berterima kasih kepada rakan media, termasuk Berita Harian yang memberi peluang untuk saya meneroka ruang seni sebaik mungkin. Sekalipun tak menang, perasaan dan memori itu satu pengalaman indah yang tak boleh saya lupakan,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama Kasih Alia terbitan JS Pictures bersama Sheila Rusly, Yatt Hamzah, Iqram Dinzly, Fida dan Irma Hasmie.

Drama 26 episod itu akan disiarkan pada Ramadan ini. Disebabkan komitmen selama dua bulan untuk wataknya dalam drama itu, membuatkan Sharnaaz menolak secara baik lima tawaran berlakon drama dan filem.

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki ini. Kerjaya seni juga semakin teratur selepas saya diuruskan syarikat Groomworks. Insya-Allah, kalau jadi seperti yang dirancang saya akan ke lokasi filem kedua berjudul Azazil terbitan Filmscape hujung bulan ini, dan pertama kali bekerja di bawah arahan Kabir Bhatia,” katanya yang kini membuat latihan intensif untuk persiapan menyertai KL Maraton pada 26 Jun ini.

Jurang bayaran sungguh besar

Dalam keseronokan menikmati kerjaya seninya, pelakon ini juga tidak mampu menyembunyikan sedikit keluh kesah yang mula berlegar di benak fikirannya.
Katanya, dia masih kecewa dengan sikap prejudis sesetengah pihak produksi terutama dalam soal bayaran.

“Sekarang saya mula faham dengan cakap bapa bapanya pernah bergelar gitaris untuk kumpulan Teruna Ria) mengenai sesetengah artis Melayu yang susah nak cari makan. Budaya nak tolong kawan-kawan atau bersikap lebih kurang masih tebal dalam budaya kerja seni kita.

“Dalam hal ini bukan nak meminta-minta dalam perihal bayaran. Tetapi seseorang di kalangan anak seni perlu bangkit untuk menyuarakan hal ini. Masih ada pelakon yang menerima bayaran tidak setimpal dengan hasil kerja yang diberikan.

“Jurang di antara pelakon biasa dengan yang dikelaskan popular memang terlalu besar. Saya faham ada kelas bayaran yang sudah dicipta. Tapi janganlah sampai terlalu jauh jurang itu. Kalau dalam perkhidmatan kerajaan pun ada kenaikan tangga gaji. Takkan bayaran yang kami terima harus statik di satu nilai saja,” katanya dalam nada kecewa.

Mengalih bicara mengenai Fathia, Sharnaaz menyifatkan si jelita itu sebagai seorang yang mempunyai kelas dan karismanya yang tersendiri. Katanya lagi, Fathia mempunyai aura istimewa dan ciri semula jadi yang dimilikinya juga sesuatu yang tidak dibuat-buat.

“Saya pernah dengar kami mahu disatukan dalam sebuah drama. Tetapi ia masih belum jadi kenyataan. Saya sendiri tak menolak peluang untuk bergandingan dengannya. Apatah lagi dia pun satu kapal (satu negeri) dengan saya.

“Malah saya juga teringin untuk melihat pelakon kelahiran Utara generasi baru seperti saya, Fathia, Scha Alyahya, Azad Jasmin bersatu dalam drama komedi contohnya. Mesti gempak jadinya. Tapi itu semua hanya angan-angan saya.

“Oh sebelum terlupa, saya sebenarnya teringin nak berlakon dengan Nazeera Musa (dulu dikenali dengan Ummi Nazeera). Saya melihatnya sebagai seorang pelakon yang bagus dan mempunyai karakter. Dia membayangkan saya kepada pelakon zaman dulu atau macam sudah lama berlakon,” katanya yang mengimpikan watak lasak seperti yang dilakonkan Shaheizy Sam sebagai Tumulak dalam filem Kongsi.

Takut dengan persepsi penonton

Sementara itu, Fathia yang kini sedang menghabiskan baki penggambaran drama 13 episod berjudul Stanza Cinta mula resah dengan persepsi masyarakat karakter wanita bertudung yang kerap dipegangnya selama ini.

Bermula daripada iklan syampu hinggalah kepada drama Nur Kasih, Dea Sofea, Laila Asyikin, Hani, Hotel Hasanah dan termasuk Stanza Cinta semuanya menuntut wanita bernama Nur Fathia Abd Latiff ini mengenakan tudung.

Pendek kata, lebih 80 peratus menuntutnya memegang watak sebegitu.

“Saya tahu soal bertudung ini memang sensitif. Saya takut andai kata selepas ini saya menerima watak tidak bertudung, akan wujud pandangan negatif pula. Orang mula anggap saya bertudung sedangkan saya tidak begitu.

“Apabila saya keluar di khalayak ramai, ada yang tidak kenal. Betapa besar impak bertudung itu kerana orang lebih kenal karakter sebegitu berbanding diri sendiri.

Tambah pula, kebelakangan ini saya asyik menerima tawaran bertudung,” akuinya yang ketika dihubungi sedang berada di lokasi penggambaran drama arahan Along Kamaruddin.

Mengenai drama Stanza Cinta, Fathia tanpa berselindung mengakui sudah lama menanti peluang untuk berlakon di sisi Aaron Aziz. Drama itu turut dibintangi Fizz Fairuz.

“Saya sebagai Amni di dalam drama ini. Hasrat untuk berlakon dengan Aaron menjadi kenyataan menerusi drama ini,” katanya.

Sebelum mengakhiri bicara, Fathia diusik Sharnaaz adakah dia juga tidak tidak menolak peluang untuk berlakon di sisi hero kacak itu. Memang sepatutnya mereka digandingkan di dalam sebuah drama tetapi belum ada ‘jodoh’ bersama.

“Dia antara hero pelapis yang semakin mendapat perhatian. Saya pernah menonton lakonannya di TV. Dia mempunyai pakej untuk pergi jauh. Saya tumpang bangga dengan prestasi seninya,” katanya yang bercita-cita untuk bergelar peguam.

Thanks

READ MORE- Serasi dan sehaluan

Neelofa lagi....

Neelofa atau Lofa makin popular nampak nya dengan kisah-kisah hidupnya yang seakan-akan tiada kesudahan meski pun baru jer menerjah ke alam keglamoran sejak menjuarai pencarian Dewi Remaja 2010.

Kali ni kisah keluar lagi kat ruangan BiPoP Berita Harian edisi 06 June 2011 sebagai cover girl ruangan sisipan akhbar berkenaan. So, sebagai seorang yang meminati Lofa, aku mohon izin pihak Berita Harian untuk berkongsi cerita Lofa ini di ruangan JOEY39 jugak.

'Duda kenalan rapat keluarga'
Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my
2011/06/05

Sangkal dakwaan sengaja jaja kisah sensasi

ENTAH di mana silapnya, tiba-tiba saja nama bintang baru ‘ciptaan’ sutradara Aziz M Osman, Neelofa, 22, menjadi sebutan kebanyakan wartawan gara-gara sikapnya sejak kebelakangan ini yang dikatakan terlalu gemar menjaja kisah peribadi lebih-lebih lagi cerita cintanya dengan beberapa pemuda hebat termasuk VIP dan kerabat diraja.

Neelofa atau Lofa dianggap bertuah kerana memiliki pakej seorang pelakon yang menjadi buruan pengarah filem dan drama, sepatutnya dia menggunakan kelebihan itu untuk memantapkan kerjaya, bukannya meraih publisiti murahan atas kecantikannya sehingga ada yang mendakwa beliau sanggup mereka cerita kononnya beberapa jejaka berstatus elit sanggup meninggalkan kekasih mereka kerana memburu cintanya.

Di awal kemunculan Lofa dalam industri hiburan, dirinya sudah pun terpalit dengan kontroversi apabila didakwa menjadi orang ketiga percintaan antara aktor baru Shahz Jaszle dengan pelakon seksi Maria Farida, sekali gus dia menerima publisiti meluas di dada akhbar dan majalah hiburan meskipun bakat lakonannya belum lagi teruji, namun itulah kelebihan beliau apabila kisah sensasi seumpama itu berjaya melonjakkan lagi namanya.

Kini, Lofa dilihat seakan-akan memerlukan publisiti sepanjang masa apabila dia dikatakan rela ‘memalu kompang’ memberitahu orang di sekelilingnya, dia adalah puteri jelita yang menjadi idaman putera raja. Tidak keterlaluan apabila ada pihak yang melabel Lofa sebagai ‘pemburu perhatian’ yang mahu dirinya terus menjadi tumpuan media massa sekalipun terpaksa menjaja kisah dongeng.

Sikap Lofa yang dikatakan berangan hebat itu pastinya tidak disenangi beberapa individu yang bekerja dengannya. Daripada risikan, seorang artis senior kini menahan sabar dengan sikapnya itu. Lofa kononnya cuba melakukan provokasi terhadap artis berkenaan dalam usahanya meraih perhatian wartawan, namun tidak mendapat balasan pelakon itu.

Mulut Lofa juga dicanang lancang, khabarnya seorang pengarah hebat nyaris kehilangan aktor popular daripada produksinya gara-gara keceluparan dia berkata-kata. Itu belum cerita Lofa yang kini sudah berani datang lewat ke lokasi penggambaran. Dia dikatakan menimbulkan kemarahan beberapa artis dan kru baru-baru ini apabila tidak mematuhi call time yang diberikan kepadanya. Disiplin kerja Lofa dikhabarkan amat mengecewakan.

Wah! Hebat sungguh kisah negatif Lofa yang disampaikan ke telinga penulis. Sukar hendak mempercayai segala dakwaan yang dilemparkan kerana sejak mengenali Lofa awal tahun ini, dia sentiasa menampilkan sisi terbaik dirinya apabila bertemu, namun apabila disogok dengan pelbagai cerita tidak enak daripada sumber wartawan sendiri, kepercayaan penulis kepadanya mula goyah, namun sangat berminat untuk mengetahui sejauh mana kesahihannya.

Di awal perbualan, Lofa lebih cenderung untuk menjelaskan tahap disiplinnya yang dikatakan semakin merudum. Katanya, dia baru selesai membintangi drama bersiri 13 episod, Kitab Cinta arahan Erma Fatima. Dia yakin, cerita kononnya beliau lewat ke lokasi penggambaran sebenarnya tercetus ketika pembikinan drama berkenaan. Tambahnya lagi, dalam masa sama, dia juga terbabit dalam penggambaran filem King Kapchai terbitan KRU Studios.

“Bukan masalah jadual drama dan filem bertembung, sebaliknya produksi menempah jadual saya untuk lima hari penggambaran, namun mereka minta satu hari tambahan kerana penggambaran belum selesai. Call time saya untuk Kitab Cinta jam 11 pagi, manakala King Kapchai sebelah malam, jadi saya perlu selesaikan penggambaran sebelum jam 4 petang.

“Saya hadir ke lokasi drama sebelum jam 11 pagi. Tapi, ada kru yang membawa mulut kononnya saya lambat kerana call time sebenarnya 8 pagi. Apabila artis dan kru produksi lain dapat tahu, mereka bengang kerana menganggap saya benar-benar lewat ke lokasi sehingga mereka terpaksa menunggu lama. Justeru, gara-gara mulut seorang kru, saya dikatakan tidak berdisiplin, gagal patuhi call time” jelasnya memperbetulkan keadaan.

Sebelum ini berkali-kali Lofa membuat penafian, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Shahz Jaszle, sekadar teman rapat sesama rakan artis saja, tapi ada mata sudah terpandang kelibat Shahz menjemput Lofa di lokasi Kitab Cinta. Apa penjelasan Lofa dalam hal ini, adakah dia seorang yang gemar berdolak-dalik ketika memberikan kenyataan asal saja beliau memperoleh publisiti?

“Saya ada kereta sendiri, lengkap dengan GPS (Global Positioning System). Saya juga tak ada pembantu peribadi mahupun pemandu peribadi, ke mana saja saya pergi seorang diri. Jadi, cerita kononnya Shahz (Jaszle) pernah menjemput saya di lokasi Kitab Cinta, ternyata dakwaan itu tidak benar sama sekali,” ujar Lofa memperbetulkan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Lofa dikatakan gemar menjaja cerita peribadi, terbaru dia mendakwa seorang duda berstatus VIP sanggup meninggalkan kekasihnya semata-mata menagih cinta daripadanya. Mendengar tuduhan itu, Lofa ketawa besar, sekali gus menafikan perkara itu sekeras-kerasnya apabila dia mendakwa duda berkenaan sehingga kini masih dengan kekasih lamanya.

“Sekiranya benar perkara ini terjadi, kenapa duda atau kekasihnya itu tidak pernah menghubungi saya? Orang sengaja bawa mulut dan mereka-reka cerita. Saya tak tahu, kenapa diri saya sering menjadi sasaran. Saya masih waras, saya tak pernah menjaja cerita kononnya duda berkenaan menagih cinta daripada saya.

“Namun, saya tak nafikan, duda berkenaan adalah kenalan rapat keluarga saya. Jadi, kami pernah keluar makan ramai-ramai. Mungkin apabila orang nampak saya ada bersama duda berkenaan pada masa itu, mereka menganggap kami ada hubungan istimewa, sebenarnya tidak. Saya sumpah semua itu fitnah, kononnya duda berkenaan meninggalkan kekasihnya kerana saya, saya tak pernah menjaja cerita itu,” katanya lagi.

Maaf bukan anak raja!

KINI sudah tersebar cerita di kalangan artis dan wartawan, kononnya Lofa ‘memalu kompang’ mendakwa dirinya sedang bercinta dengan kerabat diraja. Lofa didakwa mereka cerita kepada orang sekeliling, kononnya dia kini menjadi kekasih kepada putera raja, walhal apa yang dicanang itu tidak pernah wujud atau berlaku, sebaliknya beliau berbuat begitu semata-mata untuk meraih publisiti murahan. Lofa didakwa mengalami masalah psikologi.

“Sekarang saya rapat dengan seseorang yang seusia dengan saya, bukan anak raja seperti yang didakwa itu. Lofa tak pernah bercerita, orang yang bercerita kepada press. Justeru, dakwaan saya menjaja cerita kononnya sedang bercinta dengan kerabat diraja itu, adalah satu penipuan!,” tegas Lofa.

Lofa juga dikatakan pernah menghubungi kerabat diraja itu, namun dia tidak berani bersuara selepas panggilannya dijawab. Apa komen Lofa? Katanya: “Buat apa saya telefon dia (kerabat diraja)? Tuduhan itu sama sekali tak betul!”.

Tambah Lofa, dakwaan kononnya dia menjaja cerita duda VIP dan kerabat diraja berkenaan sedang bercinta dengannya, cerita seumpama itu tidak pernah keluar daripada mulutnya. Beliau mendakwa orang lain yang mereka cerita itu.

“Saya sakit hati apabila ada orang lain yang menjaja cerita tak betul mengenai diri saya. Apa yang saya dapat sekiranya benar saya menjaja cerita peribadi, buat malu saja! Saya ada maruah. Saya rasa tak perlu nak tarik perhatian sesiapa. Namun, ingin saya tegaskan sekali lagi, pemuda yang rapat dengan saya ketika ini umurnya sebaya dengan saya, beliau somebody, tapi dia bukan duda VIP mahupun putera raja seperti didakwa,” katanya berkali-kali.

Apabila tersebarnya cerita Lofa gemar menjaja cerita peribadi, dia dikatakan takut untuk bertemu dengan wartawan, khuatir sekiranya persoalan itu dibangkitkan. Tapi, apabila dakwaan berkenaan diajukan kepada Lofa, dia menafikan, sebaliknya menjelaskan beliau sedia memberikan kerjasama kepada rakan wartawan, sekali gus menjawab segala pertanyaan mereka.


Info Neelofa

NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
ASAL: Pasir Mas, Kelantan
KELUARGA: Anak ketiga daripada sembilan beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan-Arab)
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor
PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010
KOMERSIAL TV: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
KLIP VIDEO: Kau Bukan Aku nyanyian kumpulan Tilu
FILEM: Azura (versi baru) terbitan Ace Motion Pictures Sdn Bhd, arahan Aziz M Osman
DRAMA: Kasih Najihah, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta kesemuanya arahan Erma Fatima
PENGACARAAN: Paparazzi terbitan KRU Studios, boleh diikuti menerusi www.tonton.com.my dan Sekolahku Hebat siaran Astro Ceria (saluran 611)
ARTIS NAUNGAN: KRU Studios mulai 31 Januari lalu selama setahun


Thanks

READ MORE- Neelofa lagi....

Scha

Minggu ini JOEY39 punya kolum artis akan memaparkan kisah yang agak 'hot' jugak sekarang nie. Pasangan popular Malaysia di kala nie. Kisah nya mengenai si gadis yang cantik manis bukannya pasal si teruna pilihan hatinya.

Kisah ini adalah hasul penulisan wartawan hiburan Harian Metro memperkatakan mengenai SCHA AL-YAHYA. Apa kisah nya? Jom kita selongkar artikel Harian Metro ini. Diingatkan, artikel ini adalah 100% hakmilik HARIAN METRO bukan penulisan joey39. Harap Maklum.

Awal ada menegur

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

KEBELAKANGAN ini ada pelbagai cerita kurang senang timbul membabitkan pelakon jelita Scha Al-Yahya. Dia digosipkan hangat bercinta dengan pengacara Awal Shaari termasuk membabitkan kenyataannya dalam laman sosial Facebook (fb) mahupun Twitter.

Ekoran kenyataan yang ditulis itu, ia menyebabkan timbul salah faham antara dirinya dengan peminat dan rakan media sehinggakan ada pihak mula terasa hati dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya.

Bagaimanapun peluang bertemu dengannya sewaktu sidang media drama bersiri terbaru Dunia Kita yang diadakan di Restoran Alexis, Mid Valley, baru-baru ini, membolehkan pelakon yang sibuk menjalani penggambaran filem Papadom 2 itu menerangkan kedudukan sebenar.

Penjelasan itu juga diharapkan Scha dapat menghapuskan segala cerita kurang menyenangkan yang digembar-gemburkan sebelum ini sehingga ada pihak salah faham dan berkecil hati. Tegasnya, luahan dan kenyataan disiarkan menerusi laman sosial itu sebenarnya lebih kepada menerangkan keadaan sekiranya ada isu ditimbulkan mengenai dirinya.

“Apabila kenyataan dibuat secara bertulis, ada pihak membacanya dengan pelbagai andaian dan tafsiran sehingga boleh menimbulkan salah faham. Sebenarnya apa yang saya nyatakan itu lebih kepada memberitahu mengenai kedudukan sebenar,” katanya.

Begitupun jelas Scha, ada juga kenyataan yang ditulis mendapat teguran daripada kekasih hatinya, Awal. Perkara sama juga turut dilakukan sekiranya Awal turut membuat perkara sama.

“Selalunya kalau saya tulis dan perkara itu dirasakan boleh menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak, Awal akan tegur dengan berkata saya tidak seharusnya berbuat demikian. Tapi biasanya ia sudah berlaku dan tiada apa yang boleh saya buat.

“Niat saya hanya satu untuk menerangkan perkara sebenar. Sebelum ia menjadi isu yang akan memberikan kesan buruk kepada diri saya lebih baik saya jelaskan kedudukan sebenar kepada umum mahupun peminat,” jelasnya.

Jelas Scha lagi, dia bukan sengaja mahu menimbulkan isu atau kontroversi apatah lagi menyakiti hati mana-mana pihak. Sekiranya ada yang terasa hati dia dengan tangan terbuka memohon maaf.

Apabila membuat kenyataan secara terbuka di laman sosial ada pihak membuat andaian bahawa Scha yang semakin popular kini tidak boleh dikritik atau ditegur. Bagaimanapun perkara itu dinafikan juara Dewi Remaja 2006 ini.

“Siapalah saya sehingga tidak boleh dikritik atau ditegur. Hendak diikutkan pembabitan saya dalam dunia seni masih baru dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Jadi apa yang berlaku sebelum ini saya jadikan ia sebagai pengajaran.

“Waktu sama, saya tahu ada antara artis yang tidak boleh disentuh, ada yang selalu menjadi bahan kritik dan ada yang cuba menjauhkan diri. Saya tidak meletakkan diri saya dalam mana-mana kategori dan selagi saya mampu saya akan cuba memberikan kerjasama kepada semua pihak,” katanya lagi.

Beralih topik kepada drama Dunia Kita bakal disiarkan setiap Jumaat di Astro Ria, bermula 27 Mei jam 9 malam, jelas Scha dia gembira apabila selepas tiga tahun bergelar pelakon kerana inilah kali pertama dia diberikan watak jauh berbeza berbanding apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Lebih istimewa dia turut bergandingan dengan Awal.

“Sebelum ini saya selalu diberikan watak gadis yang kasar atau tomboi, tetapi tidak dalam Dunia Kita apabila saya melakonkan watak Rania, seorang pelajar kolej yang manja dan gedik. Saya seronok apabila dapat melakonkan watak berbeza. Ia benar-benar mencabar. Begitupun saya puas, kerana Dunia Kita memberikan satu dimensi baru dalam kerjaya seni saya,” katanya.

Bercerita pengalamannya berlakon di samping kekasih, Awal kata Scha, dia tidak menghadapi masalah kerana pernah bekerja bersama sewaktu membintangi drama Prebet Jamilah.

“Tidak dinafikan apabila bercinta ia sedikit sebanyak memudahkan saya untuk berlakon di samping Awal. Cuma dalam drama Dunia Kita, saya bukanlah memegang watak sebagai kekasih Awal, sebaliknya kami berkawan namun dalam waktu sama saya mempunyai perasaan terhadapnya.

“Menzahirkan rasa suka yang terpendam dalam hati juga sesuatu yang mencabar namun ia dapat dilaksanakan dengan baik atas bimbingan pengarah Michael Ang. Sebelum ini pun saya sudah biasa bekerja dengannya, dan saya faham apa yang dimahukan Michael. Apabila ada keserasian jadi permainan watak menjadi lebih mudah,” katanya.

Satu perkara menarik yang diluahkan Scha, apabila secara jujur menjelaskan apabila berada di lokasi dia tidak menganggap Awal sebagai kekasih tetapi lebih kepada rakan sekerja.

“Harian Metro dalam ruangan RAP pernah menyiarkan artikel membabitkan kenyataan Awal yang menjelaskan sekiranya boleh dia tidak mahu berlakon bersama saya. Memetik kenyataan itu kembali seperti apa yang ditulis, dia berasa takut apabila melihat betapa seriusnya saya apabila berada di lokasi. Malah secara jujur Awal mengakui tidak mengenali saya apabila bekerjasama.

“Tapi itulah realitinya, saya memang serius apabila bekerja dan kalau boleh tidak mahu tumpuan saya terhadap penghayatan watak terganggu atau diganggu. Kalau berada di lokasi pun saya akan duduk jauh-jauh daripada Awal. Kelakar mendengar kenyataannya sebaik penggambaran selesai, kekasihnya sudah kembali ke perangai asal. Perkara itu membuatkan saya kadang-kadang tersenyum sendiri,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai Dunia Kita, kata Scha ia bukanlah kesinambungan kepada drama K.I.T.A, walaupun ia menampilkan watak sama. Cuma temanya masih berkisar mengenai persahabatan dan hubungan kekeluargaan. Scha juga seronok apabila berpeluang bergandingan dengan Datuk Jalaluddin Hassan. Menarik cerita ini, menampilkan corak persembahan berbeza apabila ia menampilkan elemen ala siri Korea yang kini semakin mendapat tempat.

Turut bergandingan bersama Scha dalam Dunia Kita, pemenang pertandingan Carefree Girl Bebaskan Bakatmu, Nur Amalina dan Marsha Londoh.



PROFIL

NAMA SEBENAR: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya
NAMA KOMERSIAL: Scha Al-Yahya
USIA: 25 tahun
TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983
TEMPAT LAHIR: Sungai Petani, Kedah
TINGGI: 5 kaki 7 inci
BERAT: 50 kg
KERJA: Pelakon, pengacara dan model.
FILEM: Antoofighter, Histeria, Papadom, Amukan Drakulat, Histeria (Alissa), Papadom, Evolusi KL Drift 2, Dimensi Cinta, Libas, Adik Manja Returns, * Aku Bukan Tomboy, Awan Dania the Movie, Lemas Dalam Cinta.
RANCANGAN TV: Sehati Sejiwa, Astro On Demand, Sehati Berdansa Musim 3 dan Kata Kau?
DRAMA: Impian Illyana, Sadiq & Co., Honeyz, Bella, Awan Dania, Prebet Jamilan, Kita, Dunia Kita, Bella, Honeyz, K.I.T.A, Luna Fantasiku
MINUMAN KEGEMARAN: Jus Tembikai
WARNA PILIHAN: Putih
ARTIS KEGEMARAN: Vanidah Imran, Afdlin Shauki, Johnny Depp, Julia Roberts
TEMPAT KEGEMARAN: Club Med, Cherating
IDOLA: Tun Dr Mahathir
GELARAN: Juara Dewi Remaja 2006.

Thanks

READ MORE- Scha

Sebuah impian....

Apa yang di coret kan kali ni ea... Sebuah impian ek judul entri kali nie. Impian apa ea...Pape pun, 1st, aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada member semasa kecil ku dan jiran sebelah umah di kampung,MAT YIL dan juga wat member Kolej Chermai ku, LUQMAN sempena hari bahagia diorang. Aku punya turn belum ada dalam perancangan lagi.

Ok, back to today's entry, aku nak memaparkan kisah artis yang agak hot dengan kisah-kisah dan perjalanan hidupnya setelah terjun dunia glamor nie.

Akan tetapi cam biasa, bahan penulisan yang akan aku kongsikan di sini adalah hak milik sepenuhnya HARIAN METRO

Impi beraksi ‘dua wajah’
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

MENDENGAR namanya saja, sudah cukup merangsang kita untuk mengenali gerangan pemilik di sebalik nama unik, Noor Neelofa Mohd Nor, 22. Apatah lagi bertentang mata, siapapun pasti akan tertawan.

Sehangat orangnya, begitulah juga kisah kehidupan pelakon baru bertubuh genit yang auranya sangat besar hingga mampu membuatkan siapa saja mabuk kepayang menagih cintanya.

Jika sebelum ini pernah diheret dalam kancah cinta tiga segi, sekali gus dituduh meragut perasaan kasih Shahz Jaszle daripada kekasihnya, Maria Farida, terbaru dia dikatakan punca kegoyahan hubungan seorang kerabat juga kekasih hati seorang pelakon terkenal.

Apakah Neelofa atau mesra dengan panggilan Lofa memang dasar perampas atau kejelitaannya dianggap satu ancaman sebenarnya? Wanita berdarah campuran Melayu-Arab itu memberi penjelasan dalam satu sesi fotografi diaturkan, baru-baru ini.

Katanya, cerita mengenai dirinya mempunyai hubungan dengan kerabat juga kekasih seorang artis popular itu tidak benar dan menganggapnya tidak lebih sebagai gosip saja.

“Kalau cerita ini betul, sudah pasti artis wanita itu akan memberi kenyataan kepada media. Memandangkan ia memang tidak pernah berlaku, jadi tiada apa yang perlu digembar-gemburkan. Saya harap orang tidak salah faham atau menganggap saya membanggakan diri apabila mengatakan ini.

“Sebenarnya, keluarga saya mempunyai pertalian darah kerabat jadi mungkin itu yang membuatkan segelintir orang salah faham apabila melihat saya berada dalam kelompok golongan tertentu,” katanya dengan niat menjelaskan bukan mendabik dada.

Mula dikenali sejak mencuba nasib dalam pertandingan Dewi Remaja 2010 sehinggalah dinobatkan sebagai juara, Lofa nampaknya mengikut jejak langkah bekas bintang Dewi Remaja sebelumnya termasuk Aleeza Kassim, Rita Rudaini, Puspa Narayan, Juliana Banos, Emilia Rosnaida, Jasmin Hamid, Annahita Bakavoli dan Scha Al-Yahya menceburi bidang seni.

Mempunyai potensi cerah untuk mencipta nama di persada lakonan selain bakal menggugat kedudukan pelakon jelita sedia ada dengan kelebihan bakat, paras rupa menawan dan kebijaksanaan yang dimiliki.

Terbukti, sekalipun belum ada lakonannya yang boleh dibanggakan, kehadiran penuntut Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran ini menjadi buah mulut ramai selain rebutan pengarah.

Tidak terbatas pada peluang lakonan saja, Lofa juga adalah impian setiap lelaki ‘hartawan’ yang mengejar cintanya dan kerana itulah fotografi yang diaturkan Publicis Bill Bora ini sengaja meletakkan mutiara mencecah jutaan ribu ringgit di belakang sambil disentuh Lofa sebagai simbolik dirinya dikejar lelaki jutawan.

“Bagi saya, itu (dikejar lelaki hartawan) hanya persepsi umum, namun saya sendiri sebenarnya masih sendirian dan tiada teman lelaki. Terus terang, saya sudah mencari satu hubungan yang serius, malas nak main-main cinta dan putus cinta. Malah, saya tidak pernah meletakkan piawaian yang terlalu tinggi terhadap lelaki.

“Dia tidak perlu terlalu kaya, cukuplah sekadar stabil dari segi pekerjaan dan kewangan selain bertanggungjawab serta menghormati orang tua saya,” katanya.

Gadis yang diperkenalkan menerusi filem Azura 2011 arahan Aziz M Osman dan semakin popular sejak muncul melalui Kasih Najiha arahan Erma Fatima, kini sedang sibuk menjayakan King Kapcai terbitan KRU Studios.

Dalam filem ini, Neelofa memegang watak Khadijah dan menganggap kemunculannya dalam filem ini hanya sebagai penyeri selain proses menimba pengalaman bekerja dengan produksi KRU.

“Dalam King Kapcai saya adalah adik kepada Fizz Fairuz, pemuda yang boleh melihat dan berinteraksi dengan roh. Fizz ingin membantu Zizan (Raja Lawak) yang sedang koma akibat dipukul dan Zizan meminta bantuannya untuk menyelamatkan keluarga daripada menjadi mangsa along yang ingin menuntut hutang.

“Justeru, watak saya dalam filem ini biasa-biasa saja, namun seperti saya katakan tadi ingin menimba pengalaman selain merasakan jalan cerita filem ini sangat menarik dan lain daripada cerita seram di Malaysia,” katanya.

Selain King Kapcai yang menuntut komitmennya sehingga 14 Jun nanti, jadual Lofa terus dipenuhi dengan penggambaran Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima. Malah, Erma terus mengikat gadis dengan ketinggian 158 sentimeter ini untuk penggambaran telefilem Kitab Cinta.

Kekerapan menggunakan khidmat Lofa sehingga ada yang mengatakan gadis cantik itu anak emas pengarah prolifik itu. Bagaimanapun, Lofa menafikannya dan mengatakan tidak mempunyai komen atas sebarang dakwaan itu.

“Saya juga tidak tahu alasan kak Erma sering memberikan saya peluang. Apa yang boleh saya katakan, mungkin kak Erma nampak kesungguhan saya dalam lakonan dan semestinya sebagai pendatang baru, saya amat teruja dan berbangga dapat bekerja dengan pengarah hebat sepertinya.

“Saya berasa amat bertuah kerana ramai pelakon berpengalaman mengharapkan peluang bekerja dengan kak Erma, tetapi saya adalah salah seorang yang memperoleh peluang itu,” katanya.

Lebih menarik, ketiga-tiga drama arahan Erma itu menuntutnya memakai tudung. Katanya, dia menganggap setiap watak diberikan padanya mencabar dan memberi kepuasan.

“Saya masih baru tidak boleh ‘demand’ tetapi kalau ada yang sudi memberikan peluang, saya teringin sekali untuk membawakan watak jahat dalam baik,” katanya.

Akui Lofa, selain Aziz dan Erma yang menjadi mentornya, dia turut memperoleh tawaran dari produser dan pengarah yang lain, cuma kesempatan sering terhalang kerana tarikh tidak bersesuaian.

Baru saja dilantik sebagai duta jam tangan U2 yang sebelum ini turut menampilkan Awal Shaari, Farah Asyikin dan Scha, Lofa juga merancang untuk memperkenalkan jenama kasutnya sendiri.

Perniagaan yang diusaha ketika masih menyertai Dewi Remaja itu ingin diperluaskan lagi dengan penjenamaan semula Lofa kepada nama penuhnya, Neelofa. Ia dijual secara online dan kini merancang untuk membuka kedai.

“Saya terfikir menceburi bidang ini sejak menyertai Dewi Remaja. Terlalu banyak undangan perlu kami penuhi dan saya ada kalanya buntu memikirkan kasut bersesuaian selain ada sesetengah kasut harganya tidak masuk akal dan rekaan tidak bersesuaian harga.

“Kebetulan saya mendapat ‘contact’ syarikat pengeluar kasut, sekali gus menjadikan ia sebagai peluang perniagaan. Bagaimanapun kasut jenama Neelofa ini saya jamin berpatutan harga dan selesa,” katanya.

Berkeupayaan mengacara dengan baik Lofa yang pernah mengendalikan program Sekolahku Hebat di Astro Ceria turut diberi kepercayaan oleh KRU Studios untuk mengacara program Paparazi di KRU TV.


PROFIL

NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor
PANGGILAN: Lofa
ASAL: Pasir Mas, Kelantan
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
ZODIAK: Aquarius
TINGGI: 158 sentimeter
BERAT: 47 kilogram
PENDIDIKAN: Kolej Universiti Sunway (Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran)
Bilangan Keluarga: Anak ke-3 daripada 9 beradik
LOKASI: Rafflesia Pearl Centre, Park Royal, Bukit Bintang.
SOLEKAN: Bosco Ryzarl (016-6091614)
PAKAIAN: Albert King, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur (03-21459015)


Thanks

READ MORE- Sebuah impian....

Jue

Cerita artis lagi entri kali nie, ntah ngape lah, sehari dua nie banyak nak bercerita sal artis jer. Nak tulis sal bola plak la pas2 nie, tu pun kalau2 ade kerajinan. Tu pun kalau ade bahan yang menarik untuk dikongsi.

Lagi pun Liga Super Malaysia tinggal 3 perlawanan jer lagi. Then Final Piala FA pada 11 Jun.

Pe plak nie... ni entri sal artis la...

Ruangan gossip terkini ( terkini la sangat la kan....)

back on post entry this time, cerita pasal Jue....

Jue mane ek agak-agak nye nie......

ade 2 Jue yang aku gemari wat masa nie

Jue Aziz ngan Jue Evans.....

Jangan saspens ek....ni alkisah tentang Jue Evans yang kuar kat BiPop Berita Minggu edisi 29 May 2011.

Sebagai peminat, aku kongsikan artikel berkenaan kat sini tapi aku bagi full credit to Berita Harian Online.

Jue Evans
Tak minat jejaka kacak!

PERJALANAN karier lakonan aktres kacukan Melayu-Inggeris, Juliana Evans, 22, sejak kebelakangan ini agak perlahan apabila dia mengakui sudah hampir empat bulan beliau tidak menerima sebarang tawaran berlakon drama mahupun filem. Adakah wajah Pan-Asian seperti Juliana sudah tidak mendapat tempat di hati penerbit dan pengarah atau kebanjiran ramai muka baru yang comel lagi 'bergetah', menenggelamkan terus namanya dalam industri ini?

Tenang saja Juliana membuka bicara apabila dia memberitahu, selama tempoh ‘kehilangannya’ itu beliau sedang memberi tumpuan kepada pengajian dan peperiksaan, maka sebarang tawaran drama atau filem terpaksa dilupakan buat sementara waktu demi memastikan fokus terhadap pelajaran tidak terganggu.

“Habis saja peperiksaan, terus saya bercuti seminggu di Pulau Perhentian, sekarang barulah sibuk kembali ke lokasi penggambaran telefilem Kasih Ke Syurga sempena sambutan Hari Bapa, bulan depan. Saya bukannya pelakon sepenuh masa, jadi ada waktunya saya perlu lupakan seketika dunia lakonan demi pelajaran. Tak hairanlah apabila ada yang beranggapan, saya sudah hilang tawaran berlakon, padahal bukan begitu.

“Namun, saya tak pernah ambil pusing perkara itu kerana mereka yang berfikiran negatif, tak tahu cerita sebenar. Yang penting, dalam kesibukan saya mencari rezeki di bidang lakonan, pelajaran tidak ketinggalan. Saya sedar, kita tak akan berlakon sampai tua. Tiba masanya nanti, kita akan berundur. Ramai lagi muka baru di luar sana sedang berlumba-lumba mencuri peluang. Jadi, pelajaran adalah bekalan di hari tua saya,” kata Juliana atau Jue yang ditemui, baru-baru ini.

Beralih kepada cerita peribadi, Juliana mengakui sudah setahun hatinya kosong selepas putus cinta dengan Sam Bunkface, sekali gus menolak dakwaan dirinya pernah menjadi kekasih kepada Zizan Raja Lawak gara-gara gosip yang pernah melanda mereka tidak lama dulu.

Terus-terang dia mengakui, cita rasanya adalah lelaki berjiwa rock star seperti Sam. Apabila bertemu dengan yang ‘sekepala’, ikatan itu lebih serasi. Justeru, hubungan cintanya dengan Sam pernah terjalin lebih setahun dan boleh dianggap paling lama bertahan.Jue Evans

Sambil berseloroh, Jue mengakui sekiranya penyanyi popular seperti Faizal Tahir masih berstatus solo dan berusia awal 20-an, dia tidak keberatan menjalin hubungan cinta dengan pemuda berkenaan, namun sayang sekali kerana Faizal sudah beristeri dan mempunyai keluarga, selain berumur awal 30-an, justeru Jue terpaksa melupakan hasratnya untuk bercinta dengan rock star itu!

“Tak semestinya saya hanya bercinta di kalangan artis, sekalipun di kalangan pemuda biasa, tak jadi masalah apa-apa, asalkan dia mempunyai jiwa rock. Saya meminati lelaki yang selekeh, maksud saya selamba dan stailo, bukannya pengotor. Terus-terang, saya tak boleh ‘blah’ dengan lelaki metroseksual atau yang terlalu mementingkan ketrampilan diri. Sikit-sikit pergi spa, salon, atau kilatkan kuku, lelaki seperti itu sila jauhkan diri daripada saya!

“Bagi saya, lelaki metroseksual hanya boleh jadi kawan biasa saja, bukannya kekasih jauh sekali teman hidup. Namun, tidak bermakna saya membenci lelaki yang mengamalkan cara hidup metroseksual, cuma saya tak suka cara mereka yang terlalu control macho! Cita rasa saya lelaki selekeh, selamba dan stailo. Tapi, hingga saat ini saya belum bertemu lelaki seperti itu kecuali Sam,” katanya yang mengakui terlalu menyayangi Sam suatu ketika dulu.

Tambah Jue lagi, dia seorang yang mudah mesra, tidak hairanlah apabila timbul dakwaan melabel dia dan Zizan Raja Lawak adalah pasangan kekasih gara-gara keakraban yang mereka tonjolkan ketika sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng, akhir tahun lalu. Jue pula senang mendampingi lelaki karakter kelakar, jadi apabila dia dan Zizan berkawan rapat, maka timbul gosip Jue sudah bertemu pengganti Sam.

Tak tunduk pujuk rayu VIP

AKUI Jue, hingga kini dia dan Zizan masih berkawan baik dan berhubungan, namun disebabkan kesibukan masing-masing, mereka jarang bertemu. Dulu apabila sama-sama membintangi Hantu Bonceng, boleh dikatakan hampir setiap hari Jue dan Zizan bertemu di set, mereka akrab, maka tidak keterlaluan apabila timbul desas-desus mendakwa mereka bercinta.

“Memang kami serasi, tapi saya tak pernah anggap Zizan lebih daripada kawan rapat. Sekalipun ramai peminat yang suka melihat kami berpasangan, so sweetlah... macam-macam orang tulis dalam Twitter, tapi saya dan Zizan tak boleh ‘blah’ (hidup bersama) ! Saya dah anggap dia macam abang yang sering ambil berat mengenai saya. Senang cakap, Zizan terlalu bro, jadi kami lebih sesuai jadi kawan baik saja,” katanya terus menafikan pernah terjebak perasaan dengan pelawak popular itu.

Ditebak pertanyaan, adakah Jue terlalu memilih dalam menentukan pasangan hidupnya, dia mendakwa senang berkawan dengan sesiapa saja, tapi apabila memasuki bab bercinta, dia memang memilih kerana sukar hendak mencari lelaki yang benar-benar ikhlas ingin berkawan dengannya. Akuinya lagi, menerusi pengalaman, kebanyakan lelaki yang mendekati dirinya kerana dia adalah Juliana Evans, bukan kerana ikhlas ingin berkawan dengan beliau.

“Saya juga susah nak percayakan orang. Menerusi pengalaman juga, saya pernah bertemu dengan lelaki yang menikam saya dari belakang. Tidak ketinggalan lelaki yang mendakwa mereka berstatus VIP, VVIP dan terdiri di kalangan kerabat diraja ingin menjalin perhubungan dengan saya apabila memberi alasan ada peluang perniagaan yang membolehkan mereka bekerjasama, tapi apabila saya tanya perniagaan apa, mereka tak jawab!

“Selagi boleh mereka ingin bertemu juga dengan saya. Saya dah tahu apa niat mereka... Saya tolak dengan elok. Tapi, mereka tak mudah putus asa, guna pula khidmat orang tengah untuk memujuk. Saya tetap dengan pendirian, saya tak memerlukan wang mereka. Saya boleh cari duit sendiri. Apa guna kita layu dengan pujuk rayu golongan seumpama itu sehingga maruah diri tergadai,” kata Jue saat ditanya pengalaman digoda golongan elit.

Ujarnya lagi, pengalaman putus cinta amat perit bagi dirinya, justeru buat masa ini pintu hatinya masih tertutup untuk menerima cinta. Sekali lagi dia mengulangi, beliau amat menyintai Sam suatu ketika dulu, justeru saat cintanya terputus di tengah jalan, hatinya bagai dirobek. Kini, dia lebih selesa hidup sendiri dikelilingi kawan-kawan baik yang menemaninya setiap masa tanpa sebarang kekangan waktu dan perasaan cemburu.

PROFIL: Juliana Evans
NAMA PENUH: Juliana Sophie Johari Evans
TARIKH LAHIR: 5 Julai 1989
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
DARAH CAMPURAN: Inggeris (bapa) dan Melayu (ibu)
KELUARGA: Bongsu daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Sunway University College, Bandar Sunway, Petaling Jaya
DRAMA: Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi, Sayang Cendana, Cheritera, Natrah dan Kasih Ke Syurga (sempena sambutan Hari Bapa, 20 Jun depan)
FILEM: Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja Returns (belum tayang) dan Hantu Bonceng (tayangan sempena Aidilfitri, 31 Ogos depan)
PENGACARAAN: E-Zone, Majalah Moral, Bintang Kecil Raya, Remaja dan Era TV
KOMERSIAL: Tracia Eternal, Fair & Lovely, Nokia 2600, Clean & Clear, Cadbury dan Nestle Bliss.

Lokasi: Tropicana Golf & Country Resort Bhd, Jalan Kelab Tropicana, Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, Selangor
Terima kasih: Penolong Pengurus - Operasi, Ezani Balia (ezani@tropicanagolf.com)
Pakaian: Nik Erwan Roseli (nikerwanroseli@yahoo.com.my)
Solekan & dandanan: Rose Suci menggunakan Elysyle Cosmetic Elken (rosesuchieali@gmail.com).

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my
2011/05/29

Thanks

READ MORE- Jue

Saleha

Ni ada lagi alkisah mengenai si Nora Elena Bt Nordin a.k.a Siti Saleha Mohd Baharum terpampang as cover girl for Pancaindera Mingguan Malaysia edisi 29 May 2011.

Nak tahu apa isi kandungan al kisah beliau, seperti mana biasa i bg full credit for the owner this article iaitu Utusan Malaysia Online.

MELIHATKAN raut wajahnya, cukup indah. Tiada cacat cela sehingga membuatkan mata sesiapa sahaja akan terpaku pada pesona yang dimiliki gadis ini. Bagai terpukau dengan apa yang dimiliki olehnya, tidak hairanlah nama Siti Saleha Mohd Baharum mula mendapat perhatian.

Satu demi satu tawaran yang singgah dalam kerjaya seni anak muda ini sehingga membuatkan nama Saleha semakin dikenali. Bukan mahu mendabik dada dengan apa yang telah dimiliki, Saleha tahu jalan yang harus dilalui masih jauh sedangkan langkahnya baru sahaja bermula.

Bermula sebagai model dalam beberapa produk kecantikan, nama Saleha sudah mula dikenali sejak usianya awal belasan tahun lagi.

Satu persatu rezeki yang datang sehingga menyebabkan gadis yang menjengah usia 21 tahun ini boleh berbangga dengan kejayaan yang diraih.

Cuma, itu bukan pengukur kepada erti sebuah kejayaan. Orang berhak melabelkan apa sahaja pada dirinya. Dia tahu bersaing untuk ‘menjual’ bakat itu bukan satu pekerjaan yang mudah memandangkan masih banyak perkara yang perlu dipelajari.

Semakin lama dia berjalan atas nama anak seni, semakin besar dugaan yang datang. Tidak menafikan saingan yang cukup hebat dalam industri yang tidak sebesar mana ini, hanya keikhlasan yang menjadi pemisah antara dia dan orang lain.

Dalam pertemuan yang cukup harmoni baru-baru ini, langsung tak ada perasaan kekok buat kami. Jauh sekali teringatkan cakap-cakap nakal yang mengatakan Saleha kurang mesra, sama seperti artis lain yang perasan hebat. Zahir tidak melambangkan apa-apa. Barangkali!

Masih mencari rentak kemesraan, Saleha bijak menjawab apa juga soalan. Satu persatu soalan panas mula ditebak yang dijawab secara bersahaja oleh adik kepada vokalis popular kumpulan Bunkface itu.

“Saya bukan berlagak mana. Saya hormat orang dan harap orang juga boleh menghormati saya. Soal nak berlagak bukan ada dalam kamus hidup saya.

“Tapi memang ramai yang cakap saya berlagak dan macam-macam tuduhan lain. Orang tak kenal dan terus mentafsir hanya berlandaskan raut wajah. Tidak adil bukan? Apa yang saya boleh katakan?

“Saya hanya menjadi diri saya. Bila orang tegur maka saya pasti akan balas balik. Tapi tak ramai yang berbuat demikian. Hanya menjeling dengan ekor mata sambil menjatuh hukuman. Biarlah mereka,” kata Saleha tertawa.

Jual muka

SEMAKIN masak dengan industri lakonan yang cukup mencabar itu, ramai yang menganggap Saleha menggunakan raut wajah yang cantik sebagai daya penarik untuk mendapatkan peluang berlakon.

Bukan sekali dua hal itu singgah di telinganya, tetapi dia bagaikan sudah lali dengan kata-kata orang yang tidak pernah berpuas hati dengan dirinya.

“Saya tak pernah jual muka. Malah dalam hati kecil saya pun tak pernah ada niat nak guna jalan pintas macam tu semata-mata nak popular. Kalau buat pun apalah gunanya sebab saya bukan seteruk itu

“Banyak peluang berlakon yang saya dapat sebenarnya hasil titik peluh saya sendiri. Saya bukan bermula dengan job yang besar sampai popular sekelip mata.

“Dah banyak drama saya sertai dan di situ saya bina nama dan reputasi. Orang percaya pada bakat dan kemampuan yang saya ada. Jadi kenapa hal begini boleh timbul.

“Duit bukan segala-galanya bagi saya. Soal berlakon, kepuasan berlakon, penerimaan orang terhadap Siti Saleha itu cukup penting bagi saya. Untuk apa ada banyak duit tapi hakikatnya orang langsung tak pandang pada bakat yang ada.

“Bila bercakap soal ini, memang bunyinya cukup klise. Hal ini memang cukup merunsingkan saya. Jangan cakap sembarangan kalau kita tak tahu apa-apa. Kalau ada yang masih anggap saya berlakon kerana jual muka, itu memang satu perkara yang menyedihkan.

“Saya terbuka dalam hal kritikan. Saya terima apa kritikan asalkan apa yang ditegur itu benar-benar bermanfaat pada saya. Kalau tegur untuk menjatuhkan, baik lupakan sahaja,” luah Saleha jujur.

Bersih kontroversi

SAAT ini untuk mencari artis yang benar-benar bersih tanpa sebarang gosip liar memang sukar. Sejauh mana kejayaan yang diraih oleh mereka, pasti tercalit sedikit kontroversi memandangkan mereka juga manusia biasa.

Saleha juga cukup berhati-hati dalam soal ini. Bukan mahu mendabik dada dek kerana tiada gosip yang melanda dirinya, tapi dia bersyukur selama ini tak banyak cerita buruk mengenai dirinya terpampang menjadi kejian orang.

Tidak ada apa yang perlu ditakutkan, jika tidak ada kesalahan yang dibuat. Bertitik tolak dari hal itu, Saleha yakin dia yakin orang tetap akan mengenali dirinya walau bukan dengan cerita buruk.

“Orang selalu cakap yang kontroversi itu menaikkan nama artis. Kontroversi selalu dikaitkan dengan cerita panas yang kurang baik, saya tak sanggup untuk jadi mangsa seterusnya.

“Untuk apa popular dengan cara begitu. Saya pasti sesiapa juga tak akan sanggup untuk jadi begitu hanya kerana nak popular satu Malaysia. Itu bukan cara saya dan tak mungkin saya lakukan,” kata Saleha yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta ini lagi.

Dilahirkan dalam keluarga seni, Saleha cukup senang apabila dia dan abangnya merupakan anak seni dan pastinya banyak perkara yang dikongsi bersama. Bezanya, Sam terkenal sebagai vokalis kumpulan Bunkface manakala dia sebagai pelakon.

Masing-masing dalam bidang yang berbeza tapi jalan yang dilalui masih sama. Saleha cukup menghormati abangnya itu dan menyifatkan Sam sebagai abang yang garang.

“Dia memang garang. Saya memang hormat pada dia walau apa yang jadi. Tapi bila Sam lebih popular dari saya, orang cakap saya tumpang populariti dia pula.

“Entah, bukan satu dua orang yang cakap perkara yang sama. Saya dah lali dengan isu tumpang populariti. Padahal saya dulu berlakon iklan dari dia. Mungkin sebab dia lagi popular dari saya dan orang terus cakap saya tumpang dia,” kata Saleha ketawa.

Tuah Nora Elena

SIAPA sanga kerjaya lakonan Saleha cukup berkembang baik di kala ini sehingga menyaksikan dia diberi peranan yang cukup besar dalam beberapa buah drama sejak kebelakangan ini.

Drama bersiri Ustaz Amirul dan terbaru Nora Elina yang ditayangkan di slot Akasia TV3 cukup mendapat sambutan sehingga menyaksikan nama Saleha kembali menguasai atmosfera dunia hiburan tempatan.

Bergandingan dengan Aaron Aziz, Zul Ariffin, Erry Putra dan ramai lagi, ia menyuntik semangat kepada Saleha untuk memberikan yang terbaik memandangkan gandingan utamanya bukan calang-calang orang.

“Tiga bulan kami berlakon tanpa henti dan ia memang sebuah drama bersiri yang banyak memberi pelajaran kepada saya. Berganding dengan nama besar yang lain buat saya rasa kecil sangat.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sehingga hari akhir. Dan bila tengok sambutan peminat terhadap Nora Elina cukup hangat, saya tahu ia memberikan impak buat saya.

“Soal memilih watak, siapa gandingan tak pernah wujud. Yang paling penting saya dapat membawakan watak dengan berkesan. Itu memang satu kepuasan buat saya.

“Tak semua orang suka kita. Kita kena ingat tu. Bila dah ada peluang macam ni, saya bagi yang terbaik, mana tahu makin ramai yang percaya pada bakat saya. Nanti orang tak kata saya hanya bersandar pada paras rupa semata,” katanya lagi.

Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto SYEFRI MONIZ
Solekan ATIE JENGKA
Pakaian WANPA

Thanks

READ MORE- Saleha

Marsha

Lagi cerita artis selebriti, dah jadi ruangan gossip plak blog yang tak seberapa nie...


Hahaha....


Saje jer xde bahan yang hendak di isi kan so korek-korek lah perihal dunia artis jugak. Xde kesalahan kan....


So, kali ni saya menceduk hasil nukilan saudara Zaidi Zaidi Mohamad (zaidim@bharian.com.my) daripada BiPoP Berita Harian yang mana memperihal kan cerita Si Cantik Marsha nie...

Sepertimana biasa, semua bahan artikel ini adalah hak milik penuh BiPoP Berita Harian

Marsha tak selesa dilabel artis kontroversi, sensasi

MENGHELA nafas panjang dan agak cuak sedikit Marsha Milan Londoh saat diaju gosip baru yang mula kedengaran kebelakangan ini. Mana tidaknya, gosip itu pertama kali ‘menyelinap masuk’ dalam kancah dunia seninya sejak enam tahun untuk meneruskan konsistensi selepas bergelar finalis Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Bukan sesuatu yang pelik pun kerana pemilik bibir seksi ini amat sinonim dengan panahan gosip dan kontroversi. Tetapi gosip yang satu ini mula membuatkan pesona kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini bingung dan sekali gus kehairanan.
Gosip bertebaran berbunyi kononnya dalam diam Marsha bukan saja menjaja bakatnya demi mencari rezeki selama ini, sebaliknya dia yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini juga dituduh ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya, kononnya kini menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.

READ MORE- Marsha

Milik Siapakah Gadis Ini....


For this week, my favourite celebrity gallery is.....

Heroin of the Nora Elena's series.....

Who are following this series may know this lovely lady.....

Not fall in luv wth her okay.....


INFO: Siti Saleha Mohd Baharum

# Panggilan: Siti Saleha atau Saleha

# Tarikh Lahir: 14 Mac 1990

# Umur: 20

# Tinggi: 165 sentimeter

# Berat: 50 kilogram

# Drama: Kasut Tumit Tinggi (2008), Farah, Kapten Boleh (2008), 5 Jingga (2008), Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim 2.

# Telemovie: Puaka Topeng Putih (2009), Hati Batu (2009), Raya Mona (2009), Kau Laksana Bulan (2009).

# Teater: Stage Therapy (2009)

# Iklan: Celcom, Wrigley’s DoubleMint (2008), Gillette (2008), Maggi (2008), Nestle (2007), Honey Soft (2006), Pantene (2005), F&N (2005) dan Nescafe (2009).


Her FanPage











Thanks

READ MORE- Milik Siapakah Gadis Ini....

Shahir AF8

Jums kita cerita-cerita sikit pasal 2 orang artis antara kegemaran ku ini ..hehehehe....

Sapa ek...

Sapa lagi kalau bukan menjadi hot topic sekarang.....

Sang Juara AF8, SHAHIR dan 'buah hati', hot mama 'ROZITA CHE WAN'...

ape cerita nya...


Ini adalah artikel hak milik penuh BiPoP Berita Harian termasuk gambar-gambar nya sekali yea....

Bukan artikel saya yea...jangan salah paham....

Artikel ini hasil tulisan Zaidi Mohamad



Ramai menanti sejauh mana kebenaran cinta juara AF8 dengan Rozita Che Wan

BUKAN main mesra dan romantik lagi apabila mereka berdua beraksi untuk satu drama TV. Melihatkan foto kemesraan dan gelagat Shahir Zawawi dan Rozita Che Wan yang membintangi telefilem, Diari Summer Camp (judul sementara) di lokasi penggambaran bertempat di Timah Tasoh Lake Resort, Perlis, ia mengundang persepsi sememamgnya dua insan seni ini saling menyintai di luar drama.

Siap ada adegan berguling-guling lagi macam watak pasangan bercinta dalam filem Hindustan. Sekali pandang, aksi mereka itu seolah-olah mengiyakan kenyataan Rozita yang mengakui dia sudah lama mencintai jejaka yang jauh lebih muda daripada usianya itu.

Tak pelik pun jika Rozita dan Shahir begitu menjiwai watak kerana umum sudah tahu mengenai kisah sebenar di sebalik teka-teki yang selama ini menjadi tanda tanya ramai. Sabtu lalu, Rozita sendiri mengesahkan mengenai hubungan cinta mereka sejak setahun lalu sudah berpaut sayang.

Cuma hingga setakat ini, Shahir terus berahsia. Shahir terus mengunci mulut sekalipun sudah terang lagi bersuluh mengenai gelojak hatinya kepada ibu tunggal kepada dua anak itu. Dalam temubual sebelum ini, Shahir meminta untuk diberikan tempoh menghuraikan segala teka-teki selama ini biarpun Rzoita sudah tampil meluahkan isi hatinya.

Ada pula yang mengandaikan Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 itu terpaksa berbuat demikian demi menjaga hati peminatnya yang rata-rata seperti tidak merestui perhubungannya dengan kakak kepada pelakon, Ayu Raudhah itu.

Peminat dan pihak hanya menanti masa sesuai apabila Shahir yang bakal muncul dengan filem Karak mulai 26 Mei ini sedia bersuara dan memberi penjelasan.

Pembabitan mereka sebagai pelakon dalam drama arahan Jamal Khan terbitan Zeel Production ini, umpama simbolik cinta mereka di alam realiti kerana sudah lama mereka digosipkan iaitu sejak Shahir menjuarai Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) lagi.

Selepas berlakon bersama dalam telefilem Lawaknya Fantasia tahun lalu dan Rozita sendiri ditampilkan dalam klip video lagu Pendam nyanyian Shahir, drama ini akhirnya menyaksikan Shahir dan Rozita berlakon sebagai pasangan kekasih.

Penggambaran dijalankan pada awal bulan lalu, iaitu Rozita memegang peranan sebagai Cik Zaleha manakala Shahir pula menggalas tanggung jawab untuk watak Ustaz Sarjan. Pelakon lain yang turut terbabti dalam Diari Summer Camp ialah Tomok, Fir, Lia Natalia dan Aida.

Mengulas judulnya yang bersifat sementara, penerbit yang juga pemilik syarikat Zeel Production, Fadzil Teh, berkata tajuk sebenar untuk telefilem itu belum diputuskan lagi dan ia bakal bersiaran sekitar bulan depan menerusi Astro Ria.

“Saya berpuas hati dengan komitmen pelakon yang terbabit dan tidak mustahil akan bekerjasama dengan mereka lagi. Begitu juga babak romantik membabitkan Rozita dan Shahir. Saya berdoa, kalau ada jodoh antara mereka, apa salahnya mereka bersatu,” ungkap Fadzil yang merancang untuk menghasilkan lagi drama menerusi kerjasama Rozita dan Shahir.

Sementara itu, Shahir lebih selesa untuk membicarakan mengenai kerjayanya berbanding kisah peribadi apabila mengaitkan aksi dalam telefilem berkenaan dengan kisah di luar drama. Biarpun kali pertama berlakon sebagai pasangan kekasih, Shahir mengakui, keselesaan antara mereka mula terpancar apatah lagi dia dengan Rozita sudah tiga kali bekerjasama dalam lakonan.

“Dalam telefilem Lawaknya Fantasia Raya tempoh hari, saya menjadi budak kampung menggunakan nama sendiri, manakala Rozita pula jadi artis popular. Untuk klip video lagu Pendam, dia jadi kakak, saya pula jadi adik. Tapi kali ini kami jadi pasangan kekasih. Saya bertuah untuk digandingkan lagi dengannya yang sudah banyak pengalaman berlakon. Saya juga banyak berkongsi pengalaman daripadanya. Dia pun tak lokek berkongsi ilmu. Saya tidak ada masalah berlakon dengannya dan seronok berlakon di bawah produksi Zeel Production,” ulas Shahir.

Rozita tergelak lakon babak romantik

MENGULAS lakonannya dalam Diari Summer Camp, Rozita Che Wan memuji kemampuan lakonan Shahir yang disifatkannya mempunyai potensi menjadi pelakon yang bagus pada masa depan.

“Dia nampak saja pemalu tapi mutu lakonannya boleh dipuji,” jelas Rozita.

Rozita yang sudah berlakon hampir 10 drama dan telefilem bersama Zeel Production menceritakan, watak dibawanya agak berbeza kerana menjadi guru disiplin yang garang di sebuah sekolah.

“Saya menjadi cikgu disiplin yang garang macam singa betina. Jadi watak ini menuntut saya mempraktikkan lontaran jeritan suara. Malah, pada saat akhir tiba di lokasi penggambaran, saya dimaklumkan watak Cik Zaleha perlu menjadi sedikit kasar atau macam tomboy. Dalam telefilem ini saya tidak ada masalah kerana perlu berdialog dalam dialek Utara. Shahir pula jadi ustaz yang cepat gelabah berasal dari Kuala Lumpur,” katanya yang kini berada di lokasi penggambaran drama Annisa untuk slot Samarinda TV3 dan Hilang untuk siaran TV9.

Mengenai babak romantik, Rozita menjelaskan, penggambaran membabitkan babak sebegitu terpaksa diulang beberapa kali kerana dia dan Shahir pada kebiasaannya akan tergelak saat memandang diri masing-masing. Untuk menyelit unsur romantik, klip video menggabungkan lagu Stacy (Jahat) dan Akim (Inilah Cinta) turut dimainkan.

“Memang kalau babak kami berdua saja mulalah nak tergelak. Babak yang cintan-cintun berubah jadi komedi. Yang paling melucukan saya sendiri ialah babak berguling. Terus terasa macam pelakon Bollywood. Selama empat hari berada di Perlis, selama itu juga kami melakonkan babak berguling itu berkali-kali.

“Shahir pula digambarkan sebagai lelaki yang menggigil, gagap dan gementar andai tersentuh, terpegang atau berada dekat dengan golongan wanita. Masa itu, datanglah sawan semput dia. Dalam babak ketika Ustaz Sarjan mengaji, saya bukan terpesona dengan hafazannya, sebaliknya sampai terlena dan dibuai mimpi dek suara sedapnya,” katanya yang baru melancarkan perniagaan busana muslimahnya menerusi rangkaian My Couture bersama rakan kongsi, Hanis Sahrom.

Mengenai tindakannya berani meluahkan isi hatinya secara terbuka, Rozita akui Shahir belum bersedia merungkai persoalan itu. Ungkapnya: “Mungkin sebaiknya soalan ini diajukan kepada Shahir. Tapi saya tahu, dia perlu menjaga hati ramai pihak termasuklah peminatnya.”

Mengenai cerita yang bertebaran kebelakangan ini mengatakan peminat Shahir tidak merestui hubungannya dengan Rozita, beliau mempunyai pandangan sendiri: “Setakat ini, saya tidak berdepan situasi dilalui Shahir. Memang diakui dia mempunyai ramai peminat dan buktinya dengan kejayaan dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular pada ABPBH 2010, April lalu. Pada pandangan peribadi saya, sejauh mana fanatik peminat Shahir sekalipun mereka tidak boleh sampai ke tahap mengongkongnya terutama soal hati. Cukuplah setakat minat pada bakat. Jika peminat menghormati Shahir, mereka juga perlu hormati haknya sebagai manusia,” katanya.

Thanks

READ MORE- Shahir AF8

Bukan gadis hipokrit

Ingin dikenali kerana bakat, bukan cerita sensasi

BEBERAPA minggu lalu, namanya menjadi bualan peminat seni hiburan tanah air apabila dia mengenakan pakai­­an yang agak mendedahkan ketika menghadiri sebuah majlis. Gambar dirinya dengan gaun yang menunjukkan sebaha­­gian daripada dada itu dengan pantas menjalar di alam maya, sedikit sebanyak membuatkan orang ramai mula ‘mengenali’ si empunya diri.

Biarpun agak hangat diper­­katakan, sehingga Miera Leyana sendiri beberapa hari kemudian tampil memohon maaf atas ‘ke­­terlanjuran’ berkenaan, pelakon berusia 18 tahun ini tidak me­­nuding jari kepada sesiapa untuk dipersalahkan. Cuma, dia terkilan apabila gambar terbabit cepat disebarkan.



Walaupun bukan cara terbaik untuk dikenali, namun sedikit seba­­nyak remaja ini mengaku namanya mula mendapat tempat di hati peminat akibat kejadian terbabit.

“Kejadian itu sedikit sebanyak memang ada kesannya. Begitupun, saya bukan ingin dikenali menerusi kejadian seperti ini. Sebaliknya saya ingin membuktikan saya mempunyai bakat dalam lakonan, yang sepatutnya menjadi cara lebih baik dalam memperkenalkan nama Miera Leyana dalam dunia hiburan.

“Saya bukan main-main apabila membabitkan diri dalam dunia seni. Malah, saya sudah berlakon sejak berusia 15 tahun. Jika saya ingin tagih populariti dengan cara yang cepat, baiklah saya berpakaian seksi sejak dulu lagi.

“Lagi pun, saya tidak pernah bersikap hipokrit. Saya masih Miera Leyana seperti yang dikenali sejak dulu. Bagaimana peminat melihat saya hari ini, begitulah juga saya suatu masa lalu. Takkan hanya kerana peristiwa itu, esok lusa saya akan tampil berbaju kurung?” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.
Menurut Miera, kejadian ber­­kenaan juga bukanlah saat paling pahit pernah dialaminya, namun dia lebih suka melihat kejadian terbabit sebagai pengalaman baru buatnya.

“Secara jujur, saya tidak menyangka orang ramai akan memperkatakan mengenainya sampai begitu sekali. Ia bagaikan kilat yang tiba-tiba menyambar. Bagaimanapun, pengalaman itu membuka mata saya dengan lebih luas lagi, untuk memahami dunia artis. Pada masa yang sama, ia pengalaman yang mematangkan diri,” ujar gadis kacukan Melayu-Cina ini.

Mengaku gambar berkenaan dirakam ketika dirinya berada dalam keadaan belum bersedia sepenuhnya, Miera turut me­­ngaku, sebagai manusia biasa dia sendiri agak kurang selesa apabila orang ramai bercerita mengenai penampilannya yang dikatakan terlalu seksi itu.

Ditanya mengenai reaksi orang tuanya tatkala berdepan situasi itu, Miera cepat-cepat me­­luahkan kelegaan kerana menurutnya, ibu dan bapanya sudah pun bersedia dengan segala macam dugaan yang mungkin anak mereka akan tempuhi sebaik saja Miera memutuskan untuk terjun ke dunia seni. Mereka nyata memahami keperitan yang dialami gadis ini.

“Setiap manusia pasti akan membuat kesilapan dalam hidup mereka. Jadi, kita kena reda dengan apa yang berlaku. Mulut orang bukan seperti mulut tempayan yang boleh ditutup. Ketika yang sama, saya percaya, lama-lama mereka akan berhenti daripada bercakap me­­ngenainya. Kita pula boleh belajar daripada kesilapan lalu,” tegas remaja peramah ini.


Cabaran melakonkan watak gadis gothik

MENYENTUH karier lakonan, Miera tersenyum lebar dan nyata gembira untuk berkongsi cerita yang lebih menceriakan diri. Katanya, selepas membintangi filem Apokalips arahan Mamat Khalid, dia dilamar pula Ahmad Idham untuk berlakon dalam filem Jangan Pandang-Pandang.

Pada pertengahan Mei, Miera dijadualkan sekali lagi turun ke lokasi, kali ini untuk menjayakan penggambaran sebuah filem terbitan Tayangan Unggul pula.

“Penghujung Mac lalu, saya terbabit dalam penggambaran filem komedi seram Jangan Pandang-Pandang dengan membawakan watak gadis gothik bernama Marsha.
Antara lain, filem itu mengisahkan sekumpulan pelajar yang melakukan kajian mengenai tulang-tulang manusia di sebuah pulau. Marsha pula menyertai pelajar berkenaan apabila mereka tidak mempunyai anggota yang cukup.

“Selain diri saya, pelakon lain yang menjayakan filem ini ialah Zizan, Sara Ali, Anith dan Nas-T,” katanya yang cukup seronok beraksi dalam filem terbabit, apatah lagi apabila diberikan watak yang dianggapnya mencabar kebolehan diri.
Marsha, katanya, digambarkan sebagai gadis yang agak misteri, tetapi mempunyai sifat kepe­­mimpinan yang tinggi.

“Cuba bayangkan bagaimana ekspresi seorang gadis gothik yang nampak hantu? Tentulah ia bukan tugas yang mudah untuk saya lakukan. Sebagai gadis sedemikian, saya tidak boleh mempunyai perasaan yang jelas kelihatan.

“Nasib baik, sebelum turun ke lokasi, saya melakukan sedikit kajian mengenai golongan ini. Saya mengkaji bagaimana kelakuan dan gaya mereka menerusi paparan yang tersedia di internet. Saya lihat cara mereka bercakap, cara berpakaian dan juga cara mereka mengenakan solekan.

“Idham juga mahukan saya menjadi gadis yang penuh teka-teki. Begitupun, peminat tetap akan dapat menyaksikan ciri-ciri Miera Leyana sebenar dalam watak ini, walaupun sedikit,” katanya yang turut berlakon dalam siri komedi Nana Narita bersama-sama Faezah Elai, Anne Abdullah, Zoey dan Radhi Khalid, siaran TV9.

Biarpun berasakan kesukaran membawakan watak ber­­kenaan, Miera menerimanya sebagai cabaran yang harus ditempuh dalam membentuk dirinya sebagai pelakon lebih berwibawa.

Lebih-lebih lagi, dia berasakan, tidak ramai pelakon yang diberikan ruang untuk mencuba watak sedemikian.


Hampir tempang lakukan aksi Apokalips

SEBAGAI Marsha, Miera mendakwa watak itu tidak sama dengan peranan yang diberikan kepadanya dalam Apokalips, sebelum itu.

“Menerusi filem arahan Abang Mamat, saya beraksi sebagai gadis yang berdepan masalah percintaan. Pada masa yang sama, watak saya juga adalah ketua kumpulan yang muncul pada dunia baru. Ia sebuah generasi yang nyata berbeza daripada apa yang ada pada hari ini,” katanya yang baru saja menamatkan penggambaran drama bersiri, Kasih, yang dilakonkan bersama Aaron Aziz untuk TV3.

Remaja ini masih ingat, ketika beraksi dalam filem yang menggunakan set cukup dikaguminya itu, dia terjatuh tatkala menjayakan sebuah babak aksi sehingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.

“Kerana terjatuh di lokasi, tisu otot kaki saya terkoyak. Kata doktor, saya boleh tempang jika nasib kurang menyebelahi diri. Nasib baiklah kecederaan berkenaan tidak mencapai tahap yang lebih serius,” cerita anak kedua daripada tiga adik-beradik, yang dilahirkan di Johor Bahru ini.

Kerana kecederaannya itu, Mamat terpaksa menukar skrip, dengan mewujudkan babak yang menunjukkan dirinya tercedera, supaya kesinambungan filem berkenaan terjaga.


Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
2011/05/09


p/s:Petikan di adalah hak milik sepenuhnya Berita Harian, tanpa sebarang penambahusbahsuaian. Petikan keseluruhan artikel ini hanya bertujuan peribadi semata-mata. Harap maklum. Terima kasih.

Thanks

READ MORE- Bukan gadis hipokrit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!