Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Kerana cinta Fida diugut bunuh

KUNTUM senyuman tak lekang di bibir manis gadis ini. Sinar anak matanya pula jelas jernih berkaca. Seolah-olah cerminan kepada hatinya yang kini sudah ditakluki sang teruna berkulit hitam manis yang dikenali enam bulan lalu.

Kuasa cinta memang begitu. Boleh merubah seseorang itu dalam pelbagai perspektif yang berbeza.

Asyiknya cinta boleh membawa kepada bahagia, namun jika tidak kena pada tempat dan cara, cinta juga boleh membawa kepada kemusnahan dan bahana.

Itu yang dialami oleh pelakon baru, Fida Ibrahim, 25, setelah hijab cinta yang terjalin antara dia dan anggota kumpulan pelawak Sepah, Mamat terbuka dan diketahui umum khususnya peminat. Ramai yang melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan tersebut.

Fida


Lebih-lebih lagi sepanjang tiga tahun berada dalam industri seni, belum pernah lagi gadis kecil molek ini ‘membuat bising’ dengan menjaja kisah cinta. Lalu, terus sahaja namanya mencanak naik dan meniti di bibir mereka yang menjadi pemerhati dunia hiburan.

Walhal , sebelum ini pelakon drama bersiri Epilog Syurga Cinta ini boleh dikategorikan sebagai artis yang biasa-biasa sahaja.

“Ala...susah nak cakap. Saya dan Mamat sebenarnya dalam proses mengenali hati budi lagi. Tak tahu nak kata bercinta atau tidak sebab masih terlalu awal. Segan nak cakap mengenai status sebenar hubungan kami ini. Bukan apa, takut tak jadi nanti malu yang dapat.

“Iyalah, dulu saya tak pernah pun dikaitkan dengan siapa-siapa, tiba-tiba orang tahu mengenai saya yang kini rapat dengan Mamat. Walau masih tak dapat nak kategorikan status hubungan ini, tapi orang dah mula bercakap. Apa-apa pun, cukup untuk saya katakan yang saya selesa berkawan dengan dia,” katanya.

Diugut bunuh

Sedang rancak bercerita mengenai karakter Mamat yang baginya cukup melucukan, juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 ini kemudiannya mengubah topik perbualan yang bisa membuatkan sesiapa sahaja merasa seram sejuk.

Bukanlah cerita mistik yang cuba disampaikan oleh Fida. Tetapi cerita benar mengenai dirinya yang menerima ugutan bunuh oleh orang yang tidak dikenali baru-baru ini. Semuanya berlaku selepas hubungannya dengan Mamat diberi liputan meluas oleh media.

“Betul kak, saya terima macam-macam ugutan di laman sosial Tweeter selepas cerita saya dan Mamat keluar.

“Saya tak kenal siapa dia tapi individu itu menyuruh saya memutuskan hubungan dengan Mamat. Kalau tidak dia akan bunuh saya atau Mamat. Lebih menakutkan, dia juga cakap tak ada siapa pun boleh dekat dengan saya. Jika keadaan itu berlaku, dia mengugut akan berbuat sesuatu.

“Mula-mula memanglah saya ingat benda ni tak serius, tapi bila sampai dapat ugutan bunuh, saya rasa ini bukan lagi satu perkara yang harus dipandang remeh,” katanya.

Menganggap individu tersebut sebagai pengacau psiko, cerita Fida, dia juga tak dapat menyembunyikan rasa terkejut apabila insan misteri itu membuat kenyataan pelik.

“Dia kata, Fida adalah perempuan yang paling dia sayang selepas ibunya. Tak tahu nak cakap ini pujian atau apa.

“Tetapi saya anggap ia sebagai sesuatu yang menakutkan. Iyalah, tiba-tiba ada orang cakap macam tu pada kita, tak rasa lain macam ke?

“Bukan itu saja, dia juga selalu beritahu saya yang dia akan berusaha cari lokasi rumah Fida sampai dapat. Takutlah saya macam ni!” luah Fida.

Merasakan dirinya terancam dengan kelakuan aneh insan misteri tersebut, jelas Fida, dia juga telah mengambil langkah keselamatan dengan membuat lapor polis pada minggu lalu.

Cerita obsesi lelaki terhadap dirinya tidak terhenti di situ. Gadis berbintang Gemini ini kemudian membuka pula cerita mengenai bagaimana seorang wartawan sanggup mengaburi mata masyarakat dan pihak media lain mengenai kisah cinta palsu mereka berdua.

Enggan mendedahkan nama sebenar jejaka tersebut, akui Fida, sehingga kini dia masih tidak dapat menangkap apa motif sebenar lelaki tersebut berbuat demikian.

Cuma dia cukup terkilan dengan kelakuan individu tersebut yang baginya tidak profesional semasa menjalankan tugas sebagai wartawan.

“Menjaja cerita yang saya ni merupakan kekasihnya, tentang bagaimana kami saling berbalas-balas mesej di telefon dan sebagainya. Apa semua itu?

“Hubungan cinta itu tak pernah wujud. Kenapa dia mereka-reka cerita? Saya mengaku memang kecewa dengan sikap dia yang tak profesional. Saya tak sangka dia telah memanipulasikan hubungan persahabatan kami kepada hubungan cinta palsu.

“Saya harap dia hentikan perbuatan itu sebab saya bimbang ia boleh menjejaskan karier saya,” katanya memohon supaya diri tidak terus dimanipulasi.


Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR


Thanks to Utusan Malaysia Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!