"Saya sangat tenang . Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, sekarang saya tidak terlalu sibuk dan mempunyai banyak masa bersama Ashraff dan Noah," katanya.
Bintang filem Saus Kacang itu begitu menikmati saat bersama suami dan anaknya ketika menjalani ibadat puasa kali ini.
"Sahur bersama, berbuka bersama, solat bersama, saya menikmati setiap waktu bersama keluarga," ujar pelakon berusia 29 tahun.
Sayangnya, walaupun ditemani suami dan anak, namun Bunga tetap tidak berpuasa penuh kerana dia masih menyusukan anak tunggalnya itu.
No comments:
Post a Comment