Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Tolak cinta wang ringgit

DUIT bukan segala-galanya. Kalau bercinta sebab duit tak guna juga. Kita kena tengok juga perkara-perkara lain yang perlu dijadikan bekalan masa hadapan,” kata Neelofa Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai isu dirinya dihimpit VIP sejak awal muncul dalam bidang seni.

Menurut gadis kecil molek itu lagi, dia sebenarnya cukup rimas apabila orang sering kali melabel dirinya dihimpit golongan kelas atasan ini sedangkan hal itu tidak pernah berlaku.

Tidak mahu dirinya terus menjadi perhatian dan permainan sesetengah pihak yang kurang senang dengan dirinya, Lofa nekad mengambil keputusan untuk mengunci mulutnya daripada terus memberikan apa-apa komen.

“Untuk apa Lofa terus layan cerita kena himpit VIP ni? Banyak cerita yang dijaja itu tak benar, akhirnya Lofa yang menjadi mangsa. Sebab itu sekarang ni, Lofa diam sahaja, malas hendak layan cerita yang bukan-bukan.

Neelofa


“Bila sebut VIP orang akan kaitkan dengan duit. Sepertinya orang yang mahu berkawan dengan VIP ni semata-mata kerana duit. Lofa masih belum terdesak untuk jadi macam tu.

“Macam Lofa cakap tadi, duit bukan segala-galanya. Kalau banyak duit tapi tak bahagia tak guna juga. Jadi biarlah Lofa betul-betul bina nama sebagai anak seni sebelum berkongsi cerita peribadi dengan orang lain.

“Kalau kerja belum teruji lagi tapi kontroversi sahaja yang datang, tak elok juga,” jelas gadis yang sudah menginjak usia 22 tahun ini.

Jika ada yang mengikuti perkembangan Lofa sebelum ini, dia memang tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Ada sahaja cerita yang menjentik rasa dipaparkan untuk tatapan umum. Banyak cerita yang dihadapkan, menjurus kepada sisi tak elok heroin Azura ini sendiri.

Namun begitu, setiap kontroversi itu bagaikan membuka pintu rezeki buatnya. Dengan cerita-cerita ini nama Lofa semakin dikenali dan menjadi perhatian pengarah filem mahupun drama.

“Betul, nama Lofa memang selalu jadi mangsa gosip liar. Ada orang yang lebih tahu pasal cerita panas Lofa daripada mengenali siapakah Lofa yang sebenar.

“Setiap kali badai tu datang melanda, setiap kali itu juga Lofa akan duduk berdiam diri. Hanya membiarkan orang lain bercerita mengenai hal itu daripada terus nak layan cerita tersebut.

“Kalau nak layan kontroversi bermasam muka, cerita putus cinta memang ia tak akan habis sampai bila-bila. Lofa yakin peminat di luar sana pandai menilai apa yang baik dan mana yang buruk.

“Penilaian-penilaian yang mereka buat ini akhirnya membuatkan cerita itu reda begitu sahaja,” katanya yang kini sedang popular dengan drama Tahajjud Cinta.

Bercerita mengenai kerjaya pula, Lofa bakal muncul dengan beberapa buah filem pada tahun hadapan. Cukup teruja dengan semuanya, jelas gadis asal Pasir Mas, Kelantan ini kehidupan sebagai anak wayang itu cukup menyeronokkan.

Dan baru-baru ini ada berita yang melaporkan Lofa bakal membintangi filem Rentaz arahan Mamat Khalid. Namun semuanya hanya tinggal kenangan apabila Lofa terpaksa menolak tawaran tersebut.

“Lofa memang teringin nak bekerjasama dengan Mamat Khalid. Kalau ikut perancangan awal memang kami akan bekerja sama-sama tapi memandangkan jadual Lofa yang tak mengizinkan, terus Lofa lupakan hasrat tu.

“Filem tu gunakan lokasi Betong, Selatan Thailand. Lofa tak ada masalah kalau lokasi tu dekat. Bila lokasi jauh susahlah sebab Lofa masih belajar.

“ Itu sebab yang buat Lofa tekad untuk tak ambil watak tersebut. Rasa rugi sangat tapi Lofa anggap tak ada rezeki sahaja,” tambahnya lagi.


Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my


Thanks to Utusan Malaysia Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!