Sedikit sebanyak mukadimah bagi judul entri pada kali ini.
Jadi apa intipati posting hari ini???
Kisah yang akan dipaparkan adalah berita yang disiarkan oleh Berita Harian Online.
'Jangan cabar kesabaran saya'
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
Zarina tak rela maruah diri terus dicalar
SIAPA pun yang berada di tempatnya pasti akan melenting marah apabila maruah diri terus cuba diinjak, seolah-olah kehadirannya cuma dilihat sebagai perosak industri hiburan. Mungkin dulu, Zarina Anjoulie lebih selesa berdiam diri dan membiarkan saja media dan masyarakat terus menghukum dirinya.
Tetapi selepas lima tahun, Zarina yang mula dikenali menerusi drama bersiri, Anak Pontianak enggan lagi membiarkan maruahnya dipermainkan. Cukup sudah dia mengunci mulut kerana tempoh lima tahun itu terlalu panjang untuk membuat gadis kacukan Melayu, Inggeris dan Iran ini bersabar dengan permainan segelintir pihak media yang tidak bertanggungjawab. Hari ini, Zarina yang baru menyempurnakan drama bersiri muzikal, Kampus bertekad bangun mempertahankan dirinya.

