Sedikit sebanyak mukadimah bagi judul entri pada kali ini.
Jadi apa intipati posting hari ini???
Kisah yang akan dipaparkan adalah berita yang disiarkan oleh Berita Harian Online.
'Jangan cabar kesabaran saya'
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
Zarina tak rela maruah diri terus dicalar
SIAPA pun yang berada di tempatnya pasti akan melenting marah apabila maruah diri terus cuba diinjak, seolah-olah kehadirannya cuma dilihat sebagai perosak industri hiburan. Mungkin dulu, Zarina Anjoulie lebih selesa berdiam diri dan membiarkan saja media dan masyarakat terus menghukum dirinya.
Tetapi selepas lima tahun, Zarina yang mula dikenali menerusi drama bersiri, Anak Pontianak enggan lagi membiarkan maruahnya dipermainkan. Cukup sudah dia mengunci mulut kerana tempoh lima tahun itu terlalu panjang untuk membuat gadis kacukan Melayu, Inggeris dan Iran ini bersabar dengan permainan segelintir pihak media yang tidak bertanggungjawab. Hari ini, Zarina yang baru menyempurnakan drama bersiri muzikal, Kampus bertekad bangun mempertahankan dirinya.
Bpop: Dulu banyak berdiam diri tetapi sekarang dah makin lantang bersuara terutama di Twitter. Marah benar Zarina dengan produksi stesen televisyen, apa puncanya?
Zarina: Siapa yang tidak marah apabila dijemput ke satu majlis tetapi mahu melaga-lagakan saya dengan artis lain? Apa masalah mereka? Sudah lima tahun saya dalam industri, belum cukupkah saya dimalukan dan maruah saya dipermainkan dengan rentetan kontroversi? Apa lagi yang mereka mahukan? Saya sudah puas bersabar. Saya juga ada maruah yang perlu dipertahankan. Jangan cuba menjolok sarang tebuan. Saya tidak teragak-agak untuk bersuara bagi menegakkan kebenaran. Saya tak mahu bagi muka lagi.
Nak pertahankan diri ada caranya. Mungkin nanti keberanian Zarina itu disalah anggap pula sebagai kurang ajar. Tak kisah ke?
Dulu saya berdiam diri, orang sewenang-wenangnya memijak kepala saya. Tetapi apabila saya mula bersuara, orang cakap saya kurang ajar. Habis apa yang perlu saya buat? Adilkah selama lima tahun ini mereka mengaut keuntungan dengan menjual maruah dan nama baik saya tetapi saya tidak mendapat apa-apa? Orang lain mungkin boleh bertolak-ansur tetapi bukan saya. Jangan terus mencabar kesabaran saya. Cukup-cukuplah memalukan saya. Hari ini, saya akan bangun mempertahankan maruah.
Zarina nak salahkan media atas segala kontroversi yang berlaku?
Saya bukan menyalahkan media tetapi tolong berlaku adil. Mustahil media tidak tahu permainan dalam industri ini. Banyak perkara jengkel berlaku, tetapi anehnya keburukan itu langsung ditutup. Tetapi, kenapa apabila tiba giliran saya ada saja cuba menjatuhkan? Mengapa media tidak berlaku jujur dan bersikap pilih kasih? Salahkah saya jujur menjadi diri sendiri? Rasanya itu lebih baik daripada bersikap hipokrit. Saya kesal kerana sesetengah kontroversi ditulis adalah isu lama yang dikorek semula. Cara penulisan segelintir media seolah-olah mendorong masyarakat membenci saya.
Apakah kerana itu Zarina seperti menjauhi dunia lakonan?
Saya tidak akan berundur diri atau mengalah dengan apa yang berlaku. Jika ada pihak yang melihat semua ini sebagai satu permainan, saya bersedia untuk teruskan permainan ini. Kalau mengalah, orang akan mentertawakan saya. Itu tidak mungkin berlaku. Biar saya dimalukan tetapi saya tidak akan berundur. Siapa yang mahu melihat orang lain maju? Mungkin kerana mereka melihat saya kuat dan teguh, jadi ada saja cubaan datang untuk menjatuhkan saya.
Tak bimbang ke kalau nanti digam sesetengah media?
Salahkah saya menegakkan keadilan untuk diri sendiri? Jika saya terus berdiam dan membiarkan orang menganiaya, siapa yang mahu membela nasib saya nanti? Sampai bila saya mahu terus membiarkan orang lain mencalarkan maruah saya? Mereka dapat duit dan keuntungan tetapi saya pula dapat malu.
Zarina tidak takut berdepan dengan persepsi masyarakat?
Masyarakat tidak pernah memandang buruk kepada saya. Tahukah mereka yang selama ini menyokong dan memberi kata semangat terdiri daripada peminat yang datang dari kampung serta bertudung? Mereka terima saya dengan baik, malah tidak pernah memandang rendah. Jangan salahkan masyarakat kerana mereka tiada kena mengena dalam hal ini. Bagaimana masyarakat boleh tahu segala keburukan dalam industri jika bukan pihak media yang mendedahkannya? Saya tidak perlu berlakon baik hanya untuk memenangi hati masyarakat. Baik begini daripada berpura-pura dan apabila semuanya terbongkar, mana mahu letakkan muka? Saya bukan manusia begitu.
to Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment