Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:
Showing posts with label Sakit Tuan. Show all posts
Showing posts with label Sakit Tuan. Show all posts

Air Kurang

Kali ini joey39 ingin berkongsi permasalahan sakit tuan yang diajukan kepada Pakar Sakit Tuan kita. Soalan nya adalah seperti di bawah ini:-

SAYA berumur 37 tahun dan mengalami masalah berkaitan kuantiti air mani, di mana ia berkurangan saban hari. Apa harus dilakukan bagi memperbanyakkan kuantiti air mani? Adakah rawatan dan ubat-ubatan untuk menangani masalah ini?


LELAKI RUNSING


Maka, Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail memberikan pandangannya sepertimana terkandung di bawah ini.

READ MORE- Air Kurang

Cepat Lembik

Pertanyaan yang dikemukakan kepada Doktor Sakit Tuan pada kali ini adalah seperti berikut:-

SAYA sering gagal membuat penetrasi ketika bersetubuh kerana zakar saya kurang padat dan membawa kepada ejakulasi pramatang. Ketika pemanasan zakar saya menegang tetapi bila terlalu terangsang ia menjadi lembik dan jantung pula berdegup kencang.

Pelbagai kaedah sudah saya cuba termasuk memakai cincin penebat, ubat sapuan untuk mengurangkan rasa sensitif tetapi hasilnya sama juga dan ia gagal membantu. Boleh doktor terangkan masalah sebenar saya?

Ali, Sabah

READ MORE- Cepat Lembik

Bahaya

Bahaya?? Anda berada di dalam zon bahaya jika sekiranya anda tidak membaca artikel di bawah. Hehehe..Bikin saspen yang tidak menjadi sekejap yeah...Jangan amik hati tapi amik tau sikit tentang artikel yang dikeluarkan oleh myMetro di bawah KHUSUSnya kaum LELAKI.....

Bahaya pam vakum

KALI ini saya ingin menyentuh mengenai alat pembesar zakar. Satu kajian oleh Andrology Australia mendapati 86 peratus lelaki mempercayai saiz dan bentuk zakar mustahak sebagai lambang keterampilan diri sebagai lelaki sejati.

Pada masa sama, satu daripada empat lelaki dalam kajian itu tidak teragak-agak mendapatkan zakar idaman mereka jika wujud kaedah selamat dan boleh dipercayai.

Gambar Hiasan semata-mata BUKAN tujuan pengiklanan


Kajian juga mendapati sesetengah lelaki sukar mendedahkan anggota kelamin untuk diperiksa kerana tidak selesa dengan bentuk dan saiz zakar.

Mereka sanggup mendiamkan diri tanpa berjumpa doktor jika ada masalah berhubung struktur dan fungsi anggota kelamin. Namun, jika kajian sama dilakukan di Malaysia, saya pasti keputusannya sama.

Memandangkan di Australia ada persatuan perubatan dan kesihatan seperti Andrologi Australia yang kerap menjalankan forum dan perbincangan terbuka mengenai kesihatan lelaki atau andrologi (sakit tuan), lelaki di sana mendapat pendedahan positif mengenai kesihatan dan tidak akan melakukan perkara yang memudaratkan kesihatan.

Malangnya di negara kita, lelaki lebih senang merawat masalah secara bersendirian atau dengan orang tidak bertauliah seperti bomoh, dukun dan tabib.

READ MORE- Bahaya

Bila Tegang...

Satu persoalan yang dikemukan oleh seorang pembaca myMetro atau Harian Metro kepada Dr. Ismail, Doktor Sakit Tuan kita. Soalan nya adalah seperti berikut :


KEMALUAN saya sakit apabila tegang dan keluar cecair (macam nanah) hampir seminggu. Apakah masalah yang saya hadapi?


AMIR

Ampang, Selangor


Dan di bawah ini adalah jawapan yang telah diberikan oleh Doktor Sakit Tuan kita, Dr. Ismail.

READ MORE- Bila Tegang...

Jom Makan Sayur

Sayur?? Anda suka makan sayur??? Kalau suka, bagus lah..banyak khasit sayur nie... Kepada yang kurang menggemari sayur-sayuran, beranikan lah diri anda untuk mencuba nya.

Mengapa saya memperkatakan topik sayur pada entri kali ini. Ini adalah disebabkan artikel di bawah ini. Artikel tersebut adalah hak milik sepenuhnya myMetro.

Jom teruskan pembacan kalian semua....

Makan banyak sayur


Sayur-sayuran

MINGGU ini saya tertarik untuk mengetengahkan masalah kuantiti air mani. Ini kerana sejak kebelakangan ini banyak e-mel yang saya terima dan juga disiarkan mengemukakan masalah berkaitan air mani.

Baik suami mahupun isteri, ramai menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walau sudah lama berkahwin. Dalam puluhan e-mel yang diterima, saya tertarik dengan e-mel yang bertanyakan ubat atau makanan untuk menambah kuantiti air mani.

Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.

Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki itu mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan cairan yang banyak.

Lagi kerap lelaki itu bersetubuh, semakin kurang pengeluaran air mani, walaupun dia sangat terangsang ketika itu. Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah.

Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi-pundi tadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit. Begitu juga sebaliknya.

Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan suplemen. Lelaki menghasilkan antara dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali pancut. Jika pancutan kerap, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak ½ ml atau hanya beberapa titik.

Air mustahak kerana ia juga boleh mempengaruhi isi padu air mani. Perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya empat liter sehari.

Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.

Selain itu, tiram dan makanan laut mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli, bendi dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.

Namun, jangan memperkecilkan keupayaan buah- buahan tempatan.

Buah Nangka
Betik

Buah nangka dan betik misalnya mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.

Selain itu, herba akar Tongkat Ali teruji secara saintifik oleh pakar tempatan bertujuan menambah isi padu air mani. Kesimpulannya, semua makanan dan suplemen yang saya utarakan diatas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun yang berumur.

Oleh :
Doktor Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby


Thanks

READ MORE- Jom Makan Sayur

Pemilihan Waktu

Persoalan yang diajukan pada posting kali ini adalah seperti di bawah :

ISTERI saya baru bersalin. Bilakah masa sesuai untuk melakukan kembali hubungan intim suami isteri. Ada pendapat mengatakan selepas 100 hari baru boleh bersama isteri.


SUAMI INGIN TAHU

Johor

Makanya, Doktor Sakit Tuan anda sepertimana biasa akan memberikan hujahnya seperti berikut :

Selepas melahirkan anak, salur reproduktif wanita akan menjalani proses pemulihan. Tisu yang melecet dan radang akan beransur pulih. Jahitan dalaman mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk pulih dan jahitan luar pula antara 7-14 hari untuk pulih.

Jika wanita itu menjalani prosedur pembedahan Ceasearean untuk melahirkan anak, pemulihan luka melebihi tiga minggu. Tidak hairan jika purata angka 100 hari diberi sebagai waktu pantang sebelum isteri boleh melakukan semula hubungan seks.

Bagaimanapun, wanita disyorkan menjalani pemeriksaan fizikal dan kesihatan seksual enam minggu lepas bersalin untuk doktor pastikan anggota reproduktifnya pulih dan parut kulit tidak radang sebelum doktor memberi kata putus, sama ada suami isteri boleh melakukan hubungan seks.

Ketika doktor melakukan pemeriksaan lepas bersalin, pasangan boleh meminta doktor menjelaskan perancangan keluarga dan hubungan seks ringan jika isteri sihat.

Mungkin sebelum seks penetratif dilakukan, pasangan boleh mencuba seks tanpa penetrasi dengan rangsangan luaran.

Apabila semua percubaan itu berjaya dan selesa, mungkin cara biasa seperti kedudukan suami di atas boleh dilakukan dan mengikut keselesaan isteri. Untuk enam bulan pertama, memang hubungan seks menjadi cabaran untuk kedua-dua pihak.


READ MORE- Pemilihan Waktu

Rahsia untuk Bertahan

Persoalan yang dikemukakan adalah seperti berikut :

SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk di kemudian hari? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?

Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami masalah klimaks yang sangat cepat. Paling lama saya mampu bertahan untuk tiga hingga tujuh minit saja. Harap doktor dapat memberi ulasan mengenai produk yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.


ZAIMI, Kajang

Jadi ini adalah jawapan daripada Doktor Sakit Tuan anda :

Anda mungkin tahu bahawa bukan anda seorang saja yang mengamalkan penggunaan krim seks atau ubat kuat. Sebenarnya, lebih ramai lelaki kerap mengamalkannya untuk tujuan yang sama tanpa mengira kesan sampingan atau kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada kesihatan mereka dan pasangan.

Anda mengamalkan bahan berkenaan kerana mahu beraksi lama. Anda juga hanya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit apabila beraksi dan anda percaya masa itu tidak cukup atau tidak normal seperti orang lain.

Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan yang baik, tahap fizikal dan stamina yang mantap.

Selain itu anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh supaya dapat mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau dapat mengawal ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.

Pendek kata, apa yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya aksi seksual dengan pasangan ialah minda yang cergas, daya tumpuan yang kukuh, tubuh badan yang sihat dan daya kawalan beraksi ketika bersetubuh.

Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai bahan sokongan, itupun jika ia benar-benar berkesan. Kebanyakan produk dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Anda perlu berwaspada dengan iklan ubat kuat atau krim ajaib yang kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi. Mengenai masalah cepat klimaks, definisi sebenar ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal daripada yang diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit dari peringkat ereksi masuk dan pencapaian ejakulasi.

Jadi tiga hingga tujuh minit itu dikira normal jika masa yang anda kira itu bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi berlaku.

Jika anda mengira dari mula beraksi, termasuk aksi pemanasan dan penetrasi, masa itu boleh dikira agak cepat. Anda perlu memahami dan mempelajari teknik persetubuhan yang tepat.

Contohnya, tekanan kepada penghujung kemaluan dikurangkan dengan cara mengekalkan ereksi di dalam kemaluan isteri tanpa dikeluarkan, sambil meningkatkan geselan bahagian pangkal kemaluan ke langit kemaluan isteri. Ia dikenali sebagai ‘Coital Alignment’.

Cara ini dapat mengurangkan geselan hujung zakar dan secara langsung dapat memanjangkan aksi hubungan suami isteri. Jika penghujung zakar amat sensitif, mungkin dengan cara menggunakan gel ‘local anaesthetic’ (pengebas) dapat membantu mengurangkannya.

Krim pengebas yang dijual di luar sana sebenarnya tidak tulen. Hakikatnya, ia hanya sejenis ubat peradang kulit dan tidak selamat untuk digunakan secara kerap. Anda boleh dapatkan gel pengebas daripada doktor.

Sumber - > Sila Klik gambar THANK YOU


READ MORE- Rahsia untuk Bertahan

Kaedah mendapat pancutan dinamik

APAKAH penyelesaian bagi masalah lemah pancutan air mani? Adakah kadar kekuatan pancutan air mani mempengaruhi kepuasan isteri?


SUAMI CINTA ISTERI

Tanjung Malim, Perak


Pancutan air mani berlaku apabila lelaki mencapai klimaks atau kemuncak rangsangan seksual.

Ketika dalam keadaan terangsang, semua otot yang terbabit dalam menjayakan penetrasi seperti otot lantai pelvis atau otot kemut dan otot yang digunakan untuk dayungan alat kelamin lelaki ke dalam alat sulit wanita seperti otot punggung, otot belakang, otot peha dan semua otot badan berada dalam keadaan tegap dan aktif.

Sistem pancutan juga dalam keadaan mantap dan bersemangat. Apabila lelaki mencapai klimaks, sistem pancutan menjadi aktif dan air mani terkeluar secara pancutan dengan cengkaman otot lantai pelvis atau otot kemut yang berlaku secara spontan.

Apabila lelaki cuba mengawal ejakulasi dengan hajat nak melewatkan ejakulasi dengan mengemut, daya ejakulasi terbantut dan air maninya keluar secara meleleh.

Sistem pancutan menjadi kurang bersemangat apabila umur lelaki meningkat dan otot yang mengawal pancutan lemah akibat perubahan umur dan kurang daya fizikal.


Jika ingin mencapai ejakulasi lebih dinamik, lelaki perlu mengekalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman berkala supaya otot badan lebih berdaya. Lakukan senaman kemut (senaman kegel) dan elak mengemut ketika ejakulasi berlaku supaya daya ejakulasi lebih mantap.

Berkaitan sensitiviti alat sulit wanita, kajian menunjukkan bahagian langit atau bahagian atas alat sulit wanita lebih sensitif secara menyeluruh.

Corak sensitiviti mukosa alat sulit wanita ialah sentuhan taktil (tactile sensation), sentuhan getaran (vibratory sensation) dan sentuhan tekanan (pressure sensation).

Jika dalam hubungan kelamin, suami lebih mengamalkan dayungan keluar masuk, corong alat sulit wanita tidak dapat sentuhan cukup dan sukar menghayati rangsangannya dan mungkin tidak dapat mencapai klimaks.

Jika dayungan alat kelamin lelaki dilakukan dengan ereksi kekal di dalam alat sulit wanita tanpa mengeluarkannya, ia dapat sentuhan menyeluruh dan jika geselan dilakukan lebih ke langit alat sulit wanitai itu, bahagian yang sensitif dapat rangsangan cukup dan wanita mudah mencapai klimaks.

Sebilangan wanita yang mempunyai mukosa alat sulit yang sangat sensitif merasa pancutan ketika suaminya klimaks melalui tiga corak perasaan yang dijelaskan awal tadi.

Ini tidak bermakna wanita yang tidak rasa ejakulasi suami mempunyai daya sensitiviti alat sulit lemah. atau kurang. Yang mustahak ialah si suami dan isteri puas dalam hubungan intim yang mereka lakukan.


di petik daripada Harian Metro
READ MORE- Kaedah mendapat pancutan dinamik

Tangani isu kesuburan

MASALAH kesuburan adalah masalah pasangan kelamin. Jangan berfikiran kolot kononnya kesuburan isu sensitif dan perlu disembunyi.

Hakikatnya, masalah kesuburan perlu dikendalikan bersama. Pasangan harus berjumpa doktor untuk bimbingan dan pemeriksaan.

Bimbingan doktor, termasuk maklumat mengenali waktu subur wanita dan amalan hubungan kelamin untuk tujuan merancang mendapat anak, perlu diberi perhatian dan difahami setiap pasangan kerana, untuk mendapat anak, mereka perlu melakukan hubungan kelamin kerap pada waktu subur wanita. Wanita juga perlu pastikan air mani tidak melimpah dari alat sulitnya.

Berikutan itu, selepas bersetubuh, wanita perlu melegakan bukaan alat sulitnya supaya air mani mendap ke dalam. Wanita juga usah bergerak, berjalan atau mencuci kemaluan menggunakan bahan pelicin kerana bahan itu boleh membunuh sperma.

Di samping menjelaskan perkara yang boleh meningkatkan kesuburan, ujian asas untuk lelaki dan wanita perlu dilakukan. Ujian air mani mustahak untuk lelaki dan jika normal, ujian susulan tidak perlu dilakukan.


Jika ujian air mani pertama tidak normal, ujian susulan perlu dilakukan dua atau tiga minggu kemudian dengan sekurang-kurangnya tiga ujian untuk meneliti profil dan corak sperma daripada segi bilangan, pergerakan dan rupa bentuk benih.

Sekiranya ada kekurangan, pemeriksaan fizikal dan ujian tahap hormon kesuburan atau FSH (follicular stimulating hormone) dilakukan.

Jika kurang atau sebaliknya, rawatan khusus hormon FSH diberikan. Rawatan lain, termasuk rawatan dengan ubatan herba yang diuji keberkesanannya untuk mengatasi kekurangan sperma.

Ubat herba seperti ‘tribestan’ dan ekstrak tongkat ali seperti ‘Nu-Prep 75’ (sila rujuk www.drismailtambi. com) didapati berkesan untuk sebilangan lelaki.

Lelaki yang pernah mendapat anak tidak semestinya kekal kesuburannya. Pemeriksaan awal untuk wanita ialah untuk mengenal pasti kemampuannya menghasilkan ‘ova’ atau telur.

Kini banyak kes wanita didapati mengalami masalah telur tidak cukup membesar walaupun dapat menghasilkan atau ‘merekrut’ banyak telur dalam sampul telur.

Masalah ini dikenali sebagai ‘PolyCystic Ovarian Disease’ dan wanita yang mengalaminya mempunyai profil badan yang gempal dengan bulu roma lebat.

Jika wanita itu tiada masalah pengeluaran telur, pemeriksaan seterusnya mengenal pasti salur telur dan rahim. Ujian dilakukan melalui X-ray yang dikenali ‘Hysterosalpingography’.

Pemeriksaan lain pembedahan kecil dikenali ‘Laparoskopi’. Alat teropong dimasukkan di bawah pusat ke dalam perut melalui lubang kecil untuk meneliti organ peranakan wanita dengan lebih jelas.
READ MORE- Tangani isu kesuburan

Kaedah selamat tahan ejakulasi

BOLEH doktor beritahu di mana saya boleh dapatkan ‘desensitizer spray’ atau sebarang krim yang selamat (dilulus Kementerian Kesihatan) bagi tujuan melambatkan ejakulasi.


Yang Musykil,

Petaling Jaya, Selangor




Masalah cepat klimaks amat meruncing kepada mana-mana lelaki apabila perkara itu berlaku. Mulanya ia mungkin bukan suatu isu jika ereksi masih kekal walaupun lelaki itu mencapai ejakulasi.

Namun, ia akan menjadi isu jika berkaitan dengan penghujung zakar yang terasa amat nyilu dan sukar untuk lelaki itu meneruskan dayungan. Sebilangan lelaki mendapati jika dia tumpukan mindanya kepada perkara lain selain perasaan hangat yang berlaku kepada anggota kelamin, maka dia dapat bertahan untuk seketika.

Jadi, jika perasaan seronok yang berlaku kepada anggota kelamin itu dapat diubat kepada perasaan tidak seronok atau perasaan kurang seronok, maka dayungan dapat dipanjangkan untuk seketika. Jadi sebilangan lelaki menggunakan minyak pemanas atau pemijar untuk disapukan kepada penghujung anggota kelamin untuk tujuan itu.

Masalahnya, jika minyak atau krim itu memberi alahan kulit, maka sengsaralah keadaannya. Jika tidak dicuci dan terus melakukan hubungan seks, isteri pula akan sengsara! Inilah risiko menggunakan krim atau minyak yang mengandungi gambir Sarawak, biji lada atau kayu putih (pemijar untuk otot).

Terdapat juga minyak cengkih yang biasa digunakan untuk membuatkan gusi kebas digunakan dalam krim atau minyak untuk fungsi yang sama kepada alat kelamin. Ini juga tidak sesuai kerana kesannya sama seperti kesan gambir Sarawak yang juga digunakan sebagai rawatan tradisional untuk sakit gusi.

Krim untuk kebas farmaseutikal seperti Lignocaine atau Novocaine ada dijual dalam bentuk gel dan ubat ini hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor.

Dalam pasaran penjualan produk seks dari Barat, terdapat beberapa krim dan gel dan juga krim jenis semburan (spray) dan kebanyakannya mengandungi ubat kebas. Jika bercadang mahu gunakan krim seperti itu kerana penghujung anggota kelamin anda amat sensitif, anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan terlebih dulu.

Kini ada pelbagai pilihan untuk mengatasi masalah cepat klimaks. Alat penambat kelamin seperti cincin penambat yang diperbuat campuran getah dan silikon ada jual di pasaran.

Jika ditambat di pangkal ereksi sebelum bersetubuh, sesuai untuk melegakan perasaan sensitif dan jika ejakulasi berlaku juga, ereksi masih kekal seketika kerana tambatan cincin itu.


sumber asal
READ MORE- Kaedah selamat tahan ejakulasi

Kerap mimpi basah fenomena lelaki

SAYA berumur 28 tahun dan masih belum berkahwin. Saya ada beberapa masalah, ketika tidur saya sering bermimpi melakukan hubungan kelamin sehingga secara tidak sedar mengeluarkan air mani pekat yang terlalu banyak seperti orang yang melakukan onani. Perkara ini berlaku tidak menentu.

Saya juga terasa seperti ada gangguan di bahagian prostat serta urat di bahagian pinggang kiri sampai ke bahu kiri yang membuatkan saya kurang selesa. Bagaimanakah mengatasi masalah ini?

Insan Murung,
Kuala Lumpur



Mimpi basah yang mula muncul ketika lelaki memasuki alam akil baligh akan menjadi lebih ‘regular’ apabila sistem syahwat dan reproduktif lelaki itu menjadi mantap.

Apabila seseorang itu mula mengenali seksualiti dan tidak rasa terharu atau tertekan kepada apa yang berlaku, maka mimpi basah itu akan menjadi kurang dan tiada untuk jangka masa yang panjang dan lebih lagi jika dia sudah mula melakukan aktiviti onani untuk melepaskan perasaan syahwatnya.

Jadi, tidak hairan jika fenomena mimpi basah itu berkekalan sehingga sepanjang hayat selagi lelaki itu sihat dan mempunyai perasaan syahwat yang mudah bergelora dari semasa ke semasa. Anda pula mengalami mimpi basah dan mimpi basah itu berlaku hasil hubungan seksual dengan perempuan dalam mimpi anda.

Jika pernah melakukan hubungan seks, mimpi anda akan bertemakan senario begitu, hanya muka perempuan itu kurang jelas dan mengikut idola anda. Ini pun fenomena mimpi basah dan bukan sesuatu yang tidak normal.

Mengikut bapa psiko analisis, Sigmund Freud, mimpi itu ialah ekspresi perasaan yang terpendam. Jika anda mudah sangat mengalami mimpi bersetubuh, ini bermaksud anda memang berhajatkan untuk intim dengan perempuan tetapi anda pendamkan perasaan itu.

Maka apa yang berlaku ialah minda anda mula memainkan perasaan yang terpendam itu dalam mimpi. Sudah tentu klimaks yang berlaku ketika anda bersetubuh dalam mimpi membuatkan otot anda rasa kurang selesa kerana sebelum klimaks, berlaku otot berkenaan dalam keadaan tegang, padat dan mencengkam.

Jadi, kumpulan otot berkenaan mengalami perubahan ‘fatigue’ atau letih, maka terasa seperti kebas. Salur sperma anda juga akan mengalami tekanan akibat penyaluran air mani dan ketika ejakulasi, tekanan juga boleh berlaku di bahagian tundun dan pinggang.

Semuanya ini akibat tindak balas ejakulasi yang berlaku ketika anda dalam keadaan tidur. Saya cadangkan anda menjaga kesihatan anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan merokok dan lakukan senaman berkala selain menjaga berat badan anda.

Dengan badan yang sihat dan cergas, sudah tentu tekanan kepada otot ketika anda mengalami mimpi basah akan berkurangan.

Mungkin juga dah sampai masanya untuk anda mencari jodoh, sekurang-kurangnya berinteraksi dengan kawan dan bersosial. Jika anda suka menonton video atau Internet porno atau baca cerita lucah, diharapkan supaya dapat dikurangkan atau hentikan tabiat itu.

original source : myMetro
READ MORE- Kerap mimpi basah fenomena lelaki

Saiz, bentuk ikut keturunan, baka

ISU saiz dan bentuk alat kelamin lelaki jarang dipertikai sewaktu zaman saya bujang dulu. Ketika itu saya hanya terdengar desas-desus mengenainya kerana individu kurang membincangkan isu terbabit, mungkin kerana malu.

Sebagai doktor yang mengendalikan masalah kesuburan ketika di Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, Ibu Pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kuala Lumpur lebih 26 tahun lalu, saya melihat pelbagai saiz dan bentuk alat kelamin lelaki ketika memeriksa dan mengukur isi padu kerandut mereka.


Ada ketika saya bertanya mereka yang mempunyai saiz kelamin yang kelihatan kecil sama ada wujud masalah ketika mahu bersama isteri, tetapi semua mereka mendakwa tidak ada masalah walaupun kelamin mereka kecil! Hanya ada satu kes, lebih kurang setahun sebelum saya bersara, di mana seorang lelaki muda bertemu saya untuk rawatan menambah saiz alat kelaminnya.


Pemeriksaan menunjukkan saiz kelaminnya normal daripada segi saiz dan bentuk. Dia kebetulan mudah teruja dan kelihatan ereksinya mengembang padat dan mudah diukur (biasanya jika tidak, ereksi diberi suntikan ubat pelancar darah untuk mengukur saiz dan bentuk zakar).


Selepas diberi kaunseling, lelaki itu kelihatan puas hati dan tidak kembali lagi. Itu saja kes yang pernah saya bersemuka, mungkin lelaki itu berasa nasihat yang saya beri cukup untuknya melayari tugas sebagai suami.


Namun sejak kebelakangan ini dan selepas bersara serta mengendalikan kes kesihatan lelaki, ramai menemui saya dengan mengadu tidak puas hati terhadap saiz dan bentuk alat kelamin.

Mereka yang mendapatkan khidmat saya itu dari pelbagai peringkat usia. Saya dikunjungi lelaki tua dan muda yang tidak puas dengan saiz dan bentuk zakar mereka.


Sebilangan besar kes yang saya kendali ialah lelaki yang mempunyai ereksi tidak sehala dan alat kelamin melengkung. Untuk lelaki berusia pula, masalah paling ketara adalah mengenai alat kelamin mengecut dan tidak seperti saiz ketika muda! Begitulah antara keletah yang saya alami dalam memberi perkhidmatan terhadap penyakit orang lelaki ini, macam-macam luahan yang boleh didengar.


Namun, sekadar informasi kepada pembaca sebagai pengalaman dan berdasarkan pengetahuan saya, hanya 20 peratus kes saya yang benar-benar mempunyai alat kelamin berukuran kurang 10 sentimeter ketika ereksi.


Sebilangan besar yang lain mempunyai saiz normal untuk lelaki Asia iaitu antara 10 hingga 14 sentimeter panjang dan ukur lilit antara 10 hingga 15 sentimeter.


Untuk makluman semua juga, saiz dan bentuk alat kelamin juga mengikut keturunan dan baka. Ketumbesaran alat kelamin dalam pengaruh hormon ketumbesaran dan hormon testosterone.

Jadi ketumbesaran kelihatan terserlah ketika lelaki itu baligh. Jika seseorang itu baligh awal, ketumbesaran zakar kelihatan lebih awal. Pembesaran alat kelamin berlaku sehingga kemuncak baligh iaitu 20 tahun.
READ MORE- Saiz, bentuk ikut keturunan, baka

Pengantin baru belum kecap nikmat

SAYA berusia 23 tahun dan berkahwin beberapa bulan lalu.
Saya susah klimaks walaupun pelbagai cara dilakukan. Kepala zakar saya juga ada kesan lebam dan berwarna kehitaman. Saya tidak tahu apa puncanya, kadangkala zakar saya sakit. Adakah ia menjejaskan hubungan seksual dan memberi kesan sampingan pada saya?

SUAMI RISAU
Rawang, Selangor


Perkara biasa untuk lelaki atau wanita yang mengalami rangsangan seksual ialah mencapai kemuncak rangsangan bergelar klimaks. Jika ini tidak berlaku, individu itu tidak selesa dan puas. Jika selama ini dia mencapai klimaks setiap kali merangsang anggota kelamin, apabila gagal dia tertekan. Klimaks dan ejakulasi ialah dua fenomena apabila lelaki mencapai orgasma. Ada lelaki yang boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi. Fenomena ini dikenali sebagai klimaks kering.


Sebenarnya ejakulasi boleh dikawal dan lelaki itu boleh klimaks tapi tiada ejakulasi. Kaedah ini dikenali sebagai ‘coitus reservatus’ atau mengawal ejakulasi ketika bersetubuh sebagai kaedah merancang keluarga. Ejakulasi kadangkala berlaku dengan air mani tidak keluar di depan, tapi di belakang, iaitu memasuki pundi kencing. Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi di belakang. Semua perkara ini jarang berlaku dan jika berlaku ia akibat masalah kesihatan tertentu seperti psikologikal, urat saraf seperti penyakit kencing manis yang menyebabkan kerosakan urat saraf, sistem ejakulasi tergendala.


Jika anda boleh mencapai klimaks melalui onani, keadaan ini dikenali IMO atau Inhibited Male Orgasm. Ini kesan sampingan lelaki yang ketagih dengan onani.
READ MORE- Pengantin baru belum kecap nikmat

Bimbang tiada kepuasan

SOALAN

SAYA berusia 20 tahun dan mempunyai sedikit kemusykilan mengenai saiz alat kelamin. Saya bimbang tidak mampu memberi kepuasan kepada pasangan saya apabila berkahwin kelak.

SHAH
Alor Star, Kedah

JAWAPAN

Tajuk saiz anggota sulit lelaki sudah banyak kali dipertikaikan. Mungkin anda tidak perasan. Namun, saya akan jelaskan. Saiz dan bentuk anggota sulit lelaki dalam pengaruh baka dan keturunan. Ia berbeza ketika dalam keadaan tidak erek. Ada kalanya boleh kelihatan terbenam, lebih-lebih lagi jika lelaki itu gemuk.

Apabila erek, keadaan sebenar saiz zakar jelas. Ukuran panjang antara 10-14 sentimeter (sm) dan ukur lilit antara 9-13 sm untuk lelaki Asia.

Jika dibandingkan dengan ukuran faraj perempuan Asia, pembukaan faraj lebih kurang 1 sm dan corong panjang antara 6-9 sm.

Memandangkan mukosa faraj berketak-ketak, ia mampu mengembang dan melebar mengikut saiz zakar pasangan. Jadi jika zakar kecil, faraj masih boleh terima, sama juga jika zakar pasangan besar.

Bagaimanapun, jika saiz zakar kurang dari sembilan sm, kemungkinan pasangan itu tidak dapat buat beberapa posisi. Jika kurang dari enam sm ketika erek, zakar boleh masuk tapi boleh tertanggal jika pasangan bergerak.

Zakar berukuran enam sm atau kecil dikenali sebagai ‘micropenis’. Masalah ini boleh diatasi dengan rawatan khusus, sama ada melalui pembedahan atau dengan penggunaan peralatan tertentu dengan pengawasan doktor.

Kini ada pelbagai laman dan iklan cara dan kaedah pembesaran anggota sulit lelaki yang dipaparkan dalam akhbar dan internet.

sumber:-http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20081109105203/Article/indexp_html
READ MORE- Bimbang tiada kepuasan

20 peratus aktif

SOALAN

SAYA menjalani ujian SFA di hospital dan mendapati hanya 20 peratus (%) daripada sperma saya yang aktif. Apakah ia memberi kesan kepada lambatnya mendapat cahaya mata? Apakah penyebab sperma yang tidak aktif dan ada penyelesaian untuk memulihkan sperma?

NASRUDIN
Kota Bharu, Kelantan


JAWAPAN

Ujian air mani ialah satu-satunya ujian kesuburan untuk lelaki yang memberi maklumat keadaan benih mengenai kewujudan, keaktifan dan bentuk sperma.

Jika lelaki itu menyimpan air maninya lebih seminggu, sebilangan besar benih kelihatan kurang aktif dan semakin lama keluar dari kilang.

Sperma lelaki yang kurang sihat juga akan kelihatan kurang aktif, apa lagi jika lelaki itu demam beberapa hari sebelum dia keluarkan air maninya.

Jika air mani dikeluarkan sebelum seminggu, sperma kelihatan lebih aktif. Jadi mustahak untuk lelaki itu menjalani beberapa kali ujian air mani sebelum dapat menentukan keadaan sperma.

Jika ujian air mani dilakukan beberapa kali, seperti tiga kali dengan jarak satu atau dua minggu mendapati profil sperma kurang aktif, sah kualiti sperma bermasalah dan pemeriksaan susulan perlu dilakukan.

Pemeriksaan susulan yang dimaksudkan ialah memeriksa pakaian dalam lelaki itu dan keadaan buah zakar, jika ada perubahan seperti varikosel atau gumpalan dan kebengkakan pembuluh darah ven kerana kedua-dua situasi itu mendedahkan buah zakar ke suhu lebih tinggi yang boleh mengakibatkan sperma menjadi kurang aktif.

Memakai seluar dalam yang tidak menampung buah zakar seperti ‘boxer shorts’ dapat membantu dan jika ada ‘varikosel’, pembedahan untuk mengikat saluran ven itu dilakukan supaya tiada takungan darah dalam ven yang membuatkan ven itu mengembang dan memanas daripada berlaku.

Selain itu, anda dinasihatkan tidak berjemur, berendam dalam kolam air panas atau pergi ke sauna. Jika lelaki itu melakukan pekerjaan yang membuatkan anggota reproduktifnya terdedah kepada bahang seperti berkerja dekat bahan panas, ketuhar, dapur panas atau bekerja sebagai tukang kimpal, mustahak untuk lelaki itu bertukar kerja.

sumber:-http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20081102103150/Article/indexp_html
READ MORE- 20 peratus aktif

Membesar semula jadi

Adakah tindakan menuap zakar menggunakan tuala baik untuk pengaliran darah pada salur darah zakar? Adakah tindakan mengurut zakar secara perlahan serta tidak menyakitkan dan dilakukan secara berterusan dapat membantu menambah saiz zakar?

PELAJAR U
Sintok, Kedah

Anggota sulit lelaki hanya mengembang, membesar dan padat apabila lelaki itu terangsang dan perlu menggunakan ereksinya untuk hubungan keintiman seksual.

Jika tidak perlu digunakan, ereksi itu akan reda dan dalam sekelip mata zakar akan kendur. Kesemua ini ialah proses semula jadi. Jadi anggota sulit lelaki itu tidak perlu besar, kembang dan erek padat sentiasa kerana ini akan menyukarkan pergerakan lelaki.

Zakar besar dan erek padat ketika hendak digunakan saja jika tidak ia akan mengendur selalu. Walaupun ereksi spontan boleh berlaku, ia sekejap saja. Kemudian, zakar yang besar tadi akan kelihatan kecil serta mengecut. Ini juga semula jadi.

Kerakusan lelaki dalam soal saiz dan bentuk anggota sulit sehingga sanggup menjalani kaedah menyuntik, mengepam dan mengurut zakar untuk membesarkannya menyebabkan mereka mengalami masalah kesudahannya.

Mereka yang menyuntik zakar akan mendapat zakar yang sentiasa besar, tetapi tidak berguna dan menyakitkan, sentiasa besar dan radang dan menyukarkan pergerakan. Kesudahannya terpaksa menjalani pembedahan untuk mengecilkannya.

Bagi mereka yang menggunakan pam pula, mempunyai kulit yang gelebeh, gelap dan zakar kendur macam lelaki tua. Segala minyak urut dan macam-macam dibuat untuk memulihkannya tetapi tiada apa-apa perubahan, hanya alahan kulit dan kerugian wang yang banyak.

Jika anda gunakan akal, anda akan dapati mengurut zakar tidak akan memberi kesan positif yang anda inginkan itu. Jika tersalah urut atau tarik, anggota yang lembut itu boleh jadi terkulai jika otot tambat tertarik.

Ini boleh berlaku apabila tukang urut melakukan urutan kepada zakar. Ditariknya dengan kuat dan tersentap, berbunyi macam sesuatu terputus. Saya pernah mengendalikan kes zakar terkulai. Itu kerja gila namanya.

Menuap zakar dengan benda panas. Apa kerjanya itu? Nanti kulit celur atau buah zakar masak. Ini bukan rawatan, macam hendak aniaya orang saja.

Memang menuap itu akan meningkatkan perjalanan darah tetapi bukan dalam otot zakar, hanya bahagian luar saja.

sumber:-http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20081115152318/Article/indexp_html
READ MORE- Membesar semula jadi

Sukar buat seks dengan isteri

SOALAN

SAYA baru mendirikan rumah tangga. Saya memiliki zakar berukuran panjang 16 sentimeter (sm) dan ukur lilit 12 sm. Masalahnya sekarang, kami sukar memulakan hubungan kerana zakar saya susah untuk dimasukkan. Apakah kerana saiz zakar saya atau mungkin saiz isteri saya menyebabkan masalah ini?

HATTA
Kluang, Johor

JAWAPAN

Zakar berukuran sederhana seperti 10 sm ketika erek dan 10 sm ukur lilit juga sukar disalurkan ke dalam faraj jika wanita itu tidak memberi kerjasama seperti melegakan pembukaan faraj dengan tidak mengemut, sebaliknya melonggarkan dengan mengembangkan otot pembukaan faraj.

Malah dalam keadaan seriau, proses rangsangan anggota sulit perempuan tidak membina. Tisu pengembang anggota sulit wanita menjadi kurang elastik dan kekurangan bahan pelicin atau kelembapan faraj menjadikan sukar menyalurkan zakar yang erek ke dalam faraj.

Jika wanita itu dapat rangsangan mencukupi dengan anggota sulitnya mengembang dan bibir besar dan kecil lega dan meluas sambil wujud lelehan dari pembukaan faraj, mudah untuk zakar yang erek itu masuk.

Sama juga dengan zakar yang berukuran seperti anda. Jika anggota sulit perempuan mengembang dan lelehan cecair mencukupi, ia mudah masuk. Sedangkan bayi yang besar itu boleh keluar, inikan pula zakar yang jauh lebih kecil berbanding bayi.

Guna banyak bahan pelembap dan pastikan pembukaan faraj lega dan terdedah. Sekali sudah masuk, lain kali akan jadi biasa saja.

sumber:-http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20081026103547/Article/indexp_html
READ MORE- Sukar buat seks dengan isteri

Hanya meleleh

SAYA ada mendengar seloroh rakan mengatakan air mani hanya meleleh dan tidak memancut. Sekarang saya mengalaminya.

Dulu ketika bersetubuh, air mani saya memancut, tetapi sekarang ia hanya meleleh.
Apakah masalahnya? Adakah air mani saya mampu memancut semula? Ketika bujang dulu saya sering melakukan onani.

ATFAN76

Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ‘ejaculatory system’.

Bagi lelaki muda, pancutan itu sangat kuat. Manakala bagi lelaki berumur, pancutan kurang dan pengeluaran air mani lebih kepada meleleh daripada memancut.

Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Ia akan meleleh walaupun lelaki itu muda.

Bagaimanapun, lelaki boleh mengawal ejakulasi sambil mengemut ketika melakukan hubungan.

Ia akan membuatkan tekanan atau ‘pressure’ dan sistem ejakulasi meningkat. Apabila ejakulasi tercetus, air mani akan memancut.

Kekuatan pancutan juga bergantung kepada otot yang mengawal ejakulasi dan didapati hormon testosterone dapat meningkatkan tekanan kepada otot.

Ejakulasi menjadi lebih dinamik apabila lelaki itu diberi hormon testosterone tambahan. Bagaimanapun, anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sebelum diberi hormon testosterone tambahan.

Amalan onani yang terdahulu tidak mempengaruhi kekuatan ejakulasi. Jika onani dilakukan beberapa kali sebelum melakukan seks, sudah tentu ejakulasi ketika seks tidak sehebat ketika onani.

Pengeluaran air mani sama ada secara meleleh atau memancut tidak mempengaruhi kesuburan lelaki atau mengawal kehamilan pasangan. Yang mustahak ialah air mani itu mengandungi sperma.

sumber:-http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20081020121630/Article/indexp_html
READ MORE- Hanya meleleh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!