SAYA berumur 28 tahun dan masih belum berkahwin. Saya ada beberapa masalah, ketika tidur saya sering bermimpi melakukan hubungan kelamin sehingga secara tidak sedar mengeluarkan air mani pekat yang terlalu banyak seperti orang yang melakukan onani. Perkara ini berlaku tidak menentu.
Saya juga terasa seperti ada gangguan di bahagian prostat serta urat di bahagian pinggang kiri sampai ke bahu kiri yang membuatkan saya kurang selesa. Bagaimanakah mengatasi masalah ini?
Insan Murung,
Kuala Lumpur
Mimpi basah yang mula muncul ketika lelaki memasuki alam akil baligh akan menjadi lebih ‘regular’ apabila sistem syahwat dan reproduktif lelaki itu menjadi mantap.
Apabila seseorang itu mula mengenali seksualiti dan tidak rasa terharu atau tertekan kepada apa yang berlaku, maka mimpi basah itu akan menjadi kurang dan tiada untuk jangka masa yang panjang dan lebih lagi jika dia sudah mula melakukan aktiviti onani untuk melepaskan perasaan syahwatnya.
Jadi, tidak hairan jika fenomena mimpi basah itu berkekalan sehingga sepanjang hayat selagi lelaki itu sihat dan mempunyai perasaan syahwat yang mudah bergelora dari semasa ke semasa. Anda pula mengalami mimpi basah dan mimpi basah itu berlaku hasil hubungan seksual dengan perempuan dalam mimpi anda.
Jika pernah melakukan hubungan seks, mimpi anda akan bertemakan senario begitu, hanya muka perempuan itu kurang jelas dan mengikut idola anda. Ini pun fenomena mimpi basah dan bukan sesuatu yang tidak normal.
Mengikut bapa psiko analisis, Sigmund Freud, mimpi itu ialah ekspresi perasaan yang terpendam. Jika anda mudah sangat mengalami mimpi bersetubuh, ini bermaksud anda memang berhajatkan untuk intim dengan perempuan tetapi anda pendamkan perasaan itu.
Maka apa yang berlaku ialah minda anda mula memainkan perasaan yang terpendam itu dalam mimpi. Sudah tentu klimaks yang berlaku ketika anda bersetubuh dalam mimpi membuatkan otot anda rasa kurang selesa kerana sebelum klimaks, berlaku otot berkenaan dalam keadaan tegang, padat dan mencengkam.
Jadi, kumpulan otot berkenaan mengalami perubahan ‘fatigue’ atau letih, maka terasa seperti kebas. Salur sperma anda juga akan mengalami tekanan akibat penyaluran air mani dan ketika ejakulasi, tekanan juga boleh berlaku di bahagian tundun dan pinggang.
Semuanya ini akibat tindak balas ejakulasi yang berlaku ketika anda dalam keadaan tidur. Saya cadangkan anda menjaga kesihatan anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan merokok dan lakukan senaman berkala selain menjaga berat badan anda.
Dengan badan yang sihat dan cergas, sudah tentu tekanan kepada otot ketika anda mengalami mimpi basah akan berkurangan.
Mungkin juga dah sampai masanya untuk anda mencari jodoh, sekurang-kurangnya berinteraksi dengan kawan dan bersosial. Jika anda suka menonton video atau Internet porno atau baca cerita lucah, diharapkan supaya dapat dikurangkan atau hentikan tabiat itu.
original source : myMetro
No comments:
Post a Comment