SOALAN
SAYA berusia 20 tahun dan mempunyai sedikit kemusykilan mengenai saiz alat kelamin. Saya bimbang tidak mampu memberi kepuasan kepada pasangan saya apabila berkahwin kelak.
SHAH
Alor Star, Kedah
JAWAPAN
Tajuk saiz anggota sulit lelaki sudah banyak kali dipertikaikan. Mungkin anda tidak perasan. Namun, saya akan jelaskan. Saiz dan bentuk anggota sulit lelaki dalam pengaruh baka dan keturunan. Ia berbeza ketika dalam keadaan tidak erek. Ada kalanya boleh kelihatan terbenam, lebih-lebih lagi jika lelaki itu gemuk.
Apabila erek, keadaan sebenar saiz zakar jelas. Ukuran panjang antara 10-14 sentimeter (sm) dan ukur lilit antara 9-13 sm untuk lelaki Asia.
Jika dibandingkan dengan ukuran faraj perempuan Asia, pembukaan faraj lebih kurang 1 sm dan corong panjang antara 6-9 sm.
Memandangkan mukosa faraj berketak-ketak, ia mampu mengembang dan melebar mengikut saiz zakar pasangan. Jadi jika zakar kecil, faraj masih boleh terima, sama juga jika zakar pasangan besar.
Bagaimanapun, jika saiz zakar kurang dari sembilan sm, kemungkinan pasangan itu tidak dapat buat beberapa posisi. Jika kurang dari enam sm ketika erek, zakar boleh masuk tapi boleh tertanggal jika pasangan bergerak.
Zakar berukuran enam sm atau kecil dikenali sebagai ‘micropenis’. Masalah ini boleh diatasi dengan rawatan khusus, sama ada melalui pembedahan atau dengan penggunaan peralatan tertentu dengan pengawasan doktor.
Kini ada pelbagai laman dan iklan cara dan kaedah pembesaran anggota sulit lelaki yang dipaparkan dalam akhbar dan internet.
sumber:-http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20081109105203/Article/indexp_html
No comments:
Post a Comment