Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Etika Memikat

Bukan budaya kerja sahaja perlu ada etika, malahan ilmu memikat hati juga wajib ada adabnya. Etika memikat perlu dijayakan sebaik-baiknya agar si dia jatuh ke tangan mu. Kalau berjaya, kan itu satu bonus!

Bukan semua punya kelebihan memikat kerana apabila berdepan, gugup pula jadinya. Berpeluh-peluh menahan cemas. Satu badan menggigil kerana kamu jadi pegun melihat si dia. Mulut jadi bisu dan perlakuan mula serba tak kena. Silap hari bulan yang bukan-bukan dilakukan. Rasa bodoh menguasai diri kerana satu persatu kesilapan dilakukan. Kamu mungkin tersandung jatuh, tertumpah air, terlanggar pelayan restoran atau terhantuk di pintu.

Kedengkelan itu mungkin berpunca daripada ceteknya ilmu di dalam seni memikat. Bukan sahaja aturan mencuri hati perlu ada, etika ketika berdepan si dia juga perlu didalami. Apa kata dimulakan dengan menarik nafas panjang dan bertenang. Menggelabah tidak menentu hanya memalukan diri sendiri. Bertenang! Bertenang! Dan, bertenang!

Sebelum memulakan langkah, pastikan pula si dia mahu didekat itu benar-benar pilihan hati. Memilih calon kekasih bukan sekadar melihat luaran sahaja. Apabila teman-teman memperkatakan kejelitaan atau kekacakannya, kamu pun ikut tergoda dan memasang angan mahu mendahului teman-teman lain. Mahu lagak juara kerana ego tinggi. Takut ketinggalan kononnya.

READ MORE- Etika Memikat

Berterusan cari bahagia

ADA kalanya kasih sayang diuji dalam hubungan antara lelaki dan perempuan.

Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Hanya yang kuat, tabah dan tidak kenal erti putus asa akan menikmati kebahagiaan hingga ke akhir hayat perhubungan mereka.

Dalam soal memupuk kebahagiaan, ada pendapat mengatakan pasangan harus menempuh beberapa fasa dalam rumah tangga.

Berikut beberapa petua untuk pasangan mengekalkan kebahagiaan.

# Tunjukkan sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata atau perbuatan seperti pelukan.

# Jauhi ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

# Apabila terlalu marah, kawal diri anda. Beristighfar dan bersalawat serta berwuduk.

# Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami tiada sesiapa terlepas melakukan kesilapan.

# Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali saat manis dulu atau ajak isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat indah.

# Jangan merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

# Jangan memuji wanita lain di depan atau belakang isteri.

# Hargai dan beri pujian kepada pengorbanan isteri.

# Bantu isteri melakukan kerja seharian di rumah seperti memasak dan mengemas.

# Fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan serta kesihatan isteri terutama ketika haid dan mengandung.

# Beri bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

# Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

# Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat suaminya.

Bagi mengeratkan lagi jalinan kasih, berikut adalah perisa untuk menambah kebahagiaan yang didamba.

# Bisikkan kasih sayang dari semasa ke semasa.

# Buktikan kasih sayang daripada suami seperti hadiah dan penghargaan, senyuman, perbualan mesra dan gurauan.

# Kerjasama mendidik anak, menyelesaikan masalah dan hal lain.
READ MORE- Berterusan cari bahagia

Sama minat lebih mudah

PERLU ditanya pada diri sendiri, berkahwin kerana keinginan peribadi atau desakan orang lain?

Barangkali ada yang belum ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga tetapi atas paksaan, lalu dia menjalani sebuah perkahwinan.

Pilihan pasangan hidup adalah lebih penting daripada apa jua yang dilakukan untuk membahagiakan rumah tangga. Bunyinya seperti mudah saja dilakukan tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha dalam membuat keputusan yang baik.

Jika anda belum ada pasangan dan baru berhasrat menjalin hubungan dan melangsungkan kehidupan berdua yang membahagiakan, renungkan petua ini:

# Memilih pasangan sendiri. Ramai yang sering memilih pasangan semata-mata untuk menggembirakan orang lain tetapi amat penting supaya orang yang hendak berkahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian sendiri.

# Harapan yang tidak wajar. Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai yang memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan perasaan romantik mereka ketika bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya, rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

# Masalah peribadi dan tingkah laku. Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila berkahwin.

Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup untuk menghabiskan masa sehingga ke akhir hayat untuk menangani ciri keperibadian pasangan yang tidak disenangi.

# Banyak pengalaman hidup. Pengalaman yang dilalui tidak bergantung pada usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan.

Ambil contoh mudah misalnya melalui lalu lintas yang sesak atau jalan kampung yang becak. Dari situ, dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

# Bayangan orang yang ingin dikahwini. Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda.

Bayangkan dengan jelas sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam mengenai penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan seumpamanya.

Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini. Jika tidak, anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

# Pasangan bersifat seakan-akan diri anda. Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia.

# Mempunyai cita-cita seiring. Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa.

Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

# Kebolehan berkomunikasi. Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagiaan rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan bukanlah caranya.

# Kebolehan selesaikan masalah. Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin.

Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka.


rujuk SINI klu xpercaya...
READ MORE- Sama minat lebih mudah

Dugaan cinta jarak jauh

PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan
Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.


diambik secara haram dari myMetro
READ MORE- Dugaan cinta jarak jauh

Petua menyuburkan cinta

“SAYA cinta kamu” atau ‘I love you’, tiga perkataan ringkas tetapi sarat dengan makna yang mendalam.

Hanya perlu diungkapkan dan ia membuatkan hati seseorang melayang sebaik mendengar ungkapan keramat itu.

Bagi pasangan yang baru bercinta, pasti terbayang betapa indahnya alam yang bakal ditempuh sekiranya cinta itu tiada penghalang. Mereka yang sudah melalui detik indah seperti bertunang mahupun menuju ke gerbang perkahwinan, tidak bermakna cinta itu harus dibiar begitu saja tanpa membajanya.

Demi menzahirkan cinta yang sedia intim itu, perkukuhkan lagi benihnya supaya ia terus segar dan bercambah tanpa sebarang halangan. Ertinya, jangan biarkan cinta itu semakin lama semakin pudar, sebaliknya biarkan ia terus membara dan hangat selamanya.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk meluahkan rasa cinta. Apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik itu menjadi saat paling bermakna buat si dia.

Untuk menyuburkan lagi perasaan indah itu antara anda dan pasangan, cuba ikuti petua berikut:

# Tulis dan tampal. Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya, di kerusi, papan pemuka kereta si dia, di komputer riba atau di halaman akhbar yang akan dibacanya.

# Iklan di akhbar. Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman bahkan cinta juga mengajar pasangan erti kewarasan.

Demi membuktikan kesetiaan cinta pada pasangan, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi akhbar yang sering dibaca bersama puisi cinta anda padanya.

# Bukukan cinta. Catatkan kisah perjalanan cinta anda berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel itu pada hari paling bahagia untuk anda berdua. Contohnya, pada ulang tahun hari lahir atau ulang tahun percintaan.

# Pesanan cinta. Rakamkan beberapa baris pesanan cinta anda padanya atau nyanyikan lagu kegemaran anda berdua, lalu kirimkan padanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi khidmat pesanan suara, MP3 atau panggilan secara rakaman video untuk mengungkapkan rasa cinta padanya.

# Koleksi sistem pesanan ringkas (SMS). Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang diterima daripadanya dan tuliskan dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku itu padanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirim itu. Cara ini membuktikan anda menghargai setiap apa yang diucapkannya.

# Menyusun silang kata atau mainan huruf. Kirimkan permainan huruf yang bertulis 'Saya cinta kamu’ atau ‘I love you’ menerusi SMS. Hantarkan satu persatu perkataan supaya si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang anda kirimkan padanya.

# Cinta dalam 100 bahasa. Belajar menyatakan ungkapan ‘saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.

# Kirimkan hidangan tengah hari. Ketika mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ‘saya cinta kamu’ di atas kotak makanan itu.

Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya sehingga kejutan itu membuat diri pasangan rasa hebat.

Apabila hubungan semakin erat terjalin, beberapa kriteria yang lain harus diambil kira. Ia penting bagi menentukan usia perhubungan berterusan dalam jangka waktu yang lama atau ke akhir hayat.

Untuk memupuk rasa cinta berterusan, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan, antaranya:

# Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah sikap saling bekerjasama. Anda dan dia sering saling membantu dalam urusan remeh atau besar.

# Sering menempuh segala aspek kehidupan bersama-sama sehingga semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda?

# Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidak dirinya adalah dia bersahaja di depan anda.

# Deria batiniah seolah-olah dapat dibaca oleh si dia apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain.

# Bersama dirinya membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan.

# Dia menjadi orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah.


petikan dari myMetro
READ MORE- Petua menyuburkan cinta

Saling percaya, jujur kunci bahagia

TIDAK semua pasangan mampu mencipta kebahagiaan untuk tempoh yang lama.

Ada yang hanya mampu mengekalkan hubungan untuk jangka masa singkat. Tidak kurang yang merana gara-gara tidak mampu menyelamatkan keadaan.

Petua berikut barangkali boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan hubungan supaya bertahan lama.

# Mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi anda, apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tapi berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' anda.

# Mengawal pasangan. Contohnya, si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda. Ini bermakna, anda boleh 'mengawal' dirinya daripada me lakukan perkara yang anda tidak gemari.

Apapun, ia tidak bererti anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak anda, ini bermakna si dia mempercayai anda dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.

# Komitmen bukan sekadar menepati janji tetapi juga menghargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda ataupun si dia berani memberikan komitmen dan ber sungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhu bungan ceria serta bahagia.

Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri ma sing-masing akan mewarnai lagi perhubungan anda berdua. Malah, ia akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran anda padanya. Justeru, tiada alasan untuk si dia berlaku curang.

# Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia. Anda tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahui pasangan.

Jika anda dan si dia jujur, ini membuatkan anda berdua tidak takut berbahas kerana berpendapat ia untuk kebaikan ber sama.

Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, ak hirnya anda dan pasangan akan mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

# Terima seadanya. Kunci keintiman dalam suatu per hubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan.

Apabila hati sudah sayang, tentu saja anda sanggup me nerimanya walaupun menyedari tentu ada perkara negatif mengenainya.

# Pengertian. Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

Anda juga tentunya berharap si dia mengerti pandangan anda terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin per hubungan hanya mendatar saja.

Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul disebabkan tidak memahami perasaan dan menganggap diri tidak di hargai.

# Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam tetapi tidak mudah untuk melakukannya.

Tetapi, apabila berjaya menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara yang boleh menim bulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat.

# Rasa yakin membolehkan anda memberi pandangan bersama si dia sama ada dalam hal remeh-temeh hinggalah ke perkara yang serius.

Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia anda.

# Anda dan si dia memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui dirinya berbeza pendapat dengan pasangan lazimnya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan.

Tidak mungkin anda dan pasangan sentiasa sependapat sebaliknya, harus berkompromi untuk menunjukkan ke dewasaan masing-masing.

# Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan.

Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik perbuatan mungkin tidak akan terlintas di fikiran. Berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ia akan memburukkan lagi keadaan.

# Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan penting dalam perhubungan, bukan saja dari segi perbuatan malah pertuturan.

Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan.


dicopy dari myMetro
READ MORE- Saling percaya, jujur kunci bahagia

Kemaafan warnai cinta sejati

SUKAR mempercayai orang yang baru ditemui. Jika baru mengenalinya, tentu perasaan sangsi akan timbul di sanubari. Ada yang sudah lama mengenali tetapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain.

Dalam sebuah perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan pada si dia. Walaupun mungkin anda tidak mempercayainya 100 peratus, tetapi tidak salah jika meletakkan anggaran di bawah 70 peratus keyakinan pa danya.

Ada faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan untuk mencari definisi sebenar kebahagiaan. Berikut antara perkara yang boleh dijadikan perisai diri dalam menjalin perhu bungan:

- Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wa sangka. Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tetapi berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini, si dia boleh menjerat anda dalam perangkapnya yang tidak disangka.

- Mengawal si dia misalnya, jika si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda, bermakna anda boleh mengawal dirinya daripada melakukan perkara yang tidak disukai. Bukan bermakna anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak anda, dia mempercayai dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.

- Komitmen bukanlah sekadar menepati janji tetapi meng hargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda atau pun si dia bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman.

- Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia. Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya.

Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

- Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah me nerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun, ten tunya anda dan si dia berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhu bungan.

- Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

- Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri dalam emosi si dia. Tidak mudah melakukan perkara ini.

Tetapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pa sangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan.

- Apabila rasa yakin, anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh-temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda.

- Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mem punyai pendapat sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

- Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan.

Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik mungkin tidak akan terlintas di fikiran.

- Ramai pasangan berasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi me ngelakkan perkara yang tidak diingini.

Oleh itu, jalan terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang, sebaliknya harus mendengarnya terlebih dulu dan kemudian membuat keputusan.


ehsan:- myMetro
READ MORE- Kemaafan warnai cinta sejati

Kesan Onani Pada Lelaki Dan Wanita

Onani atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang dewasa. Selain dari kesan negatif psikologi, perbuatan melancap mengakibatkan kehilangan tenaga, nutrien dan zat dari tubuh.

Terdapat satu lagi sebab mengapa melancap tetap tidak sihat. Jika anda biasa dengan Foot Reflexology, anda akan tahu bahawa tapak kaki mengandungi urat saraf dan meridian yang menghubungkannya dengan berbagai-bagai bahagian badan. Anda juga akan tahu yang dengan mengurut tapak kaki, anda dapat membawa tenaga kepada organ yang berkaitan.

Zakar, seperti tapak kaki, juga mempunyai takat reflexology yang berkenaan dengan organ. Cuba perhatikan gambarajah zon reflexology
zakar:

Zon jantung zakar - kepala zakar - adalah yang paling sensitif dan paling mudah dirangsang untuk mencapai orgasma. Semasa melancap zon inilah yang paling mendapat rangsangan berbanding zon- zon lain. Ini bermakana rangsangan yang lebih ke atas organ yang berkaitan, Jantung, akan menyebabkakn tenaga dalaman disebarkan dengan tidak seimbang.

Blowjob

Sepasang suami isteri telah datang menemui seorang tabib selepas suami itu telah mengalami apa dia fikirkan adalah suatu serangan penyakit jantung. Dia dihantar secara langsung ke hospital di mana kakitangan memeriksanya, merasa tidak apa-apa salah dengannya, dan menghantarnya pulang. Pasangan itu tidak puas hati. Mereka menemui tabib tadi untuk mendapatkan sebab munasabah atas masalah itu.

Tabib pun bertanya mereka "serangan penyakit jantung" bila telah terjadi dan mereka membalas bahawa ia telah terjadi pada lebih kurang jam sembilan pada waktu malam. Kemudian dia bertanya kepada mereka apa mereka telah lakukan menjelang ia terjadi, dan mereka membalas bahawa mereka telah berasmara berulang-ulang kali.

"Bagaimana cara anda bersenggama" ? dia bertanya. Pasangan tersebut merasakan mereka tidak perlu memberi 'detail' dan membalas bahawa mereka " hanya bersetubuh"(perasaan malu dan Ego sentiasa menyulitkan pemulihan kesihatan). Ketika tabib itu menekan bahawa penting baginya untuk mengenali betul-betul bagaimana mereka telah bersenggama, wanita mengakui bahawa dia telah "menghisap". "Anda menghisap bahagian yang mana" ? dia mendesak. Setelah digelabahkan, wanita membalas bahawa dia telah menjilat dan menghisap kepala zakar dan tiba-tiba suaminya mengalami " serangan penyakit jantung".

Tabib tersebut menasihatkan mereka supaya jangan mengulanginya. Dia menerangkan kepada mereka iaitu dengan menghisap kepala zakar suaminya, wanita tersebut telah merangsang jantung dan paru- paru suaminya. Dan yang rangsangan seperti itu adalah lebih daripada yang boleh dikendalikan oleh si-suami.

Apa yang mereka sangkakan suatu serangan sakit jantung sebenarnya adalah degupan yang dipercepatkan oleh "urutan reflexology" si-isteri yang menghisap kepala zakar suaminya. Kesan yang tidak seimbang ke atas organ yang berkaitan yakni paru-paru dan jantung.

Rangsangan zakar yang tidak-seimbang adalah berbahaya. Anda harus mengelak daripada menggunakan rangsangan terlalu banyak di sebahagian zakar. Anda mesti memelihara keseimbangan. Sudah tentu, setiap orang berbeza, maka anda mesti membuat eksperimen untuk mendapat tahu apakah jumlah rangsangan yang betul untuk anda.

Cara melancap yang tidak terkawal dapat menjadi merbahaya atas sebab yang sama. Ketika melancap kebanyakan lelaki tertumpu kepada sebuah penempatan khusus zakar, penempatan yang adalah kebanyakan erotogenic. Dengan tidak sengaja, lelaki ini merangsang hanya sebahagian badan sahaja melalui rangsangan yang tertumpu pada suatu zon tertentu reflexology.

Ketika seorang lelaki melancap, dia harus memberi perhatian sama kepada seluruh zakar, kepala dan batang. Bila melancap dengan suatu cara yang seimbang, dia dapat merancap sebanyak mana yang dia suka tanpa merosakkan tubuhnya - kecuali jika dia inzal ( mengeluarkan mani)

Seperti yang diketahui, anda kehilangan nutrien, bahan penting dan tenaga anda bila inzal. Mengeluarkan air mani berlebihan bukan sahaja merbahaya, malahan ianya adalah mala petaka!!! Anda tidak dapat kekal sihat bila kehilangan sebegitu banyak tenaga dan anda juga tidak usah menjangkakan hayat yang panjang menanti anda.

Oleh kerana melancap mudah dilakukan - ramai jugalah yang melakukannya berlebihan dan tidak perasan bahawa mereka menghabiskan tenaga hayat mereka. Melancap bukanlah soal prinsip moral; ia adalah suatu kenyataan saintifik yang perlu difahami dengan matang.

Anda dapat membezakan mereka yang melancap secara berlebih daripada mereka yang tidak - dengan melihat warna kulit mereka, yang mana biasanya sangat pudar. Mata mereka kerapkali malap akibat kehabisan tenaga. Pendapat mereka lembap, mereka kurang cita-cita, dan mereka selalunya stress. Semua ini akibat daripada melancap berlebihan.

Menurut cerita orang tua-tua, melancap akan menimbulkan kebutaan, kehilangan ingatan, dan masalah akal. Kehilangan tenaga batin menjejas kelenjar pituitary, yang mana mengawal fungsi ingatan. Kadar ######bolisme dan edaran darah akan terjejas menyebabkan kelemahan tubuh luar dan dalaman.

Bagaimanapun perbuatan mengurut zakar dengan kadar dan tatacara tertentu seperti kaedah yang disyorkan dalam risalah Minyak Lintah Tapa dapat membantu memberi keseimbangan kepada pengamalnya kerana urutan dalam kiraan yang seimbang adalah penting dalam memulihkan tenaga dan otot serta organ dalaman. Dalam masyarakat Tao lama - urut reflexology ke atas zakar, selain daripada faedah kesihatan, juga dilakukan untukkelazatan - tapi dengan syarat tidak mengeluarkan air mani!

Melancap: Wanita

Kita telah membincangkan mengenai rangsangan yang tidak seimbang apabila lelaki melancap. Perkara yang sama juga berlaku di kalangan kaum wanita. Bila mereka melancap rangsangan tertumpu kepada ***** serta bibir luar faraj, dan kurang perhatian kepada saluran faraj dan bahagian yang lebih dalam ( mungkin takut kehilangan dara atau mencederakan bagian dalam ) Menurut kaedah reflexology kedudukan zon faraj dan organ yang berkaitannya adalah dalam keadaan terbalik ( lihat gambarajah )

Perhatikan bagaimana zon mulut faraj bersamaan dengan organ buah pinggang, zon liang faraj dengan organ pankreas, hati dan setrusnya zon pangkal faraj dengan organ paru-paru dan jantung.m suatu senggama yang baik, batang zakar harus masuk sampai ke lubuk faraj dan mengurut setiap penjuru atau pelosok ( atau dalam buku Permata Yang Hilang - di sebut makam yang lima itu)

Hakikat dalam persetubuhan ialah menyatukan dua tubuh yang berlainan seks, di mana keseluruhan zakar dan faraj bertemu pada zon reflexology yang sepadan. ***** bertemu pangkal zakar : menyatukan fungsi organ buah pinggang. Batang bertemu liang faraj : menyatukan fungsi organ pankreas dan hati. Kepala zakar bertemu pangkal rahim : menyatukan fungsi organ paru-paru dan jantung. Dua insan menjadi satu - per-satu-tubuh !!!

[ Nota: oleh kerana itu, adalah salah untuk meliwat - baik lelaki maupun perempuan, kerana mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia]

Apabila seorang wanita melancap dalam suatu cara yang tidak seimbang, iaitu, secara sama rata merangsang seluruh kawasan vaginal, kelemahan di dalam buah pinggang dan saluran kencing, tekanan darah tinggi, simpanan berlebihan bendalir badan (body fluid retention), haid tidak tetap, dan banyak lagi masalah boleh terjadi.

Malangnya, adalah mustahil bagi wanita untuk melancap dengan seimbang tanpa kehilangan dara. Ramai para wanita, ketika mereka melancap dengan merangsang *****, mengadu bahawa mereka hendak kencing. ***** terletak di pintu masuk ke faraj, di mana beradanya zon reflexology untuk buah pinggang dan pundi. Ketika mereka merangsang *****, mereka tidak tahu bahawa mereka merangsang organ buah pinggang dan pundi mereka.

Wanita lesbian atau wanita yang kuat melancap akan lebih banyak menyimpan bendalir badan dan menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Ini adalah kerana rangsangan seks, yang tertumpu pada kawasan *****, melemahkan buah pinggang akibat rangsangan yang berlebihan dan mengurangkan keupayaannya untuk menuras bendalir badan.

Jadi jika pasangan anda berbadan agak gempal, dan mempunyai masalah berat badan (gemuk) dan sering merungut kenapa mereka tidak dapat menurunkannya meskipun kuat diet - barangkali kekerapan merancap adalah masalah yang sebenar. Pandai-pandailah anda "merawat" pasangan anda itu
!!!

(Wanita mempunyai kelebihan semasa hubungan seksual. Mereka boleh mencapai orgasama tanpa kehilangan tenaga, nutrien penting. Kerana air mani mereka tidak mempunyai persamaan air mani lelaki dari segi kandungannya. Apa yang merbahaya untuk wanita adalah kehilangan darah melalui haid.


sumber :- Mesra dot Net
READ MORE- Kesan Onani Pada Lelaki Dan Wanita

Petai

Little did you know ... ... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again!

Petai contain three natural sugars -sucrose, fructose and glucose - combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS(premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia:
High in iron, petai can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power:
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation :
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.

Morning Sickness:
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight:
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control:
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD) :
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our ######bolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.

Strokes:
According to research in "The New England Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%"

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape! So, you see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the doctor away.


source:- Mesra.Net
READ MORE- Petai

Ciri-ciri Lelaki

# Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

# Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

# Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

# Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

# Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

# Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

# Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

# Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

# Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

# Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

# Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

# Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

# Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

# Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

# Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

# Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya
READ MORE- Ciri-ciri Lelaki

Petua Untuk Lelaki

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

- Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.

- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

- Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.

- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

- Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.

- Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

- Jangan jima' di dalam air.

- Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.

- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Petua : Senaman Kuatkan Tenaga Batin

Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah:
1. Apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar.
2. Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya;
I ) Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai
mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.
ii ) Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik
nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.
Pengirim : Zamri Talib

Petua : Menguatkan Zakar
Sebelum bersetubuh, basuhkan/rendamkan zakar dengan air suam selama beberapa minit. Ini akan menguatkan dan menegangkan lagi zakar anda
Pengirim : Raja Ariff

Petua : Lelaki lambat keluar air mani
Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri. Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh,dan lakukan hingga seterusnya.. insyallah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang.
Pengirim : Lelaki Brunei

Petua : Melambatkan Rambut Uban
Selepas membasuh tangan ( selepas makan ), hendaklah disapukan ke rambut. Tangan yang dibasuh tadi tidak perlu dilap.InsyaAllah, rambut anda tidak beruban
Pengirim : Mohd. Hazawawi

Petua : Menguatkan Zakar ketika bersetubuh
Caranya amat mudah dan senang diamalkan iaitu :
1) Sediakan segelas susu dan dicampur isi jagong 3 x sehari atau lebih ( amalkan ).
2) Sediakan segelas susu dan buah kismis ( amalkan ) 3 x sehari atau lebih.
3) Sediakan segelas susu dan kacang hijau yg dah direbuh ( amalkan ) 3 x sehari atau lebih.
Tempuh masa diamalkan adalah 3/hari setiap yg dinyatakan diatas maknanya 3 x 3 = 9 hari Insyaallah terbukti hasilnya kelakian anda.Selamat mencuba....
Pengirim : Putra69

Petua : Menguatkan Dan Membesarkan Zakar
Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua belah kaki -tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari ( apabila mandi pagi, tengahari dan petang ) nescaya dapat membantu membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta mengeraskan zakar anda. Petua ini berhasil menolong kawan-kawan saya. Cubalah.
Pengirim : Manja


sumber:-http://www.phero-max.com/petua_kesihatan_lelaki.html
READ MORE- Petua Untuk Lelaki
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!