Hamil satu keajaiban
JESSICA Alba yang sedang mengandungkan anak keduanya, merasa kagum dengan keajaiban kehamilan.
“Saya rasa, wanita memang mengkagumkan kerana kami mampu mencipta satu kehidupan,” kata aktres yang berusia 29 tahun, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya Honor, yang kini sudah berusia tiga tahun.
“Ada sebabnya mengapa beberapa bahagian tubuh itu, dijadikan menggiurkan - ini kerana ia dapat membantu di dalam proses pembiakan,” katanya. “Ini adalah sains.
Ia bukan semata-mata tentang mempamerkan tubuh badan anda di papan iklan, majalah atau filem.”
Dalam satu temubual de–ngan majalah Allure, Jessica mengaku, menjadi seorang ibu telah menukar bentuk tubuhnya untuk selama-lamanya.

