Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Keajaiban

Ajaib atau keajaiban.... Apa pulak la posting kali ini yea...Ajaib...hairan bin ajaib ker? Atau mahu kisahkan satu keajaiban yang ada??? Usah nak fenin-feninkan kepala kalian ok. Tajuk posting kali ini sememangnya mengenai KEAJAIBAN. Tapi apa ek isi kandungan kisah hari ini. Jom ikuti artikel di bawah. Artikel ini di hakmilik sepenuhnya oleh myMetro.

Hamil satu keajaiban

Jessica Alba


JESSICA Alba yang sedang mengandungkan anak keduanya, merasa kagum dengan keajaiban kehamilan.

“Saya rasa, wanita memang mengkagumkan kerana kami mampu mencipta satu kehidupan,” kata aktres yang berusia 29 tahun, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya Honor, yang kini sudah berusia tiga tahun.

“Ada sebabnya mengapa beberapa bahagian tubuh itu, dijadikan menggiurkan - ini kerana ia dapat membantu di dalam proses pembiakan,” katanya. “Ini adalah sains.

Ia bukan semata-mata tentang mempamerkan tubuh badan anda di papan iklan, majalah atau filem.”

Dalam satu temubual de–ngan majalah Allure, Jessica mengaku, menjadi seorang ibu telah menukar bentuk tubuhnya untuk selama-lamanya.


Aktres yang pernah terkenal berbikini di dalam filem ‘Into the Blue’ pada tahun 2005, telah bekerja keras untuk mendapatkan kembali bentuk tubuhnya setelah melahirkan anak sulungnya.

Tapi, Jessica menerima kenyataan yang dia tidak akan dapat tubuh seperti sebelum dia bergelar ibu. “Saya tak dapat menurunkan berat badan saya seperti sebelum saya melahirkan Honor,” katanya.

“Bentuk tubuh saya sudah berbeza. Pakai seluar jean pun sudah rasa bezanya. Semuanya rasa berbeza. Apa yang berlaku adalah satu keajaiban dan yang nyata sekali anda pasti akan rasa perbezaannya selepas itu.”

“Melainkan anda Gisele Bundchen,” katanya sambil ketawa kecil.

Bintang terkenal ini yang mengahwini pembantu produksi Cash Warren juga sedang belajar menerima proses penuaan.

Bercerita tentang hari jadi ke-30 yang bakal disambut, Jessica berkata. “Saya percaya semakin kita meningkat usia, kita akan menjadi seorang yang lebih rumit, kompleks dan dinamik.”


“Selalunya apabila kita lihat pada skrip filem, biasanya watak yang paling bagus, pasti tentang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an, gadis remaja atau wanita awal 20an. Mereka yang bukan dalam lingkungan umur itu agak susah untuk mencari tapak. Proses ini akan berterusan dan semua orang akan melaluinya.”

Aktres filem Fantastic Four dan Little Fockers ini tetap yakin yang masa depannya masih cerah.

“Ada orang berkata, saya berada di puncak kerjaya saya ketika di awal 20an,” katanya sambil ketawa. “Susah nak percaya, saya rasa saya semakin bagus.”

Thanks

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!