Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Tom

Eh...tiba-tiba plak TOM jadi judul ruangan pojokan joey39. Dah xde isu lain ker wahai si joey39 nie, asyik2 duk cerita sal dunia hiburan jer. Hahaha, begitu la agak nya kan persoalan yang bersarang kat kepala yang selalu mem"free"kan masa kalian membuat kunjungan ke blog yang kerdil ini.

Dah xde bahan ini di kongsikan, so, daripada xde posting yang keluar baik diisikan sahaja dengan pape jer cerita yang ada. Usaha mengorek bahan-bahan lain ada tapi agak limited sekarang nie ekoran "KEMALASAN".

So, Tom adalah cerita kita pada kali ini. Kisah ini adalah kisah yang dipaparkan oleh myMetro, bukan oey39 sendiri yang mahu tulis, just nak kongsikan sahaja di blog ini. Bagi yang sudah baca kat myMetro, bagus lah. Bagi yang belum, boleh juga baca kat sini.

Apa cerita nya nie, berjela-jela mengomel...

Jom baca !!!!

‘Apa yang berlaku memalukan’
Oleh Norhayati Nordin

MUNGKIN ramai juara bintang pertandingan realiti TV dilahirkan setiap tahun namun ia belum dapat mengatasi kontroversi yang pernah dilalui juara My Starz LG musim ketiga, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram.

Sesudah kecoh cerita Tom diserang keluarga isteri kekasihnya dalam satu krisis panas sekitar Julai tahun lalu, kini timbul pula gosip lain.

TOM...akui dirinya masih tunangan orang.


Sesudah kecoh cerita Tom diserang keluarga isteri kekasihnya dalam satu krisis panas sekitar Julai tahun lalu, kini timbul pula gosip lain.

Ibu tunggal kepada seorang anak yang seksi ini dikatakan sudah putus tunang dengan jejaka pilihannya.

Di kala Tom sekarang popular dengan single keduanya, Redha, kisah sensasi dalam hidupnya seakan belum berakhir dan membayangkan dugaan demi dugaan.

Ketika bertemu Tom pada sesi fotografi diaturkan syarikat label naungannya, Warner Music Malaysia, baru-baru ini, penyanyi bersuara lantang ini tenang membuat penjelasan sambil memberikan ‘pose-pose’ yang menarik.

TERUS-TERANG...Tom tidak nafikan hubungannya dengan tunang pernah berdepan masalah.


Tom mengaku dia juga mendengar gosip itu namun yang nyata, katanya, dia tidak pernah putus tunang.

Namun dia tidak menafikan hubungan dia dan tunangnya itu pernah berdepan dengan masalah, tetapi semuanya sudah OK.

“Masalah yang timbul dalam perhubungan itu perkara biasa, tetapi tidaklah sampai kami putus tunang.

“Buat masa ini, saya masih lagi menjadi tunangan orang dan kami berusaha memulihkan keadaan. Kami juga masih saling berhubung termasuk melalui telefon kalau ada sebarang masalah.

“Jadi gosip kami putus tunang itu tidaklah benar. Saya selalu mengharapkan hubungan kami akan berpanjangan,” kata Tom.

Dia memaklumkan, mereka berdua sepatutnya bernikah pada Oktober tahun lalu, tetapi ia terpaksa ditangguhkan buat sementara.

Tom berkata kontroversi yang dilaluinya sebelum ini memanglah sangat memalukan.
Bukan saja maruah diri sendiri yang tercalar, tetapi tempiasnya juga terkena pada keluarga.

Apapun, dia bersyukur kerana anggota keluarganya sangat memahami, bahkan memberi sokongan kepadanya untuk meneruskan perjuangan.

“Saya jadi kuat menghadapi dugaan ini kerana sokongan mereka di sekeliling saya. Apa jadikan kita kena teruskan hidup ini dengan sabar. Segala kontroversi yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun berat, saya harus menghadapinya kerana insiden itu sudah pun terjadi dan sudah selesai.

“Tapi biasalah, mulut manusia kita tak dapat nak tutup. Saya percaya tidak semua orang sukakan kita. Saya harus sedia terima hakikat ini dan gosip juga lumrah hidup seorang artis. Prinsip saya, lebih baik kita berterus-terang daripada cuba mengelak atau berdiam diri.

“Saya memang jenis orang yang berterus-terang dan tak pandai berdolak dalih. Kalau ada yang tanya, saya akan jawab. Jadi terpulanglah pada masyarakat untuk menilainya,” kata Tom.

Ditanya sama ada kerana status dirinya sebagai seorang janda, turut menyebabkan dia mudah terpalit kontroversi? Jawab Tom, status itu bukanlah persoalannya kerana apa yang berlaku itu disebabkan kealpaan diri sendiri.

Tom & seksi

Memiliki susuk tubuh kurus, Tom nampak seakan selesa dengan imej seksi.
Tatkala ditanya apakah memang itu imej sebenar dirinya, Tom tidak pula menafikan.

Ujar Tom, memang begitulah cara pakaiannya sehari-hari dan setakat ini keluarganya pun faham.

Umum tahu Tom dulunya seorang penyanyi kelab malam dan sudah biasa dengan pakaian agak terdedah.

Walaupun sudah bergelar artis rakaman, Tom akui masih juga menyanyi di kelab malam.

“Sekalipun tidak sekerap dulu, saya masih menyanyi di kelab malam. Syaratnya kalau ada kelapangan masa dan jika kawan yang bekerja di kelab memerlukan bantuan. Saya tak kisah pun kalau menyanyi di kelab lagi kerana ia juga satu platform mengasah bakat dan memperoleh sumber pendapatan.

“Lagipun, saya bukan jenis orang yang suka duduk di rumah. Daripada asyik termenung, lebih baik saya nyanyi di kelab, sekurang-kurangnya ada pendapatan sampingan. Manalah tahu andai kata, rezeki saya dalam dunia hiburan tidak lama, saya boleh nyanyi semula di kelab semula.

“Saya tak tahu bagaimana masa depan dalam industri nyanyian kerana bakat baru muncul silih berganti. Jadi, sebagai persediaan awal jika saya sudah tidak laku untuk persembahan pentas, sekurang-kurangnya ada tempat lagi menyanyi di kelab,” katanya dengan yakin.

Berbicara mengenai lagu Redha yang semakin popular di corong radio tempatan, Tom berkata dia sendiri tidak menyangka lagu ciptaan komposer 1990-an LY dan lirik karya Baiduri itu mendapat perhatian ramai.

Lantaran itu, Tom bersyukur dengan penerimaan peminat.

“Barangkali, orang sudah lama tidak mendengar lagu sentuhan LY dan Baiduri. Ini kerana, sudah lima tahun mereka tidak menghasilkan lagu dan saya bertuah mendapat karya ciptaan mereka. Terdahulu, Tom muncul dengan single Kuala Lumpur ciptaan Noh Hujan.

Bagaimanapun, single itu mencetuskan saingan apabila lagu sama yang didendangkan Noh dan Altimet lebih mendapat perhatian.

Ujar Tom, itu semua di luar kuasanya, tetapi gembira ramai peminat mula mengenalinya dengan Redha.

Bertepatan dengan judul album Redha yang berkonsepkan pop rock, lima lagu dimuatkan. Album terbabit berada di pasaran sejak November lalu. Tom berkata dia akan menghubungi pihak pengedar untuk mendapatkan maklumat mengenai jumlah penjualan dan muat turun secara digital.


Thanks

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!