Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Gadis terlanjur sukar percaya teman lelaki

SAYA berusia 18 tahun dan berasal daripada keluarga sederhana. Sejak kebelakangan ini, saya sentiasa terkenang perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.

Saya pernah menjadi remaja liar seawal usia 14 tahun dan berpunca daripada satu peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup.
Perkenalan dengan S membawa kepada gejala tidak sihat. Selepas terlanjur bersama S, saya sedar apa yang terjadi pada diri akibat keterlanjuran itu.

Saya menyesal dan terfikir ketika itu perbuatan berkenaan terlalu hina dan mengambil langkah untuk terus melakukannya kerana diri sudah tidak mempunyai apa-apa lagi yang boleh dibanggakan sebagai wanita.

Boleh dikatakan hampir semua bekas teman lelaki pernah meniduri saya. Saya juga minum arak. Selepas apa yang terjadi, saya insaf.


Sudah hampir tiga tahun saya berhenti minum arak, namun masih lagi terbayang-bayang perbuatan keji itu. Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang lelaki bernama A yang berumur�awal 20-an�tetapi bukan rakyat Malaysia.

Perkenalan kami bermula dari laman sosial Facebook dan hanya berjumpa setahun sekali pada musim panas pada Oktober. Kedua-dua keluarga kami tahu hubungan ini.

Masalahnya, saya sukar untuk mempercayainya walaupun berkali-kali A menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan saya.

Saya mengakui menyayanginya dan sudah ceritakan semua yang terjadi. Pada awalnya A agak terperanjat dan sukar mempercayainya, namun dia sudi menerima saya asalkan tidak mengulangi perbuatan itu.

A seorang Islam dan atlet di negaranya. Terlalu banyak yang saya fikirkan. Soal nikah kahwin bukan soal remeh kerana memerlukan komitmen dan tanggungjawab besar. Saya ingin berkahwin, namun tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana sukar mempercayai kebenaran seperti dinyatakan A.

Jika A hanya berpura-pura, saya rela memutuskan hubungan kami tapi seandainya dia benar-benar ikhlas, saya berasa bersalah padanya.

Jujur saya katakan saya ingin berkahwin dan tidak mahu peristiwa dulu berulang. Saya cukup insaf dan ingin memulakan hidup baru.


Ragu-ragu
Perak



DR bersyukur dengan keinsafan adik dan keinginan untuk menjalani kehidupan baru.

Allah SWT melalui al-Quran menyuruh hamba-Nya bertaubat, sekali gus memperlihatkan keluasan rahmat-Nya yang tidak terbatas sekalipun hamba itu melakukan dosa besar. Allah berjanji akan menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri. (al-Baqarah: 222).

Dr juga memahami kerisauan adik sama ada A betul-betul ikhlas untuk mengahwini adik. Ini berdasarkan latar belakang sejarah hidup adik. Jika A ikhlas, adik perlu bersyukur atas ketulusannya.

Dr akui memang bukan mudah mempercayai seseorang apatah lagi berdasarkan kesilapan yang adik lakukan. Membina kepercayaan bukanlah perkara yang boleh dilakukan dalam masa singkat. Berilah ruang diri adik mendapat kepercayaan A berdasarkan kesungguhan, keikhlasan dan tingkah lakunya. Mohon doa agar A benar-benar ikhlas membimbing adik. Jangan mudah putus asa atas rahmat Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah hai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-Zumar: 53)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!