LONDON: Barisan pemain Chelsea diselubungi kebimbangan pengurus dari Itali, Carlo Ancelotti akan mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab itu.
Beberapa pemain bintang gusar pengurus kelab itu akan meninggalkan Chelsea pada penghujung musim kerana kecewa dengan kehidupan di Stamford Bridge.
Rata-rata mereka percaya pengendali dari Itali itu masih tidak berpuas hati dengan penyingkiran pembantunya, Ray Wilkins selain krisis dalaman di Chelsea.
Mereka juga berasakan Ancelotti sudah bosan dengan masalah politik dalaman dan struktur kuasa di kelab itu.
Sumber kelab itu mendedahkan: “Situasi ketika ini tidak baik.
“Setiap orang mengatakan Ancelotti sudah melakukan yang terbaik walaupun sebenarnya mereka terdesak mengharapkan beliau akan kekal bersama kelab. “Beliau sangat popular di kalangan pemain yang percaya Ancelotti seorang pengurus yang hebat.
“Bagaimanapun, tidak diragui lagi skuad kini semakin gelisah.
“Saya faham Ancelotti semakin tidak selesa dan beliau sering menyalahkan pasukan lain apabila anak buahnya tidak dapat beraksi dengan baik pada saingan Liga Perdana Inggeris.” Ancelotti dilantik sebagai pengurus 18 bulan lalu dan sepanjang tempoh itu beliau berjaya membimbing kelab memenangi kejuaraan liga dan Piala FA musim lalu. Ancelotti pernah menyuarakan hasrat mahu kekal bersama Chelsea dalam tempoh 10 tahun lagi. - Agensi
copy from myMetro
No comments:
Post a Comment