Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:
Showing posts with label tv3. Show all posts
Showing posts with label tv3. Show all posts

Nurul Syuhada cari tarikh keramat

Enggan terus menoleh episod cinta lalu yang tidak kesampaian, pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin mengakui, hatinya kini sudah dimiliki dan merancang untuk melepaskan status gadisnya pada tahun ini. Tanpa berahsia, gadis yang mesra membahasakan dirinya Nurul memberitahu, dia dan jejaka itu sedang mencari tarikh sesuai bagi tujuan itu.

Sementara menanti tarikh itu, gadis kelahiran Seremban, Negeri Sembilan berusia 26 tahun ini selesa mengunci mulut. Nurul memilih untuk tidak banyak bercerita selagi belum ada ikatan yang mengukuhkan cinta yang lebih setahun disulam itu.

“Kami belum bertunang. Doakan saja ia menjadi kenyataan nanti, Insya-Allah. Kurang manis jika saya sebagai perempuan terlalu banyak bercerita sedangkan antara kami belum ada apa-apa ikatan kukuh. Perancangan ke arah itu (perkahwinan) sudah ada, malah saya sendiri sudah bersedia melangkah ke alam baru. Saya bukan muda lagi, November nanti usia saya menganjak 27 tahun.

“Saya dapat rasakan perlunya satu perubahan dalam hidup ini. Saya mula bekerja sejak usia 21 tahun, jadi tiada apa lagi yang perlu dikejar. Saya juga seperti orang lain ingin melengkapkan hidup sebagai seorang wanita,” katanya enggan mendedahkan nama lelaki yang bertakhta dalam hatinya ketika ini.

Kegagalan cinta dengan calon angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed mengajar Nurul supaya menyimpan sedikit sisi peribadi hidupnya. Semuanya akan telus dikongsi apabila tarikh hari bersejarah mereka sudah ditetapkan. Akui Nurul, cukup dulu kisah cintanya mendapat liputan meluas media massa tetapi akhirnya semua diimpikan putus di pertengahan jalan.

Hari ini, Nurul memilih untuk menjalani cintanya secara privasi tanpa perlu terlalu disorot wartawan. Nurul bagaimanapun, berjanji dia tidak akan sesekali berahsia apabila tarikh hari bahagianya sudah ditetapkan. Ditanya mengenai ciri-ciri jejaka itu yang membuatkan dia terpikat, Nurul sekadar memberi gambaran ringkas tanpa terlalu memperincikannya.

“Dia orang kebanyakan, sama juga seperti lelaki lain. Cuma pada pandangan mata saya, dia mempunyai keistimewaan tersendiri untuk bertakhta di hati saya. Lelaki semuanya sama, terpulang bagaimana kita mentafsir dan memandang mereka. Alhamdulillah, dia seorang lelaki yang memahami. Dia menerima saya yang berkerjaya tidak menentu masa, malah sentiasa mendorong saya bekerja keras," katanya.

Januari lalu bertiup khabar mengenai perancangan Nurul menamatkan zaman gadisnya pada Julai ini namun dia menafikannya.

Bahkan juara Malaysian Top Host pada 2005 itu memberitahu, tiada perancangan besar untuk diperkatakan pada 2011.

Beralih perbualan mengenai kerjaya pengacaraan yang semakin berwarna-warni, Nurul yang turut diberi tanggungjawab sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI) ternyata masih teruja berbicara mengenainya. Enam tahun dilalui sebagai wartawan memperkukuhkan rasa cintanya pada dunia penyiaran, niatnya mahu terus memantapkan mutu persembahan tanpa terlalu memikirkan mengenai glamor atau populariti.

Diberi pilihan untuk mencuba pengacaraan bagi dua genre berbeza, Nurul nyata selesa dengan program berbentuk majalah yang memberinya lebih banyak ruang untuk meneroka sisi kreatif dirinya sebagai seorang wartawan.

“Tetapi MHI mengajar saya untuk menjadi penyampai yang peka, pantas berfikir dan berpengetahuan tinggi tatkala berbicara mengenai sesuatu topik.
Semuanya perlu dikuasai dalam masa singkat. Namun jika ditanya mengenai kepuasan, saya menemui lebih dalam Majalah 3. Program itu mengajar saya mengenai dunia kewartawanan penyiaran yang sebenar dan ia sangat mengujakan,” katanya yang juga finalis Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

“Saya tidak pernah letak diri sebagai seorang selebriti. Cuma mungkin kerana saya bekerja di stesen televisyen dan muncul di kaca TV, jadi penonton meletakkan saya sebagai seorang selebriti. Saya cuma mahu bekerja dan pada masa sama, menjaga nama baik stesen televisyen supaya tidak dicemari oleh kontroversi yang memalukan serta memualkan,” katanya.

Nurul melihat kepercayaan diberikan peminat hingga meletakkannya dalam senarai Top 5 kategori Pengacara TV Wanita Popular sebagai ruang memperbaiki diri dari masa ke semasa.

“Berada dalam senarai Top 5 adalah penghormatan daripada peminat dan pembaca Berita Harian/Berita Minggu, membuatkan saya melihat masih terlalu banyak untuk saya capai bagi menjadi seorang pengacara versatil. Cuma saya senang kerana kesempatan seperti ini memberi saya ruang untuk belajar dan bertukar idea kerana semua lima finalis datang dari genre berbeza. Siapa juga yang menang, perlu diraikan,” katanya.

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
2011/02/20



READ MORE- Nurul Syuhada cari tarikh keramat

Nurul Syuhada, Dr Faiz putus cinta

Petikan ini adalah daripada Teropong Abang Zubir BiPoP ea, bukan nya Teropong J O E Y 3 9 tau.....

2011/01/23

UMUM sedia maklum, hubungan istimewa yang terjalin antara personaliti TV3 dan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 26, dengan calon Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed, bukan lagi satu rahsia. Mereka sebelum ini tanpa berselindung mengakui berkawan rapat, namun belum bersedia menempuh gerbang perkahwinan lantaran kesibukan masing-masing.

Nurul yang pernah mengendalikan program Nona dan Majalah 3, sebelum ini membuat kenyataan kepada Harian Metro terbitan 28 Ogos 2009, mendakwa dia masih berkawan rapat dengan Dr Faiz dan tiada sebarang masalah antara mereka, gara-gara wujudnya gosip yang menyatakan hubungan cinta antara mereka sudah putus seperti tersebar di internet. Pemilik Ijazah Sarjana Muda Sains Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dikatakan bakal bertunang dengan Dr Faiz pada 4 Julai 2009, namun terpaksa dibatalkan pada saat akhir, kononnya Nurul menjalin cinta dengan lelaki lain.

Sebaliknya Nurul menjelaskan, majlis pertunangan berkenaan terpaksa ditangguhkan sementara atas persetujuan bersama kerana mereka sibuk dengan komitmen masing-masing. Ini bermakna Nurul dan Dr Faiz masih bercinta, namun jodoh mereka belum sampai untuk disatukan ke satu fasa lebih kukuh.

Justeru, ketika bertemu Nurul pada sidang media pengumuman calon Top 5 ABPBH2010 baru-baru ini, Zubir terus menyapa Nurul yang sekali lagi tercalon untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular dengan pertanyaan selamba: “Haa Nurul, kau bila nak kahwin?” Maksud Zubir dengan Dr Faiz.

Dengan spontan dan selamba juga Nurul membalas pertanyaan Zubir: “Kami dah tak ada apa-apa Abang Zubir, dah putus...”

Antara percaya dan tak percaya saja dengan pengakuan Nurul itu, tapi apabila kenyataan itu keluar sendiri daripada mulut si empunya diri, Zubir mengklasifikasikan sebagai sesuatu yang sahih. Mungkin, Nurul ada alasan tersendiri mengapa percintaan itu tidak mampu diselamatkan.

Zubir percaya, sekiranya kuat jodoh antara mereka, tiada siapa mampu menduga, suatu hari nanti impian untuk naik pelamin, pasti terlaksana, insya-Allah.


Maka nya, kira nya, kenyataan teropong abg Zubir nie betul, wahai peminat dan pencinta NURUL SYUHADA NURUL AIN, apa lagi....rebut peluang anda....
READ MORE- Nurul Syuhada, Dr Faiz putus cinta

Anugerah Juara Lagu 25

Hari Ahad, 09 Januari 2011 - Berlangsung kemuncak program Muzik-Muzik TV3 yang diberi nama ANUGERAH JUARA LAGU kali ke 25 (Jubli Perak). Keputusan sepertimana semua maklum adalah seperti berikut :

Anugerah Juara Lagu AJL 25 – Juara

Ana Rafali [ Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali]


Anugerah Juara Lagu AJL 25 - Naib Juara

Meet Uncle Hussain + Black [ Lagu Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain]


Anugerah Juara Lagu AJL 25 – Tempat Ketiga

Hafiz [ Lagu Noktah Cinta - Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7]


Anugerah Juara Lagu AJL 25 - Vokal Terbaik

Hafiz [ Lagu Noktah Cinta - Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7]


Anugerah Juara Lagu AJL 25 - Persembahan Terbaik

Faizal Tahir [ Lagu Hanyut - Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir]

clip youtube:

Juara
Tolong Ingatkan Aku by Ana Raffali



Naib Juara
Drama King by Black & Meet Uncle Husein



Ketiga & VokalTerbaik
Noktah Cinta by Hafiz AF



Persembahan Terbaik
Hanyut by FT (Faizal Tahir)



special thanks to ZUMBAF
READ MORE- Anugerah Juara Lagu 25

BLACKBERRY 9000 WIFI PDA LOOK ALIKE PHONE, TV FUNCTION,2 SIMS CARD !!

BLACKBERRY 9000 BOLD LOOK ALIKE WIFI PDA PHONE, TV FUNCTION INSIDE DUAL SIMS CARD DUAL STANDBY WITH TRACKBALL CONTROL

MOST THE POWERFUL PHONE YET!!
FACEBOOK, ORI LIKE MENU, INTERNET, QWERTY KEYBOARD AVAILABLE!!




MARKET PRICE RM1200++

WIFI FUNCTION, CAN USING INTERNET:













Facebook Include, Ori Like Menu:










30 MORE FUNCTION INCLUDE, CAN DOWNLOAD MORE JAVA ON FUTURE:













TV Function Include, High Quality Leather Like Design Back Cover













Clear Camera With Flash Light. 2 Sims Card Dual Standby, Free 2G Memory Can Upgrade To 8GB!













Full QWERTY KeyBoard , Can SMS Faster













Ori Like Trackball Control, Java Function Can Download More Game Inside













Photos Above Are Taken From The Actual Item

Features

• Language: MALAY, English, Chinese

• LCD Size: 2.4 inch, TFT HD Screen Display

• Ringtone: 72 chord; Ringtone format: mp3, mp4

• Bluetooth: Support 2.0V

• 2.0 Mega Pixel Digital Camera

• Music: play mp3/mp4; support equalizer;

• Video: MP3/MP4

• Support video with sound

• Standby Photo: jpg, gif

Size:114 x 66 x 14 mm

Weight : 133g

Specification

• Network Frequency: 900/1800MHz

• Telephone directories: Up to 300 entries on phone

• Messages &Multimedia messaging: 100SMS, MMS

• Schedule power on/off: power on and off at certain time.

Alarm clock: support alarm clock

Games: 2

• More information: MP3, MP4, Handsfree, SMS group sending, Voice recorder, GPRS download, MMS, time watch, calendar, memo, dual simcard dual standby, Bluetooth n
Basic features

• Operating Frequency: GSM

• Talk time: 200-240Minutes

• Standby time: 180-250Hours











PACKING INCLUDE:

BLACKBERRY 9000 BOLD WIFI TV LOOK ALIKE PHONE X1

STEREO HEADSET X1

BATTERY X1

CHARGER X1

USB CABLE X1

ENGLISH MANUAL X1

READ MORE- BLACKBERRY 9000 WIFI PDA LOOK ALIKE PHONE, TV FUNCTION,2 SIMS CARD !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!