Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:
Showing posts with label Pengacara. Show all posts
Showing posts with label Pengacara. Show all posts

Kisah Dongeng

Alkisah dongeng di alam realiti bukan program realiti lagi yea... So, kisah dongeng apa dan siapa pulak kali ini ek... Tak perlu pening-pening or pusing-pusing... Posting kali ini mengenai si cantik manis yang satu-satu nya ini telah pun dimiliki oleh sang jejaka pilihan hatinya. Melepaslah lelaki-lelaki lain di luar sana....

So, back to the our topic today, speaking lundang skit yea...jums layan artikel myMetro di bawah ini.

Kisah dongeng di alam realiti

Oleh Hellinie Sina
hellinie@hmetro.com.my


BAGAIKAN kisah dongeng. Itulah gambaran terbaik dapat diberikan ketika berlangsungnya majlis resepsi personaliti TV3 yang manis berlesung pipit, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, dan pasangannya Raja Amir Shah Raja Azwa, 29.

Nurul bersama buah hati nya


Walaupun majlis resepsi itu berkonsepkan ala Inggeris namun kesederhanaan yang ditonjolkan sudah cukup memukau dan membuatkan pada tetamu selesa tanpa terikat dengan protokol.

Kedua mempelai sudah disatukan dalam majlis pernikahan tertutup di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur disusuli mengadakan majlis resepsi di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, kelmarin.

Menyarungkan busana rekaan Datuk Radzuan Radziwill, Nurul dan Raja Amir tampak segak dan anggun ketika berarak masuk ke pelamin.

Disambut dengan paluan kompang dan seterusnya langkah kaki mereka ke pelamin diiringi lagu berjudul Sempurna, membuat tetamu yang lebih 1000 orang itu menahan nafas seketika kerana aura cinta mereka turut sama dirasai

READ MORE- Kisah Dongeng

Yasmin Hani

Berita agak terbaru mengenai Yasmin Hani (walaupun dah sejuk agaknya) tapi terbaru dari joey39. Dia dikhabarkan akan berkahwin tidak lam alagi. Dengan siapa?? Di mana ??

Sila baca laporan akhbar mStar di bawah.

Yasmin Hani Sahkan Bakal Kahwin Shahrin (Black Rose)

Oleh KEMALIA OTHMAN

Yasmin Hani


PETALING JAYA: Pelakon Yasmin Hani, 32, mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung Oktober ini dengan bekas pemain dram Black Rose yang juga bekas suami kepada pelakon Ida Nerina iaitu Shahrin Razali.

Jelas Yasmin Hani atau lebih mesra dipanggil Hani, majlis yang akan diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang itu akan diadakan secara kecil-kecilan dan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

"Saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Oktober dan majlis tersebut akan diadakan secara kecil kecilan yang akan dihadiri oleh rakan terdekat dan ahli keluarga.

READ MORE- Yasmin Hani

Nurul Syuhada cari tarikh keramat

Enggan terus menoleh episod cinta lalu yang tidak kesampaian, pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin mengakui, hatinya kini sudah dimiliki dan merancang untuk melepaskan status gadisnya pada tahun ini. Tanpa berahsia, gadis yang mesra membahasakan dirinya Nurul memberitahu, dia dan jejaka itu sedang mencari tarikh sesuai bagi tujuan itu.

Sementara menanti tarikh itu, gadis kelahiran Seremban, Negeri Sembilan berusia 26 tahun ini selesa mengunci mulut. Nurul memilih untuk tidak banyak bercerita selagi belum ada ikatan yang mengukuhkan cinta yang lebih setahun disulam itu.

“Kami belum bertunang. Doakan saja ia menjadi kenyataan nanti, Insya-Allah. Kurang manis jika saya sebagai perempuan terlalu banyak bercerita sedangkan antara kami belum ada apa-apa ikatan kukuh. Perancangan ke arah itu (perkahwinan) sudah ada, malah saya sendiri sudah bersedia melangkah ke alam baru. Saya bukan muda lagi, November nanti usia saya menganjak 27 tahun.

“Saya dapat rasakan perlunya satu perubahan dalam hidup ini. Saya mula bekerja sejak usia 21 tahun, jadi tiada apa lagi yang perlu dikejar. Saya juga seperti orang lain ingin melengkapkan hidup sebagai seorang wanita,” katanya enggan mendedahkan nama lelaki yang bertakhta dalam hatinya ketika ini.

Kegagalan cinta dengan calon angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed mengajar Nurul supaya menyimpan sedikit sisi peribadi hidupnya. Semuanya akan telus dikongsi apabila tarikh hari bersejarah mereka sudah ditetapkan. Akui Nurul, cukup dulu kisah cintanya mendapat liputan meluas media massa tetapi akhirnya semua diimpikan putus di pertengahan jalan.

Hari ini, Nurul memilih untuk menjalani cintanya secara privasi tanpa perlu terlalu disorot wartawan. Nurul bagaimanapun, berjanji dia tidak akan sesekali berahsia apabila tarikh hari bahagianya sudah ditetapkan. Ditanya mengenai ciri-ciri jejaka itu yang membuatkan dia terpikat, Nurul sekadar memberi gambaran ringkas tanpa terlalu memperincikannya.

“Dia orang kebanyakan, sama juga seperti lelaki lain. Cuma pada pandangan mata saya, dia mempunyai keistimewaan tersendiri untuk bertakhta di hati saya. Lelaki semuanya sama, terpulang bagaimana kita mentafsir dan memandang mereka. Alhamdulillah, dia seorang lelaki yang memahami. Dia menerima saya yang berkerjaya tidak menentu masa, malah sentiasa mendorong saya bekerja keras," katanya.

Januari lalu bertiup khabar mengenai perancangan Nurul menamatkan zaman gadisnya pada Julai ini namun dia menafikannya.

Bahkan juara Malaysian Top Host pada 2005 itu memberitahu, tiada perancangan besar untuk diperkatakan pada 2011.

Beralih perbualan mengenai kerjaya pengacaraan yang semakin berwarna-warni, Nurul yang turut diberi tanggungjawab sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI) ternyata masih teruja berbicara mengenainya. Enam tahun dilalui sebagai wartawan memperkukuhkan rasa cintanya pada dunia penyiaran, niatnya mahu terus memantapkan mutu persembahan tanpa terlalu memikirkan mengenai glamor atau populariti.

Diberi pilihan untuk mencuba pengacaraan bagi dua genre berbeza, Nurul nyata selesa dengan program berbentuk majalah yang memberinya lebih banyak ruang untuk meneroka sisi kreatif dirinya sebagai seorang wartawan.

“Tetapi MHI mengajar saya untuk menjadi penyampai yang peka, pantas berfikir dan berpengetahuan tinggi tatkala berbicara mengenai sesuatu topik.
Semuanya perlu dikuasai dalam masa singkat. Namun jika ditanya mengenai kepuasan, saya menemui lebih dalam Majalah 3. Program itu mengajar saya mengenai dunia kewartawanan penyiaran yang sebenar dan ia sangat mengujakan,” katanya yang juga finalis Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

“Saya tidak pernah letak diri sebagai seorang selebriti. Cuma mungkin kerana saya bekerja di stesen televisyen dan muncul di kaca TV, jadi penonton meletakkan saya sebagai seorang selebriti. Saya cuma mahu bekerja dan pada masa sama, menjaga nama baik stesen televisyen supaya tidak dicemari oleh kontroversi yang memalukan serta memualkan,” katanya.

Nurul melihat kepercayaan diberikan peminat hingga meletakkannya dalam senarai Top 5 kategori Pengacara TV Wanita Popular sebagai ruang memperbaiki diri dari masa ke semasa.

“Berada dalam senarai Top 5 adalah penghormatan daripada peminat dan pembaca Berita Harian/Berita Minggu, membuatkan saya melihat masih terlalu banyak untuk saya capai bagi menjadi seorang pengacara versatil. Cuma saya senang kerana kesempatan seperti ini memberi saya ruang untuk belajar dan bertukar idea kerana semua lima finalis datang dari genre berbeza. Siapa juga yang menang, perlu diraikan,” katanya.

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
2011/02/20



READ MORE- Nurul Syuhada cari tarikh keramat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!