Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:
Showing posts with label Fauziah Gous. Show all posts
Showing posts with label Fauziah Gous. Show all posts

Rasukan......

Rasukan Fauziah Gous kini telah muncul di pawagam yang berdekatan dengan anda. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan bagaimana si cantik manis ini merasuk jiwa anda dengan lakonannya sebagai teraju utama filem Rasuk ini. Untuk ulasan dan juga kupasan yang lebih mendalam, sila teruskan pembacaan artikel di bawah yang mana hak cipta terpelihara myMetro.

Tubuh sakit lepas dirasuk
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my


SUDAH banyak filem genre seram disajikan kepada penonton, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini ramai yang berminat menghasilkan filem seram. Malah sepanjang April lalu, empat filem seram ditayangkan bermula dengan Di Larang Masuk, Senjakala, Penunggu Istana dan Seru manakala Momok...Jangan Panggil Aku ditayangkan 5 Mei lalu.

Selepas pawagam digegarkan dengan filem aksi melalui Kongsi dan KL Gangster, genre seram kembali menghantui penonton melalui Rasuk terbitan Merpati White Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Sri Saheb Production Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Rasuk: Dendam Syaitan Yang Tak Sudah garapan S Baldev Singh dikatakan mempunyai kelainan dan mampu menarik perhatian penonton filem tempatan melalui lakonan mantap Fouziah Gous sebagai teraju utama.

Rata-rata penonton dan wakil media yang hadir menyaksikan pra-tonton filem ini menganggap Rasuk adalah filem terbaik lakonan Fouziah setakat ini.

Fauziah Gous

Secara peribadi, Fouziah sendiri mengakui dia membuat kajian mendalam bagi menjiwai watak Sari Melati yang dirasuk roh askar Jepun yang dibunuh. Ditambah pula minatnya dengan cerita hantu dan memang mengimpikan cerita seperti ini membuatkan semangatnya menjayakan filem ini lebih berkobar-kobar.

READ MORE- Rasukan......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!