Untuk hari nie, soalan yang menjadi pilihan adalah seperti di bawah :
SAYA pemuda dalam lingkungan 20-an. Saya buntu dengan kekasih saya. Pada awalnya hubungan kami bahagia tetapi kini makin renggangMaka, untuk menjawab persoalan ini, kita ikuti pandangan dan pendapat Dang Setia seperti berikut
Mungkin faktor saya berjauhan dan pada masa sama teman wanita lebih menyayangi kawan perempuan dia berbanding saya.
Perasaan dan tumpuan dia terhadap saya makin kurang kerana tumpuannya kepada rakan perempuannya.
Saya menyayangi dia, tetapi dia tidak pernah ambil peduli perasaan saya. Dia lebih mementingkan skandal perempuan dia berbanding saya.
Mengapa perlu memilih wanita sedangkan tahu dia ada teman lelaki? Bagaimana saya boleh menambat hatinya kembali dan memulihkan semula hubungan kami?
Saya menjaga hubungan kami tetapi dia langsung tidak ambil peduli pengorbanan saya terhadap dia. Saya sayangkan dia, saya tidak boleh terima dia berubah kerana teman sejenisnya.
AN
Kuala Kubu, Selangor
Dang Setia memahami saudara kecewa dan tercabar teman wanita memilih untuk menjalin cinta dengan pasangan sejenis lalu saudara ditinggalkan.
Kecenderungan itu mungkin disebabkan terpengaruh hasutan rakan sejenis yang memang lebih memahami berbanding saudara.
Hubungan jarak jauh menyebabkan hubungan cinta jadi dingin. Saudara perlu berusaha memujuk bekas teman wanita supaya tidak terus hanyut dengan hubungan sejenis.
Bertemu dan luahkan saudara menyayanginya. Gunakan pendekatan lemah lembut supaya berjaya meraih cintanya kembali.
secara peribadi, apa yang dikatakan oleh Dang Setia ada kebenarannya. Memang sukar hendak disangkal menngenai pengaruh rakan terutamanya kaum sejenis yang mana diorang nie secara terang lagi bersuluh antara satu sama lain atau dengan kata lain lebih memahami bak kata Dang Setia. Cinta jarak jauh sememangnya amat berisiko. Maca-macam hal boleh terjadi, antara kesetiaan boleh dipersoalkan, kebolehpercayaan susah hendak ditafsirkan. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Renung-renungkan la....
No comments:
Post a Comment