Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Impak

Impak menurut Kamus Bahasa Melayu memberikan erti kesan yang ketara. So, apa kene mengena nya judul posting hari ini dengan pengertian seumpamanya ini.

Jangan mengandaikan posting kali ini untuk mengajar kelas Bahasa Melayu, bukan yea... Akan tetapi untuk berkongsikan satu artikel hiburan yang disiarkan oleh ruangan BiPoP Berita Harian Online sahaja.

Artikel nya adalah seperti berikut :

Impak Nora Elena
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Siti Saleha @ Nora Elena


Saleha tak mahu jadi pelakon 'meletup' menerusi kisah kontroversi

BIARPUN menjalani hidup tanpa seorang ibu sejak kecil, ia bukan bermakna pelakon jelita yang melonjak namanya menerusi drama bersiri, Nora Elena yang disiarkan di kaca TV3, Siti Saleha, 21, boleh berbuat sesuka hati, malah kehidupan peribadinya dikawal ketat bapa dan abangnya.

Bapanya, Mohd Baharum Abdul Rahman dan ibunya, Aishah Rahman berpisah sejak Saleha berusia 10 tahun. Ibunya, wanita kacukan Inggeris – Belanda pulang ke England selepas bercerai. Saleha dan abangnya, Sam (vokalis kumpulan Bunkface) ditinggalkan bersama bapa, manakala kakak sulungnya, Rosnah Tracy pula dibawa ibunya.

Bagaimanapun, ada yang beranggapan Saleha, gadis suka bersosial apabila gambarnya berparti dan berpelukan dengan beberapa jejaka mat salih tersebar dalam internet, baru-baru ini. Sedangkan beberapa gambar berkenaan dirakamkan Saleha bersama sanak saudara sebelah ibu dan dicuri daripada laman Facebook miliknya.

“Walaupun saya tidak mempunyai ibu seperti orang lain, tetapi bapa dan abang menjaga saya dengan baik. Malah, keluarga sebelah bapa yang ramai sentiasa mengambil berat mengenai saya dan Sam. Bapa sentiasa menemani saya ke lokasi penggambaran mahupun uji bakat. Saya tidak dilepaskan sewenang-wenangnya.

“Hubungan saya dengan ibu baik walaupun kami terpisah jauh. Saya sering mengunjungi ibu dan kakak sulung di England jika mempunyai masa yang terluang. Sam pula seorang abang yang tegas dan sentiasa mengambil berat.



“Sikapnya berbeza ketika bersama teman-temannya. Saya lihat Sam gila-gila bersama temannya, tetapi tidak ketika di rumah. Saya masih teringat pesanan Sam, jangan buat sesuatu yang memalukan keluarga, tetapi akhirnya saya terperangkap dengan kontroversi apabila gambar bersama sanak saudara sebelah ibu tersebar di internet, baru-baru ini.

“Gambar itu dirakamkan ketika majlis perkahwinan kawan baik saya di Kuala Lumpur dua tahun lalu. Ketika itu, saya belum bergelar pelakon lagi. Ibu turut berada dalam satu daripada foto yang tersebar itu. Saya rasa dianiaya apabila gambar tersebar ketika nama saya mula meniti di bibir peminat dan drama Nora Elena mendapat rating tinggi ketika disiarkan di kaca TV3.

“Ia seolah-olah cubaan mahu menjatuhkan nama baik saya. Ramai menuding jari mengatakan saya suka bersosial dan hidup bebas. Bagaimanapun, saya reda mungkin inilah bayaran yang diterima apabila memilih menjadi pelakon. Selepas ini, saya harus berhati-hati dalam apa juga tindakan. Saya masih terlalu mentah untuk memahaminya, tetapi saya tidak mahu diseret dengan kontroversi berpanjangan. Saya akan sentiasa belajar daripada kesilapan,” kata anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Saleha juga menjelaskan, dia tidak mahu menjadi pelakon yang `meletup’ menerusi kisah kontroversi. Dia tidak kisah namanya meniti populariti dengan perlahan, walaupun sudah bergelar pelakon sejak tiga tahun lalu.

“Ada yang bertanya kenapa sudah tiga tahun berlakon tetapi nama tidak menginjak popular dan belum berlakon filem? Saya tidak nafikan, saya tidak popular mana, tetapi sejak drama Nora Elena disiarkan, kehadiran saya mula mendapat perhatian. Saya berlakon bukannya mahu mengejar populariti, kalau boleh saya mahu nama saya bersih daripada kontroversi.



“Tetapi saya sebagai manusia hanya mampu merancang, takdir akan menentukan segala-galanya. Saya tidak nafikan, menerima beberapa tawaran berlakon filem di awal kemunculan, tetapi terpaksa menolak disebabkan saya terikat dengan pelajaran.

“Selain itu, saya mahu menimba pengalaman menerusi berlakon drama terlebih dulu, saya mahu mempelbagaikan watak. Saya tidak mahu terkejar-kejar, sedangkan lakonan saya masih banyak kelemahan,” kata gadis kelahiran Basildon, England itu.

Gadis yang diperkenalkan menerusi drama bersiri, Kecuali Cintamu yang disiarkan menerusi Astro tiga tahun lalu itu berkata, dia tidak selesa jika dikaitkan dengan abangnya, Sam malah banyak fotografi bersama Sam ditolak secara baik.

“Saya tahu abang saya popular. Disebabkan itulah, saya dan Sam memilih jalan masing-masing, malah Sam juga tidak pernah mengaitkan saya dalam kerjayanya. Dia juga mahu saya berdiri dengan sendiri dalam membina kerjaya sebagai pelakon. Saya juga tidak mahu dianggap menumpang populariti Sam. Biarlah saya rasa susah seperti Sam merasainya dulu sebelum menempa nama. Bagaimanapun, maaf bukan saya jual mahal untuk bergandingan dengan Sam, sebaliknya saya dan Sam punya prinsip masing-masing,” katanya.

INFO: Siti Saleha
Nama: Siti Saleha Mohd Baharum
Usia: 21 Tahun
Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
Tempat Lahir: Basildon, England
Drama: 5 Jingga, Kasut Tumit Tinggi, Kecuali Cintamu, Di Bawah Ketiak Isteri, Kapten Boleh, Farah, Zaleha, Puaka Topeng Putih, Hati Batu, Raya Mona, Kau Laksana Bulan, Awan Dania, Habil & Qabil, Ustaz Amirul & Nora Elena
Iklan: Maxis, Astro, KFC, Celcom, Hotlink, Necafe, Gardinier, Pantene, Honey Soft dan Wrigley's Double Mint

Thanks

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!