Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Angkara Seksi

Seksi...boleh mengakibat sesebuah rumah tangga yang terbina mengalami keruntuhan. Terkini, seperti yang dilapor kan oleh pihak media, pasang Jennifer Lopez dan Marc Anthony telah menjadi mangsa kepada imej seksi. Berita nya boleh dilayan dalam artikel milik myMetro di bawah ini.

Imej seksi J-Lo punca cerai

CERAI AKHIRNYA...Jennifer Lopez dan Marc Anthony berpisah minggu lalu.


PENYANYI Jennifer Lopez mempunyai reputasi sebagai wanita paling seksi di muka bumi ini, tetapi suaminya Marc Anthony tidak begitu menggemari imej seksinya itu.

Menurut laporan, penyanyi Latin berusia 42 tahun itu mahu isterinya tampil lebih bersopan.

“Anthony membuatkan J-Lo berasa teruk tentang dirinya jika dia mahu memakai pakaian yang seksi,” kata satu sumber kepada majalah Us Weekly.

“Dia suka J-Lo berpakaian sopan, ‘gaya seorang isteri’. Dia benci dengan hakikat J-Lo dianggap sebagai simbol seks.

Sumber lain pula memberitahu, Anthony cuba membuat pilihan mengenai fesyen untuk isterinya apabila J-Lo terbabit dengan sesi fotografi tahun lalu.

Anthony dikatakan membantah beberapa fotografi yang dirasakannya terlalu seksi dan tidak sesuai untuk seorang ibu berusia 40 tahun yang beranak dua,” kata sumber itu.

Pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka minggu lalu, selepas tujuh tahun berkahwin sambil menekankan ia adalah keputusan bersama.

Sejak itu, ramai orang memberi komen mengenai alasan di sebalik perpisahan itu, dengan sesetengahnya mengatakan ia berpunca daripada cara Anthony yang terlalu mengongkong J-Lo.

“Anthony adalah suami yang terlalu mengongkong,” kata sumber lain.

“Dia mahu mengongkong setiap perkara yang dilakukan J-Lo.”

“Ini bukan satu kejutan,” kata pereka imej J-Lo, Phillip Bloch dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Mail, Ahad lalu.

“Anthony terlalu mengongkong. Pada awalnya, J-Lo sukakan begitu kerana Anthony bertindak seperti melindunginya dan ketika itu dia sangat mencintai J-Lo, begitu juga sebaliknya.”

Pasangan itu yang mempunyai anak kembar berusia tiga tahun, Max dan Emme, juga dikatakan mempunyai perkahwinan yang gembira dan bermasalah seperti mana didedahkan majalah Us.

“Mereka akan bergaduh besar, dan pada waktu lain, mereka kelihatan sangat romantik dan saling mencintai.

“Perkahwinan mereka bagaikan ‘menaiki roller coaster’ sejak awal lagi.

Penyanyi dan juri American Idol itu kelihatan sayu ketika dilihat meninggalkan studio MILK di Hollywood, minggu lalu.

Dia dikatakan sibuk dengan komitmen pekerjaan dengan promosi pakaian baru Kohl, berlakon untuk filem komedi romantik, What To Expect When You’re Expecting dan dia juga dikhabarkan akan kembali sebagai juri dalam musim baru American Idol.

Sementara itu, Anthony juga menumpukan kepada kariernya - dia terbabit dengan konsert di Bogota, Colombia pada hujung minggu lalu, di mana dia memberitahu penonton: “Mereka kata saya lelaki bujang.”

Sejak berpisah, J-Lo dikaitkan dengan model lelaki yang dikenali sebagai ‘Brad Pitt dari Cuba’.

Bagaimanapun, William Levy, 30, yang muncul tanpa berbaju dalam klip video lagu I’m Into You nyanyian penyanyi pop itu menafikan sebarang hubungan romantik dengan J-Lo.

Lavy berpisah dengan isterinya yang dikahwini selama lapan tahun, Elizabeth Gutierrez, sebulan selepas sesi penggambaran video itu yang menyaksikan juri American Idol berusia 41 tahun itu bermanja dengannya dalam adegan di tepi pantai di Turtle Beach.

Minggu lalu, Levy menafikan laporan mengatakan dia berpacaran dengan penyanyi pop terbabit yang mengumumkan perpisahannya dengan Anthony pada Jumaat lalu.

Jurucakap Levy memberitahu TMZ: “Hubungan yang ada antara mereka adalah secara profesional. Itu saja yang boleh dikatakan.”

Pelakon telenovela itu yang turut bergaya separuh bogel dalam sesi fotografi pada 2007 sibuk menghebahkan mengenai pembabitannya dengan J-Lo selepas sesi penggambaran video berkenaan.

“Ia sungguh menarik sekali. Saya rasa selesa. J-Lo seorang yang ikhlas dan seronok,” katanya ketika itu.

“Perkara yang sebenar adalah saya benar-benar seronok,” tambahnya yang dilihat kelihatan muram, malam semalam.

Thanks



Antara gambar seksi J-Lo :


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!