Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Mencari juara AF terakhir

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2011/01/17



Selepas lapan musim, program realiti ini bakal temui titik noktah pada edisi ke-9


TUJUH tahun lalu, program realiti ini pernah melakar sejarah apabila ia berjaya mencetuskan kegilaan di kalangan penggemar program seperti ini. Diperkenalkan kepada penonton sekitar 2003, tidak dinafikan rancangan realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian, Akademi Fantasia (AF) berjaya membawa satu dimensi baru terhadap program hiburan tanah air.

Sana-sini orang memperkatakan mengenai program yang mengangkat Vince sebagai juara sulungnya itu. Kehangatan AF berterusan sehinggalah pada saat kemuncaknya iaitu sewaktu AF musim ketiga yang menyaksikan jejaka dari Felda Taib Andak, Kulai Johor, Asmawi Ani atau Mawi dinobatkan sebagai juara.
Ketika itu, AF boleh dianggap sebagai sebuah program hiburan yang sangat popular .

Namun selepas kemenangan Mawi, AF bagaikan sudah hilang kilauannya. Kemunculan AF4 sehinggalah musim kelapan yang disiarkan tahun lalu, AF terus menjadi sasaran pengkritik. Saban tahun, ada saja yang tidak kena pada mata penonton dan media. Semua kejutan yang dirancang tidak menjadi. Mangsa paling teruk dihentam pula ialah pengetua dan peserta, kerana tidak mencapai piawaian seperti yang diharapkan sehingga ada yang meminta Astro menghentikan saja program yang didakwa sudah tidak lagi mempunyai aura sehebat awal-awal penganjurannya dulu.

Selepas beberapa musim permintaan seperti itu disuarakan, akhirnya program yang diadaptasikan daripada sebuah program realiti dari Mexico berjudul La Academia kini sudah pun berada pada garisan penamat apabila musim kesembilan yang akan mula disiarkan April depan bakal menjadi AF yang terakhir.

Justeru, sewaktu mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media baru-baru ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata memandangkan AF9 adalah yang terakhir, mereka akan memastikan program itu menjadi yang terhebat dan menghadiahkan kenangan terindah buat penggemarnya.

"Ia bukanlah dihentikan sementara, tetapi memang ini adalah keputusan kami untuk menjadikan AF9 sebagai program yang terakhir. Lagipun selepas lapan musim bersiaran, AF banyak melahirkan artis pelapis kepada industri hiburan dan kami amat bangga dengan pencapaian itu.

"Keputusan ini dibuat juga bagi memberi laluan kepada Astro untuk meneroka format baru untuk diperkenalkan kepada penonton," ujar Azlin sekali gus menolak dakwaan kononnya keputusan untuk menamatkan program AF dilakukan kerana disebabkan rating yang semakin menjunam serta mengambil kira kritikan yang dilontarkan terhadap rancangan itu sebelum ini.

Tambahnya, sebagai program penutup, pasukan produksi kali ini memerah otak bagi memastikan AF kali ini berbeza serta lebih hangat daripada biasa.

"Untuk musim kali ini, kami memilih tema keraian (celebration) dan kami akan mengembalikan semula nostalgia sewaktu zaman kegemilangan AF terdahulu. Mungkin kami akan mengumpulkan kembali tenaga pengajar sebelum ini untuk memeriahkan lagi program ini," kata Azlin yang turut membayangkan pengacara nombor satu, Aznil Nawawi, akan kembali mengendalikan program itu.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Eksekutif Produser AF9, Mohd Irwan Abdul Rauf.

Ada banyak pembaharuan yang dilakukan untuk musim kali ini, antaranya memperkenalkan sesi uji bakat menerusi atas talian (online) yang bertujuan memberi kemudahan kepada peserta.

"Saban tahun kita akan dapat melihat peserta akan beratur panjang sebelum bakat mereka dinilai juri. Justeru, untuk mengelakkan situasi itu berulang, kami memperkenalkan sistem uji bakat atas talian. Peserta hanya perlu memuat naik klip video nyanyian mereka untuk disaring.

"Selepas berjaya, barulah mereka dipanggil untuk menghadiri sesi uji bakat peringkat kedua dan seterusnya, sebelum tersenarai sebagai finalis," terang Irwan sambil memberitahu, untuk AF kali ini, hanya dua lokasi uji bakat dipilih iaitu di Kota Kinabalu, Sabah dan juga Kuala Lumpur.

Erwin Gutawa atau Ahmad Dhani?

TERDENGAR desas desus kononnya untuk musim kesembilan ini, AF akan mengambil pengetua dari luar. Ada angin lintang membawa perkhabaran kononnya Astro memilih komposer dan penerbit terkenal, Erwin Gutawa, sebagai peneraju akademi.
Malah, Hip difahamkan perbincangan terhadap perkara itu sedang dilakukan. Bukan saja Erwin tetapi khabarnya pengasas kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani, juga disebut-sebut sebagai antara mereka yang bakal menjadi pengetua akademi berkenaan.

Malah, dalam ucapannya sebelum itu Azlin ada menyebut bahawa individu yang bakal menerajui akademi itu ialah seorang yang cukup terkenal di rantau Asia. Apakah mungkin ada kebenarannya Erwin atau Ahmad Dhani bakal diberi amanah itu? Namun, berdasarkan sumber dari seberang, Erwin menafikan yang pihaknya ada menerima tawaran untuk menjadi pengetua seperti yang digembar-gemburkan.

Andai benar seorang daripada dua figura itu dipilih sebagai pengetua baru AF, pastinya ia akan menimbulkan satu lagi kontroversi. Semangat patriotisme Astro bakal dipersoalkan. Akan timbullah juga nanti isu kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana Astro terlalu mementingkan karyawan luar berbanding anak tempatan.

Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan apakah benar Astro akan mengambil Erwin atau Ahmad Dhani sebagai pengetua, Azlin enggan mengulas lanjut.

"Tapi saya rasa tak salah jika kita mencuba tenaga dari luar. Lagipun ini bukan kali pertama kita guna orang luar sebagai pengetua. Datuk Ramli MS dan Ramli Sarip juga dari Singapura. Apapun, siapakah pengetua dan juga tenaga pengajarnya, kita tunggu saja pengumumannya dalam masa terdekat ini," ujar Azlin separuh berahsia.

Sebagai program dengan elemen kontroversinya dianggap sebagai perencah, tidak mustahil jika Astro mempunyai perancangan untuk mengambil pengetua dari Indonesia. Lebih ramai yang bercakap dan mempersoalkan, lebih tinggi rating diperoleh program ini. Lagipun, kredibiliti Ahmad Dhani atau Erwin dalam bidang muzik memang tidak dapat dinafikan lagi. Kedua-duanya dianggap sifu oleh pencinta muzik di sana.

Apatah lagi AF kali ini adalah yang terakhir, tentunya produksi Astro mahukan sesuatu yang ekstravaganza. Dan jika membawa dua insan seni ini ke dalam akademi mampu menaikkan lagi rating, menyuntik keistimewaan sekali gus mengembalikan semula kegemilangan AF yang sudah semakin pudar itu, mengapa harus kita persoalkan?

Mungkin tindakan itu juga sebagai tamparan buat karyawan tempatan kerana tidak mampu menjadikan AF sehebat zaman AF2 dan AF3 sehingga Astro terpaksa kembali menagih khidmat karyawan dari seberang.

Biarlah Astro membuat keputusan itu. Usah ditentang kerana selepas lapan musim penganjurannya, mereka sudah cukup matang untuk memilih mana kaca dan mana satu permata. Cuma harus diingat, biar dari planet manapun pengetua itu didatangkan, jika cara pemilihan peserta masih mengutamakan soal personaliti dan mengetepikan bakat semula jadi, terutama vokal yang sehingga kini masih dipertikaikan, tak mustahil walau sehebat manapun AF9, kualiti peserta yang dihasilkan pasti berada di takuk yang sama. Fikir-fikirkanlah.

INFO
Sesi uji bakat AF

# Hotel Promenade, Kota Kinabalu Sabah (28, 29, 30 Januari 2011)

# Stadium Nasional, Bukit Jalil (11, 12 dan 13 Februari 2011)

# Muat turun klip video nyanyian di www.akademifantasia.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!