Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Ayam Masak Merah

Ini hali kita jenguk-jenguk camne dan ape bahan untuk bikin AYAM MASAK MERAH. Selamat mentrykan diri kalian.

Bahan-bahan :
Ayam separuh
Bawang besar seulas potong halus
Cili serbuk/cili kering/cili hidup

Bahan tumis :
¼ kilo Bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia secukup rasa
Kasbarah secukup rasa
Kayu manis secukup rasa
Bunga cengkih scukup rasa



Cara-cara memasak.
1. Kisar halus bawang besar untuk tumis
2. Tumis lebih kurang dua minit semua bahan tumis kecuali bawang besar(tunggu naik bau)
3. Masukkan bawang besar yang sudah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak
4. Masuk cili(mengikut tahap kepedasan yang diingini)
5. Tumis sebentar dan masukkan solsoh secukup rasa.
6. Tumis sehingga pekat
7. Garam gula secukup rasa.
8. Ayam goreng dan masukkan dengan sambal yang sudah siap ditumis.
Tips memasak.
1. Ikhlaskan niat kerana Allah
2. Beranikan mencuba dan sentiasa mencuba
3. Pengalaman jadikan kayu ukur untuk masak
4. Tumis pastikan lama kerana masakan melayu banyak bergantung pada tumis (ketika walimah shuhaib sambal ditumis hampir 3jam lebih kerana jumlah bawang yang banyak)
5. Bawang putih tumis sekejap je, jangan lama sangat sebab cepat hangit.
6. Kebanyakan rempah merupakan pilihan untuk tambah rasa melayu sikit, bahan asas Cuma bawang besar cili dan solsoh.
7. Jangan takut untuk menambah garam dan gula tetapi tambah dengan penuh teliti dan rasa setiap kali menambah. (sambal walimah shuhaib untuk 600 orang makan dan ditambah dengan 3 paket gula secara serentak pada pagi walimah untuk baiki rasa)
8. Semakin banya bawang semakin lama tumis. (kalau ¼ kilo biasanya setengah jam je tapi kalau 35 kilo(seperti masa walimah shuhaib lagi) lebih 3 jam dengan api paling besar.)
9. Sentiasa meminta orang lain merasa sebab kita masak untuk orang lain makan gak selalunya taste kita lain dengan orang lain.
10. Masa memasaklah salah satu masa untuk mentarbiah sifat tawakal, kalau terlebih manis atau masin jangan takut pintu taubat sentiasa terbuka !. Selamat mencuba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!