Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Belum layak terima penghormatan

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my



Kejelitaan semulajadi yang dimiliki pelakon baru, Lisa Surihani Mohmed cukup mempersonakan sesiapa yang memandangnya.

Bukan itu saja, gadis berusia 22 tahun ini juga cukup bijak serta berbakat sehingga melayakkan dirinya menggenggam Anugerah Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM 21), Ogos lalu.

Justeru kerana itu, banyak pihak menaruh harapan tinggi terhadap bakat gadis ini, bahkan ada juga mengatakan Lisa bakal muncul sebagai primadona filem Melayu yang baru.

Bercakap mengenai hal itu, Lisa dilihat cukup berhati-hati mengeluarkan butir bicara, bukan apa, dia tidak mahu terlepas cakap perkara yang tidak patut.

"Jangan cakap macam itu, saya takut bila orang mengatakan saya akan menggantikan tempat pelakon-pelakon yang sedia ada. Saya belum layak untuk menerima penghormatan sebegitu rupa.

"Tujuan saya masuk bidang lakonan bukannya untuk menggantikan tempat sesiapa, sedangkan saya sendiri masih terlalu baru. Banyak lagi perkara yang harus belajar untuk berada di tahap pelakon-pelakon senior yang lain," ujarnya.

Mungkin harapan yang diberikan kepadanya sebagai primadona filem Melayu disebabkan popularitinya naik dengan begitu mendadak setelah muncul dalam filem I'm Not Single dan beberapa buah program serta drama di kaca televisyen.

Namun, tegas gadis yang memiliki ijazah undang-undang dari Universiti Aberytwyth, Wales, United Kingdom ini lagi, dia tidak menganggap dirinya popular, kerana bagi ini merupakan rezeki yang diberikan kepadanya.

"Macam saya cakap tadi, saya tidak pernah berfikir untuk menggantikan sesiapa dalam dunia lakonan. Saya lihat ini semua terjadi berdasarkan rezeki.

"Mungkin sekarang ini rezeki saya, esok lusa rezeki orang lain pula, siapa tahu? Saya tidak pernah menganggap diri saya semakin popular, ini kerana tujuan utama masa mula-mula berada dalam bidang lakonan ialah untuk menambah duit poket, itu saja," tuturnya jujur.

Mahu buka firma guaman

Ada benarnya, apa yang dibicarakan Lisa. Sungguhpun semakin sibuk dengan tawaran lakonan, dia tetap mencuri masa untuk menjalani kursus Certificate of Legal Practice (CLP), sebuah kursus yang bakal melayakkan dirinya bergelar seorang peguam.

"Sekarang ini mana boleh jadi peguam lagi? Macam jurusan lain juga, habis belajar kena ada latihan amali, sama seperti saya.

"Dan sekarang ini saya akan berkejar-kejar mencuri masa untuk mengikuti kursus CLP, sebab walaupun bidang seni memberikan pendapatan yang lumayan, tetapi saya tetap memikirkan masa depan dan apa yang telah saya pelajari sebelum ini," katanya.



Tambahnya lagi, dia bukan tamak untuk memiliki semuanya, tetapi dia juga mempunyai cita-cita untuk membuka firma guamannya sendiri suatu hari nanti.

"Memanglah penat, sebab terkejar-kejar, tetapi saya harus buat sekarang, kalau tidak bila lagi? Lagipun saya cuba seimbangkan antara kerjaya seni dan pelajaran.

"Kadang-kadang, saya rasa terlalu letih sebab lima hari seminggu, saya akan sibuk dengan bidang seni, manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula saya akan sibuk menghadiri kursus CLP. Ini bermakna saya akan bekerja tujuh hari seminggu.

"Apa yang menyukarkan saya ialah untuk memberi fokus kepada kedua-dua bidang ini secara seimbang. Mujurlah keluarga dan teman-teman banyak membantu," ujarnya.

Duta tempatan pertama

Selain sibuk berlakon, mengacara dan belajar, dia yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Cyber X: Ancaman Penggodam, kini diangkat pula sebagai duta untuk produk penjagaan bibir terkenal Lipice.



Dalam sidang media baru-baru ini, namanya telah diumunkan sebagai wajah baru jenama Lipice dan merupakan duta tempatan yang pertama produk tersebut.

Lisa yang ditemui menyifatkan pemilihannya merupakan satu rezeki yang tidak dapat ditolak sementelah dia juga merupakan pelanggan produk tersebut ketika berada di alam persekolahan.

"Semasa mula-mula menerima tawaran daripada mereka, saya terkejut sebab Lipice merupakan produk yang saya gunakan semasa sekolah dulu.

"Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk menerima tawaran ini, kerana ia produk yang bagus dan saya sendiri memang memakainya sejak sekian lama," ucap gadis berusia 22 tahun ini lagi.


dicopy daripada :- KOSMO

1 comment:

Hahn 3rd said...

ahaks...ahaks...ko nie joe...nie yang lemah lutut aku nih...ibujari kaki dah start cair dah nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!