Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Tak tumpu satu bidang

SEKALIPUN tampil dengan imej bertudung, ia nyata tidak pernah menyekat pintu rezeki dua artis jelita ini untuk terus aktif sebagai anak seni. Sama ada, Irma Hasmie Ibrahim, 29, mahu pun Rafidah Ibrahim, 25, mereka masih memperoleh ruang dan menjadi perhatian ramai.

Irma Hasmie atau mesra dengan panggilan Irma, bukan saja masih laris di pentas lakonan tetapi turut menjadi pengacara program bual bicara siaran langsung, Assalamualaikum di TV AlHijrah yang disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 pagi.

MURAH REZEKI...Irma dan Fida laris mendapat tawaran berlakon.


Fida pula kini mendapat perhatian menerusi drama lakonannya, Kasih Alia di TV3 dalam slot Akasia yang menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam. Drama menarik 26 episod itu terbitan JS Pictures Sdn Bhd.

Bersua Irma dan Fida pada sesi fotografi diadakan, mereka mesra berbicara dan saling mengenali. Maklum saja, sama-sama terbabit dalam Kasih Alia.

MENAWAN...keayuan Irma dan Fida terserlah walaupun bertudung.


Apa yang nyata, siapa kata, artis bertudung tidak laku? Lihatlah peluang buat mereka tetap ada dan hanya perlukan kesesuaian karakter.

Irma berkata, penghijrahan imejnya kepada bertudung sedikit pun tidak memberi kesan kepada perjalanan karier seni diceburi. Ujarnya, rezeki masih ada dan ia tidak pula tertumpu pada satu-satu bidang saja. Selain berlakon, dia juga boleh menjadi pengacara.

“Tak dinafikan, watak untuk pelakon bertudung agak terhad tapi masih ada cara untuk melakonkan peranan bertudung. Syukurlah semua rezeki ini adalah daripada Tuhan buat diri saya.

“Bagi saya menutup aurat adalah wajib kepada wanita Islam. Saya bersyukur dengan perubahan sekarang dan berasa lebih tenang,” katanya akan menjalani penggambaran telefilem Hatiku Di Kinabalu tidak lama lagi.

Berkongsi kisah Ramadan dan Syawal, Irma lebih mengutamakan sambutan Ramadan untuk mencari keredaan dan keberkatan Ilahi. Katanya, Ramadan adalah bulan istimewa yang dijanjikan Tuhan pelbagai keberkatan kepada umat Islam.

“Allah SWT menjanjikan pahala tidak terhad banyaknya sepanjang Ramadan berbanding bulan-bulan lain. Saya akui sebelum ini saya banyak lalai dan terlupa. Namun, apabila sudah sedar, saya ingin lebih mendalaminya.

“Syawal pula bagi saya adalah satu perayaan untuk meraikan kemenangan umat Islam kerana berjaya menahan lapar, dahaga dan nafsu sepanjang sebulan berpuasa,” katanya.

Menyentuh soal membintangi filem, Irma berkata tawaran memang ada diterima tetapi dia menolak kerana memikirkan karakter kurang sesuai.

“Lebih baik saya menolak kerana tidak mampu melakukannya. Saya memikirkan daripada memburukkan cerita itu nanti dan menyusahkan pihak produksi, tak
payahlah menerimanya. Sekalipun tidak banyak berlakon filem, saya masih boleh membintangi drama yang ada banyak pilihan,” ujarnya.

Selain sibuk dengan karier seni, Ramadan ini juga membuka ruang kepada Irma mengusahakan perniagaan. Hasil kerjasama dengan pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail, dia menjual jubah yang cantik-cantik. Mula berniaga jubah pada Mei lalu, Irma akui sambutan diterima menggalakkan.

Irma Hasmie


Katanya harga jubah rekaan khas itu adalah RM599 sehelai. Menurut Irma, kesibukan tugas juga menyebabkan tahun ini dia tidak sempat menjual kuih raya. Ujarnya, tempatan kuih raya ada diterima tetapi dia menolak dan memaklumkan tiada masa membuat kuih.

Dalam karier pengacaraan, Irma akan tampil dengan program baru pencarian pendakwah wanita, Solehah di TV AlHijrah selepas Aidilfitri ini. Selain itu, dia kini menjadi duta tudung jenama D’Haja selama setahun dan produk kesihatan, Walid Gold.

Fida belum sedia jadi isteri

SEJAK akhir-akhir ini wajah Fida kerap terpampang di media massa kerana kisah cinta dengan anggota kumpulan Sepah, Mamat hingga ia seakan menenggelamkan perihal perkembangan positif kariernya.

Apakah Fida sudah benar-benar sedia bergelar isteri?

Menjawab soalan itu, Fida berkata, sekarang dia tidak mahu melepas dan mensia-siakan peluang untuk membina nama serta memantapkan karier seni terlebih dulu. Baginya, masih terlalu awal juga untuk memikirkan soal rumah tangga atau menjadi suri hidup sesiapa.

Fida


Ia berikutan tanggungjawab harus dipikul Fida terhadap ibu tersayang, Norimah Derani, 62, yang kurang sihat serta memerlukan lebih perhatian. Ujar gadis manis ini, dia masih belum puas berbakti dan membalas jasa insan yang sudah membesarkannya.

“Keutamaan saya sekarang adalah kepada ibu. Dia pernah hidup susah dan sekarang adalah masanya untuk saya membahagiakan ibu. Saya tidak mahu terburu-buru berkahwin sebelum dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik kepada ibu saya itu.

“Selepas ayah meninggal dunia, ibu adalah tempat kami sekeluarga bergantung hidup. Sekarang, saya masih ada seorang ibu dan dialah insan terpenting buat diri saya. Justeru, saya harus bekerja keras memantapkan karier demi ibu tersayang,” katanya.

Menurut Fida, beberapa hari sebelum Ramadan berakhir, dia akan melelongkan semua tudung yang dipakainya dalam drama Kasih Alia. Ia hasil rekaan sendiri menerusi Rafidah Ibrahim Scarf. Katanya, jumlah terhad dan sesiapa yang berminat boleh membelinya di laman sosial Facebook miliknya.

Menyentuh soal karier nyanyiannya, Fida berkata buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan yang semakin mendapat perhatian. Ujarnya, dia bercadang memberi tumpuan sepenuhnya kepada nyanyian pula pada tahun depan.

Aktif menyertai Gerakan Belia 4B (Bergerak, Bekerja, Bersatu, Belajar), Fida turut dipilih sebagai ikon Beliawanis 4B. Katanya, dia berminat menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu kerana dapat menyertai banyak aktiviti kemasyarakatan.

PROFIL
PANGGILAN KOMERSIAL: Irma Hasmie
NAMA PENUH: Irma Hasmie Ibrahim
TARIKH LAHIR: 8 Januari 1982
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
UMUR: 29 tahun
STATUS: Bujang
KARIER: Model, pelakon dan pengacara
PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
IKLAN: Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha, Pringle’s DRAMA: Antaranya Janji Diana (musim ketiga), Suara Merdeka, Agensi Abadi, Pendekar Melayu, Mas Kahwin, Bella, Segalanya Ku Terima, Kasih Alia
FILEM: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Bujang Senang, Diva
PROGRAM TV: Antaranya Assalamualaikum, Solehah (TV Alhijrah)
PENCAPAIAN: Juara Gadis Jelita 2004


PROFIL
PANGGILAN KOMERSIAL: Fida
NAMA: Rafidah Ibrahim
TARIKH LAHIR: 4 Jun 1986
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
USIA: 25 tahun
STATUS: Bujang
AKADEMIK: Pemegang Diploma Perniagaan, Kolej Shah Putra, Kuantan
KERJAYA: Model iklan, pengacara dan penyanyi
PROGRAM TV: Perantara Festival Nasyid Kebangsaan ke-18, Carta Nasyid (TV9), Program Astro Oasis: Riwayat Kamil
DRAMA: Cinta Tikar Sejadah, Jalan Pinang Sebatang, 3 Serumah, Epilog Syurga Cinta, Dihalalkan Epal Itu, Kasih Alia
PENCAPAIAN: Juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene


TERIMA KASIH:

Lokasi - Perkarangan TV Alhijrah
Jubah merah Fida
(wardrobe TVAlhijrah)
Tudung Irma Hasmie
tajaan D’Haja

OLEH :
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Thanks

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!