Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:
Showing posts with label Farid Kamil. Show all posts
Showing posts with label Farid Kamil. Show all posts

Isu KL Gangster

Hari nie, final Piala FA 2011 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam sepak mula nya. Jadi, peminat-peminat bola sepak tempatan khususnya jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan yang dijangka sengit ekoran perang psikologi dan juga cakap-cakap belakang mengenai kesudahan perlawanan ini.Selamat berjaya kepada kedua-dua pasukan yang bertanding, adat permainan, ada pemenang ada pengalah kan....all da best buat team The Red Warriors, semuga dapat Go More Sang Penyu malam nie (joey39 adalah peminat Kelantan yea...negeri kelahiran ku sudah semestinya sentiasa di hati).

Ok, ok...joey39 bukannya nak mengisahkan tentang Final Piala FA kat sini tapi jika anda ingin mengetahui tentang dunia bola, anda boleh ikuti blog baru joey39 iaitu Bola itu Bulat. Hanya cerita-cerita bola sepak sahaja kat blog tersebut.


Teraju utama KL Gangster

Sekarang kita mahu menceritakan perihal filem yang baru sahaja masuk panggung, KL Gangster. Filem ini dikhabarkan telah mengatasi kutipan hari pertama filem Kongsi. Tapi itu bukan isu posting kali ni, posting ini lebih kepada isu yang ditimbulkan oleh pihak Pekida sepertimana dipost dalam entri sebelum ini Pekida Mahu Saman dan jawapan balasan penerbit kedua-dua filem Penerbit Sangkal Dakwaan Pekida. Kali nie, pengarahnya plak mengupas pertuduhan berkenaan.

Jom baca artikel milik myMetro ini.

‘Saya tak faham tuduhan Pekida’
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof menafikan dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kononnya filem itu membuka kod rahsia pertubuhan berkenaan dan mengaitkan orang Melayu dengan unsur samseng seperti didakwa.

Syamsul, 27, berkata dakwaan ahli Pekida itu mungkin berpunca daripada salah faham selepas filem arahannya itu mula ditayangkan di pawagam, kelmarin.

“Saya sendiri tidak faham apa kod rahsia yang dimaksudkan mereka, kemungkinan mereka tidak berpuas hati kerana penggunaan perkataan ‘abang long’ dan ‘ayahanda’ dalam babak filem itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, filem itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak, malah penggambarannya mendapat kebenaran daripada polis dan pelepasan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

“Sebelum membuat filem, penolong pengarah produksi, Rizal Ashraf terlebih dulu melakukan kajian dan menemubual bekas gengster.

“Tetapi isu seperti itu tidak sepatutnya timbul dan saya mengharapkan ahli Pekida tidak sewenang-sewenangnya menuding jari kepada Skop Production kononnya menjatuhkan bangsa sendiri,” katanya.

Dia berkata, filem itu hanya rekaan semata-mata dan bersifat hiburan, malah ia tiada kaitan langsung dengan gengsterisme di negara ini. “Tujuan penghasilan filem ini adalah menyampaikan mesej bersifat kekeluargaan, kemasyarakatan dan keagamaan dengan harapan ibu bapa mengambil berat terhadap anak yang sedang meningkat dewasa,” katanya.

Di sebalik kontroversi itu, Syamsul tetap melahirkan rasa syukur kerana kutipan hari pertama tayangan filem itu mencatat RM1.5 juta.

Selain KL Gangster, Pekida juga berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi kerana mendakwa mereka mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan.

Sementara itu, pengarah Kongsi, Farid Kamil Zahari, 30, turut memberi pandangan sama iaitu filem berkenaan yang ditayangkan di saluran Astro First hanya hiburan semata-mata tanpa ada kena mengena dengan mana-mana individu atau pertubuhan.

“Bagi saya penggunaan ‘abang long’ atau ‘ayahanda’ sinonim dengan masyarakat Melayu, saya juga memanggil mak cik dan pak cik saya dengan gelaran ‘mak long’ dan ‘pak long’.

“Tidak ada sebarang kod rahsia yang menyentuh sesiapa. Sebaik menerima skrip filem itu sebelum ini, saya dapati ia karya yang menarik dan menghiburkan,” katanya.

Thanks

READ MORE- Isu KL Gangster

PEKIDA

Apa tujuan joey39 membuat entri berkaitan dengan PEKIDA plak hari nie. Jangan takut ea...Ini adalah salah satu berita yang keluar kat ruangan online mStar hari ini bertajuk Dedah Perkara Sulit, Pekida Mahu Saman farid Kamil & Syamsul. Ini berita penuh, joey39 lampirkan artikel penuh berita tesebut. Artikel ini adalah hak milik sepenuhnya mStar Online

Dedah Perkara Sulit, Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul
Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.



Salah satu adegan dalam KL Gangster


"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.


Antara babak dalam filem Kongsi


Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.

Thanks

READ MORE- PEKIDA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!