Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Izara

Kenal kah anda dengan pemilik nama tersebut? Jika sang juara nye sekarang tengah hot dengan pelbagai kontroversi, ini pula adalah naib juara nya. Program Dewi Remaja 2011 yang mana juaranya, Lofa a.k.a Neelofa dan ini naib juaranya, Izara.

Apa yang nak dikisahkan tantang Izara yang satu nya ini. Kisah nya ini di ambil daripada artikel BiPop Berita harian Online.

Nak tau kisahnya???

Her Fan Page

Ni klip Promo dia semasa program Dewi Remaja


Cerita nya mana dong ????

Semasa kat Studio XFM


Usah gula-gulakan saya'
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
2011/06/12


Izara Aishah beri peringatan pihak yang cuba ambil kesempatan terhadap dirinya

PADA awal lagi gadis yang memakai nama komersial, Izara Aishah ini memohon khalayak supaya tidak pantas meletakkan pelbagai persepsi tanpa terlebih dulu memberi ruang kepada dirinya membuktikan kemampuan.

Izara, 19, menerima kenyataan ketika ini industri hiburan terutama penerbitan drama dan filem sedang dibanjiri bakat baru yang lengkap pakej mahu mencuba nasib bergelar anak seni. Kebangkitan serentak itu membuatkan gadis dari Bakar Batu, Johor Bahru ini resah. Bukan memikirkan saingan, sebaliknya Izara yang ditemui pada sesi fotografi di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya ini gusar dengan pandangan khalayak.

Kebimbangan utama Izara jika umum melabel kehadirannya sekadar bersandar kepada paras yang jelita, bukan bakat yang menjamin perjalanan panjang seseorang anak seni.

“Dulu saya tak terlalu memikirkan soal itu. Tetapi apabila mula berlakon dan diberi peluang mempamerkan bakat, saya mula takut.

Saya paling gerun jika dituduh cuma menjual muka, bukan bakat. Peminat juga semakin selektif, mereka tidak lagi peduli atau melihat kepada kecantikan serta kejelitaan seseorang itu.

“Jadi saya perlu bekerja keras. Biarlah kerja saya dulu yang berkata-kata, bukan cerita peribadi yang cuma menjengkelkan peminat," kata gadis bertubuh tinggi yang murah senyuman ini.

Portfolio karier Izara masih boleh dibilang dengan jari. Bakatnya mula diuji dengan drama bersiri, Keranamu Laila yang bersiaran di TV3 setiap Jumaat disusuli Kasih Najihah dan Jejaka J selain sebuah telefilem, Hantu Gigi. Melihat perjalanannya yang baru bermula, gadis yang mencipta nama selepas memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu sentiasa mengingatkan diri supaya tidak lemas diulit populariti.

Membaca pelbagai pandangan skeptikal segelintir masyarakat membuatkan Izara lebih berhati-hati. Dia kerap mengingatkan dirinya supaya tidak terjebak dalam aktiviti yang membuat khalayak memandang rendah kepada mereka.

Tidak menolak kecantikan dan populariti mampu memancing perhatian lelaki berdahi licin untuk mendekatinya tetapi gadis yang dilahirkan pada 28 September 1982 sudah menyiapkan perisai untuk menepis semua godaan itu.

“Mereka yang kenal siapa keluarga saya pasti akan berfikir dua kali jika ingin mengheret saya ke kancah kejahatan. Mungkin saya masih muda tetapi saya tidak mudah digula-gulakan. Saya tidak akan memberi ruang kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan. Saya dibesarkan di Kuala Lumpur, jadi sudah masak dengan segala macam ragam penghuninya.

“Barangkali kerana itu, saya tidak terlalu memikirkan soal mencari populariti atau kemewahan yang pantas dikecapi jika saya mahukannya,” kata penuntut tahun pertama jurusan seni persembahan di sebuah kolej di ibu kota ini.

Kejelitaan kata Izara, tidak langsung memberi laluan mudah atau bonus yang membentangkan pelbagai keistimewaan ketika di lokasi.

Seperti pelakon baru lain, Izara juga terpaksa menahan telinga dan bersabar setiap kali lakonannya dikritik pengarah.

Izara berkata, untuk berjaya dia belajar menebalkan muka dan selalu bertanya sama ada kepada pengarah atau pelakon senior yang turut bersamanya membintangi sesebuah produksi.

“Saya bernasib baik kerana belum pernah dikritik hingga melemahkan semangat untuk terus berlakon. Bukan bermakna saya tidak pernah kena marah tetapi saya belajar untuk tidak menyimpannya dalam hati. Pelakon berpengalaman, Juhara Ayub banyak menasihatkan saya ketika di lokasi Keranamu Laila. Dia memberitahu, saya memiliki kriteria pelakon yang mahu berjaya kerana berani dan muka tembok.

“Saya kena sedar diri, pengalaman saya masih sekelumit. Kalau dari awal saya sudah menunjukkan belang dan meninggi diri, rasanya perjalanan saya dalam bidang lakonan tidak lama. Saya tidak mahu cari pasal kerana saya berlakon didorong oleh minat yang mendalam. Sejak kecil saya mahu berada di sini dan apabila sudah memperolehnya, saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada,” kata Izara yang sebaris dengan bakat muda sensasi, Neelofa.

Izara mahu elak gosip kurang enak

RANCAK berkongsi cerita, Izara Aishah menjelaskan, kebebasan yang diberikan keluarganya cukup dihargai. Malah janji anak sulung daripada dua beradik ini untuk tidak sesekali memperjudikan maruah keluarganya hanya kerana ingin pantas dikenali.

Izara mengakui, ibunya cukup tegas dalam mendidik mereka kerana tidak mahu nama baik keluarga dipalit dengan cerita kurang enak terutama selepas dia memilih untuk menjadi pelakon.

“Sekali pun mengelak, lambat laun gosip pasti akan datang menyinggah. Pada usia 19 tahun, Insya-Allah saya sudah mampu membezakan mana yang baik, mana yang buruk.

“Saya perlu bijak merencana perjalanan karier. Dari dulu, jika mahu ke mana-mana saya akan ditemani keluarga. Kalau ada yang berjumpa saya keluar dengan lelaki, dia bukan orang lain kecuali ahli keluarga saya.

“Mama kenal dengan siapa saya berkawan, malah saya pun selesa begitu kerana tidak mahu membuat dia bimbang. Bukan mudah untuk dia membesarkan saya dan saya hargai segala pengorbanannya,” katanya.

Izara juga menjelaskan, dia menyedari minatnya untuk menjadi anak seni sejak masih di bangku sekolah rendah. Ketika berusia tujuh tahun, Izara sudah mula membiasakan diri dengan pentas.

“Sekadar mencuba tetapi belum terfikir mahu serius. Cuma selepas tamat sekolah dan meneruskan pelajaran di kolej, saya mula mengintai peluang untuk serius dalam bidang ini. Langkah seni saya dipercepatkan selepas menyertai Dewi Remaja 2010, Alhamdulillah, biarpun penat saya seronok kerana melakukan perkara yang disukai,” katanya.

Beralih bicara mengenai soal glamor, popular dan perhatian, Izara pantas mencelah dan menolak jika dirinya dikatakan menceburi lapangan komersial untuk memburu semua itu. Industri seni akui Izara, tidak akan berpihak kepada mereka yang memilihnya untuk mengecap populariti sementara.

“Tidak mengapa jika ada yang mungkin tidak suka kepada saya. Saya tidak boleh memaksa mereka untuk terus menerima tanpa terlebih dulu melihat kemampuan dan kebolehan saya. Saya cuma mencari rezeki dalam bidang ini. Saya tidak mahu orang pandang rendah, malah lebih selesa jika semua pihak memberi fokus kepada bakat dan bukan cerita peribadi saya,”katanya.

INFO

Nama Komersial: Izara Aishah
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Usia: 19 tahun
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama: Keranamu Laila, Kasih Najihah dan Jejaka J
Telefilem: Hantu Gigi

Thanks

2 comments:

Hahn 3rd said...

Oh....tidak keruan

Unknown said...

nape tidak keruan nie pren...
usah gula-gula ea pren......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!