Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Pikat Memikat

Di ruangan Dang Setia dalam warkah Harian Metro, terdapat satu pertanyaan atau pun lebih tepat ingin mendapatkan pandangan Dang Setia mengenai cara untuk pikat memikat.

Ini adalah pertanyaan yang dikemukakan :

SAYA mempunyai masalah untuk memikat hati wanita. Saya meminati wanita bernama M. Saya kenal M ketika masuk universiti dan M lebih muda daripada saya.

Saya cuba berkenalan dengan M enam tahun lalu tetapi tidak dilayan. Dalam usaha mendekati dirinya, saya menggunakan rakannya tetapi ditolak. Selepas setahun, saya cuba lagi untuk memikat M tetapi tidak berjaya malah untuk tahun berikutnya juga gagal.

Saya ada sebab sendiri meminati M kerana M ialah cinta pandang pertama saya. Ketrampilan dirinya yang bercirikan Muslimah kelihatan sangat cantik dan menarik minat saya sampai sekarang.

Untuk pengetahuan Dang Setia, saya sangat memilih orangnya. Sekarang saya sudah bekerjaya dan mampu berumah tangga. Tersirat dalam hati saya untuk masuk meminang M macam ‘gentleman’ tetapi saya tidak yakin.

Kegagalan memikat M dulu mungkin disebabkan cara memikat yang salah. Jika cara saya betul, saya percaya saya berjaya memikat hati dia.

Saya selalu berharap satu hari M akan menerima saya. Saya selalu berdoa semoga Allah menemukan kami.

Soalan saya, adakah keputusan saya sanggup menunggu M sehingga usia mencecah 30-an cuma kerana saya sukar mencari gadis lain seperti dirinya, adalah tindakan betul?

SETIA MENUNGGU
Kuala Lumpur


Wahai SETIA MENUNGGU dari Kuala Lumpur, dengar lah apa yang Dang Setia mahu kongsikan pandangan nya mengenai pertanyaan saudara.

Pandangan Dang Setia adalh seperti di bawah :

Sudah enam tahun saudara menjadi penanti cinta M yang setia. Namun adakah saudara pasti pesaing cinta M turut menanti seperti saudara?

Perbuatan menanti sesuatu tanpa berjuang bukan tindakan bijak, malah perbuatan saudara boleh diistilahkan sebagai angan-angan mat jenin. Saudara mengharapkan sesuatu tetapi ia hanya menjadi mimpi jika tidak disertakan bersama usaha.

Tiada salahnya saudara terus mencuba yakinkan M untuk menerima cinta saudara. Mungkin menyuarakan hasrat ingin menyunting dirinya antara usaha menyatakan saudara serius dengan diri M.

Jika tidak berani mencuba, saudara akan berasa sesal. Oleh itu bermula dari sekarang, cuba fahami bahawa enam tahun berlalu dengan sia-sia jika saudara masih ingin mengambil langkah menunggu saja. Meskipun gagal, sekurang-kurangnya saudara berpuas hati kerana sudah berusaha memikatnya.

Namun untuk mencapai hasrat memiliki gadis pujaan, saudara perlu kenali dirinya. Kekuatan dan kelemahan M perlu dikaji daripada orang terdekat supaya ia menjadi panduan cara mengenali dirinya.

Tonjolkan kesungguhan dan buktikan dengan pelbagai inisiatif. Cuba gunakan pendekatan jujur dan lembut bagi mewujudkan rasa selamat.

Jujur juga bermaksud terus terang mengapa si dia menjadi pilihan saudara. Mungkin si dia tidak dapat mesej yang tepat mengenai hasrat saudara untuk mendekatinya.

Selain itu, karisma diri dan sifat kepemimpinan juga perlu ditonjol. Ini membantu meningkatkan imej saudara di mata si dia, terutama apabila si dia menilai saudara sebagai calon suaminya kelak.

Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah supaya jodoh yang ditentukan antara dia dan saudara didekatkan, insya-Allah.


Pada saya pun semacam setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dang Setia. Apa guna kalau mengharap dan menunggu SAHAJA tanpa sebarang USAHA berterusan untuk mencapai apa yang diinginkan. Better berterus terang kepada si dia, apakah anda takut dikecewakan seandainya terus menerus ditolak. USAHA tangga KEJAYAAN, kan pren ?? Bak kata Adnan Sempit, "Di mana ada KEMAHUAN, di situ ada HIGHWAY"

Thanks

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!