
Nasi goreng cina nie sering aku order or kirim kat member yang slalu pi makan kat medan selera PUSAT RACUN NEGARA, dak2 USM PENANG taw la kot tempatnya, skang xtaw la ade lg ke x tempat mkn nie.....
Bahan-bahannya:-
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat-siatkan)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 pokok daun bawang (dihiris)
garam ikut suka
Cara Membuatnya:-
1. Panaskan minyak dan tumis cili, kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas.
2. Biarkan selama 5 minit, kemudian masukkan telur sambil dikacau-kacau.
3. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang.
4. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang taburkan daun bawang.
sumber:-http://www.geocities.com/nordeanajane/resepinasi.html#resepi9
1 comment:
Dah ada 2 resepi dah nie...Joe...dapatkan resipi Nasi Air pulak joe...aku last makan nasi air kat kota bharu tahun 98...lama dah tu
Post a Comment