Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Dalam tawa ada tangis

Oleh Suzan Ahmad

Kisah empat jiwa dalam Selamat Pagi Cinta

GAYA visual dan naratif Selamat Pagi Cinta (SPC) dipersembahkan boleh dianggap manis, ringkas dan menghiburkan. Apa lagi yang dimahukan dalam sebuah pengkisahan mengenai empat jiwa, dua cerita, satu cinta dalam sebuah perjalanan yang dipanggil kehidupan.

Menerusi SPC, sutradara menerusi penulis dan penulis lakon layar cuba menjelaskan bahawa keajaiban cinta hadir dalam pelbagai sudut dan rupa termasuk kebetulan dan insiden yang tidak disangkakan.

Demikian suatu keajaiban yang dianugerahkan Tuhan kepada hambaNya.

Kisah cinta Julia (Fazura) dan Ilham (Pierre) yang bermula di kedai buku membawa sehingga ke jenjang pelamin. Apa yang membuatkan kisah mereka jadi sangat manis dan spontan ialah apabila Ilham menggunakan cara melambung syiling untuk menentukan sama ada mereka akan berkahwin atau tidak.

Namun, dijelaskan dengan cara yang begitu santai bahawa ajal maut, jodoh pertemuan adalah qada dan qadar iaitu ketentuan Allah SWT.

Demikian juga dengan kisah kedua membabitkan Azam (Que) dan Suci (Sharifah Amani), dua pelajar kolej yang sangat menyukai antara satu dengan lain. Gelombang perasaan dua jiwa remaja ini cukup kuat sehingga membibitkan rasa sayang yang membawa kepada rasa cinta.

Namun, memang sudah tersurat, mereka bertemu dan berkasih untuk berpisah akhirnya.

Mungkin cinta mereka singkat, namun perpisahan yang harus ditempuh cukup menyakitkan.

Lebih memedihkan lagi apabila berakhirnya semua itu atas salah faham dan sikap terlalu cepat menilai dan menjatuhkan hukuman.

Apabila semuanya terlerai, hanya rasa sesal dan kecewa yang terapung-apung di sebalik awan gelap penuh kehampaan.

Jalinan plot dan sub plot yang ringkas di samping keupayaan barisan pelakon yang berjaya melahirkan roh menerusi karakter masing-masing banyak membantu menimbulkan perasaan dan jiwa pada keseluruhan naratif SPC. Jangan terkejut jika

dalam keadaan agak melucukan, tanpa disedari air mata menitis dan dalam suasana sedih anda boleh tergelak sendiri.

Kehadiran barisan pelakon muda dan begitu semula jadi dari segi penghayatan watak dan perwatakan banyak membantu membentuk kelancaran lenggok cerita dalam filem ini.

Que, Fazura, Amani, Pierre dan watak sampingan lain saling berdiri menyokong antara satu dengan lain sehingga ia hidup mengikut keperluan watak.

Dalam segmen yang lebih teknikal, sebenarnya masih banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi. Ini termasuklah elemen kejutan, kesinambungan dan karakter yang tidak dibangunkan sepenuhnya sehingga boleh mencacatkan pembawaan watak dan penghayatan penonton jika mereka terlalu peka dan teliti dengan perjalanan pembuatan filem.

Apapun, penulis tidak fikir penonton akan ke panggung untuk menilai kesinambungan baju, mekap, props dan hal-hal yang berkaitan dengannya kerana ini adalah filem cinta bergenre komedi romantik yang tujuannya hanyalah untuk menghiburkan peminat filem di samping berkongsi rasa dan mungkin juga pengalaman.

Filem ini rasanya bukan dibuat khusus untuk pengkritik filem. Kalau adapun kecacatan, masih banyak ruang lagi untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan.

Antara lain SPC mengisahkan Julia, wanita yang kematian suami yang sangat dicintainya Ilham. Kisah cinta Ilham dan Julia bermula di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu melahirkan perasaan di hati mereka. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang agak kurang yakin pada awalnya untuk menerima Ilham. Banyak peristiwa terjadi yang menguatkan takdir jodoh sehingga akhirnya mereka berkahwin.

Azam dan Suci pula dua pelajar kolej yang saling menyukai.

Walaupun Suci berasal dari keluarga berada, ia tidak pernah menjadi ukuran perasaannya terhadap Azam.

Biarpun mengetahui Suci membalas rasa kasihnya, Azam terpaksa mengecewakan Suci apabila sering tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawab terhadap kerja dan datuknya yang uzur dan nyanyuk.

Akhirnya, Azam akur apabila Suci kecewa dengannya dan terus beralih arah dan menerima pilihan keluarga untuk mengahwinkannya dengan Yusry (Erry).

Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengar. Apabila kebenaran muncul, semuanya sudah terlewat buat Suci.


sumber :- http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Sinema/20081123100733/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!