Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Kisah Dongeng

Alkisah dongeng di alam realiti bukan program realiti lagi yea... So, kisah dongeng apa dan siapa pulak kali ini ek... Tak perlu pening-pening or pusing-pusing... Posting kali ini mengenai si cantik manis yang satu-satu nya ini telah pun dimiliki oleh sang jejaka pilihan hatinya. Melepaslah lelaki-lelaki lain di luar sana....

So, back to the our topic today, speaking lundang skit yea...jums layan artikel myMetro di bawah ini.

Kisah dongeng di alam realiti

Oleh Hellinie Sina
hellinie@hmetro.com.my


BAGAIKAN kisah dongeng. Itulah gambaran terbaik dapat diberikan ketika berlangsungnya majlis resepsi personaliti TV3 yang manis berlesung pipit, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, dan pasangannya Raja Amir Shah Raja Azwa, 29.

Nurul bersama buah hati nya


Walaupun majlis resepsi itu berkonsepkan ala Inggeris namun kesederhanaan yang ditonjolkan sudah cukup memukau dan membuatkan pada tetamu selesa tanpa terikat dengan protokol.

Kedua mempelai sudah disatukan dalam majlis pernikahan tertutup di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur disusuli mengadakan majlis resepsi di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, kelmarin.

Menyarungkan busana rekaan Datuk Radzuan Radziwill, Nurul dan Raja Amir tampak segak dan anggun ketika berarak masuk ke pelamin.

Disambut dengan paluan kompang dan seterusnya langkah kaki mereka ke pelamin diiringi lagu berjudul Sempurna, membuat tetamu yang lebih 1000 orang itu menahan nafas seketika kerana aura cinta mereka turut sama dirasai

Walaupun hanya memakai sepasang persalinan sepanjang majlis resepsi itu berlangsung, namun keanggunan dan kesegakan kedua-dua mempelai sudah cukup untuk menyerikan majlis itu.

Mungkin sesetengah orang berpendapat mempelai perlu memakai beberapa persalinan agar majlis resepsi lebih berseri dan tetamu tidak bosan melihat pengantin memakai pakaian yang sama, tetapi Nurul membuktikan bahawa kemeriahan sesebuah majlis bukan berdasarkan kepada pakaian yang disarungkan pengantin.

Si cantik manis Nurul Syuhada adalah pemenang pertandingan program Malaysian Top Host di TV3 tidak lama dulu. Pertemuannya dengan Raja Amir di majlis pertunangan seorang rakan pada 2009 membuahkan bibit-bibit cinta sehingga membawa mereka ke jenjang pelamin.

Pastinya, perkahwinan itu akan menjadi lebih manis kerana pertama kali berpuasa sebagai suami isteri serta menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pemenang tempat kedua Malaysian Top Host yang sama-sama berjuang dengan Nurul dalam program itu dan seterusnya menjadi pengacara di TV3, Teh Syuhaidah mendoakan yang terbaik buat kedua mempelai itu.

“Saya mula berkawan dengannya sejak sama-sama bertanding dalam program Malaysian Top Host dan sehingga kini kami mempunyai karier yang sama sebagai pengacara TV3.

“Semoga dia bahagia di samping suami tersayang dan dapat anak yang comel berlesung pipi seperti dia. Saya pasti bukan hanya saya yang mendoakan kebahagiaannya, tetapi semua yang mengenalinya,” katanya yang menjadi pengiring Nurul ketika majlis resepsi.

Majlis itu juga turut dihadiri oleh Maria Tunku Sabri, Azizah Ariffin, Haliza Mohd Zin dan bekas personaliti TV 3, Haiza Rani.

“Tahniah saya ucapkan kepada Nurul dan suaminya. Saya berharap Nurul akan sabar dalam melayari bahtera berumah tangga.

“Sememangnya akan ada banyak badai yang melanda perkahwinan, tetapi doa dan keimanan akan memudahkan perjalanan,” kata Maria ketika ditemu bual.

Majlis itu turut diserikan Fedtri Yahya dan Marissa Mohd Ross, pendatang baru dalam bidang pengacaraan sebagai pengacara majlis. Usikan manja kedua-dua pengacara majlis membuatkan Nurul dan suaminya tersipu-sipu malu.

“Saya dan Marissa juga sama seperti rakan-rakan yang lain akan mendoakan yang terbaik untuk Nurul dan suaminya. Semoga dia menjadi isteri yang baik dan taat kepada suaminya.

“Jangan cepat melatah dan kuatkan hati, banyakkan berdoa kepada Allah semoga perjalanan berkeluarga dipermudahkan,” kata Fedtri.

Selepas dua tahun menyulam cinta, mereka akhirnya sepakat untuk menamatkan zaman bujang.

Dengan mas kahwin sebanyak RM777 dan hantaran RM20,111, Raja Amir sah menjadi suami Nurul dengan hanya sekali lafaz.

Pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan ketika majlis akad nikah yang dihadiri oleh kira-kira 200 sanak-saudara terdekat.

Disatukan pada 16 Julai lalu, jurucakap produk Avon ini merancang untuk berbulan madu di negara romantis iaitu di Perancis dan beberapa lokasi
di selatan negara itu.

Thanks


PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketKoleksi Gambar Mereka thanks to Pakcik Google

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!