Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

El Clasico Messi, Ronaldo

TRANSFORMASI Real Madrid di bawah pengurus dari Portugal, Jose Mourinho berdepan ujian terbesar Isnin ini (awal pagi Selasa waktu Malaysia) pada perlawanan yang dinanti-nanti “el clasico” menentang Barcelona.

Pendahulu La Liga Sepanyol, Real Madrid hanya terpisah satu mata dengan Barcelona dan berdepan perlawanan terbesarnya musim ini dengan persembahan hebat: Madrid menang tujuh perlawanan berturut-turut dan membenam Ajax 4-0 pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona menang enam perlawanan berturut-turut termasuk membelasah Almeria 8-0.

Cristiano Ronaldo mendahului senarai penjaring terbanyak liga dengan 14 gol - satu gol lebih banyak daripada Lionel Messi - dan pasti Mourinho adalah orang yang tepat untuk menamatkan rekod empat kekalahan berturut-turut di tangan pencabar utama mereka.

“Ia akan menjadi satu pertemuan penuh emosi dan kami ketika ini bertindak dengan cemerlang jadi saya fikir kami akan menang di sana,” kata Ronaldo, yang tidak pernah menjaringkan gol dalam lima pertemuan karier menentang Barcelona, meraih hanya satu kemenangan.

Seorang individu yang boleh memadamkan impian penyandang juara dua kali liga Sepanyol itu adalah Mourinho, wajah yang dibenci di Barcelona.

Peningkatan Mourinho melakar kemenangan Liga Juara-Juara bersama FC Porto dan Inter Milan bermula di Barcelona, apabila beliau bertugas sebagai penterjemah kepada Bobby Robson sebelum menjadi pembantu kepada Louis van Gaal.


Jurulatih berbangsa Portugis itu sudah berdepan Barcelona sebanyak 10 kali - kebanyakannya pada perlawanan Liga Juara-Juara bersama Chelsea dan Inter - dan terbaru, mengemudi Inter mencatat kemenangan ke atas juara Eropah 2009 itu pada separuh akhir Mei lalu.

Lebih 90,000 peminat di Nou Camp pastinya mengarahkan kebencian mereka terhadap Mourinho.

“Penyokong di Nou Camp tidak akan memaafkan saya kerana menafikan mereka peluang untuk memenangi Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu,” kata Mourinho, yang mencatat tiga kemenangan dan empat kekalahan menentang Barcelona. “Saya seorang yang tidak diingini di kalangan warga Barcelona, jadi saya pastinya dinanti dengan cemuhan.” Rakan seperjuangannya Pep Guardiola lega perlawanan Eropah mereka sudah berakhir jadi persiapan sebelum perlawanan itu semakin memuncak.

“Saya teruja, kami asyik bercakap mengenainya,” kata Guardiola, yang tidak pernah kalah menentang Madrid sebagai jurulatih. “Ia pastinya satu perlawanan tegang dan menarik. Namun hadir dengan prestasi memberangsangkan sebelum clasico bukan satu jaminan.” Ronaldo yakin Madrid boleh menang hampir setahun selepas Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 di Barcelona. Madrid tidak pernah mengalahkan lawannya itu sejak Mei 2008.

“Pasukan Madrid ini nyata sekali amat berbeza daripada musim lalu dan kami belum lagi kalah satu perlawanan dalam liga mahupun Liga Juara-Juara,” kata Ronaldo. “Pasukan ini juga semakin matang jadi tidak ada masa yang lebih tepat untuk berkunjung ke Nou Camp.” Di samping David Villa menggantikan Ibrahimovic, skuad kelab Catalunya itu menyaksikan beberapa perubahan. Pemain sayap Angel Di Maria sudah mengukuhkan kedudukannya di Madrid dan perancang utama Mesut Oezil pantas membuatkan pemain tengah yang mengalami kecederaan, Kaka, dilupakan.

Mourinho boleh mengharapkan hampir semua pemainnya dan penyerang Gonzalo Higuain dan pertahanan Ricardo Carvalho boleh beraksi selepas terlepas aksi menentang Ajax. Hanya pemain tengah Sami Khedira diragui boleh bermain.

“Setiap pasukan ada karakter dan gaya sendiri,” kata pertahanan Madrid, Alvaro Arbeloa. “Setiap pasukan ada kekuatannya sendiri. Saya tidak tahu yang mana teruk dan yang mana lebih baik.” Barcelona tidak berdepan sebarang kecederaan besar selepas pertahanan Perancis, Eric Abidal kembali beraksi ketika kemenangan 3-0 ke atas Panathinaikos pada Liga Juara-Juara Rabu lalu, apabila Messi meneruskan sentuhan jaringannya kepada sembilan perlawanan.

Penyerang Argentina itu sudah menjaringkan 25 gol dalam 20 perlawanan buat kelab dan negara musim ini berbanding Ronaldo 20 dalam 22 perlawanan.

“Tidak ada perancangan anti-Messi,” kata Arbeloa. “Anda perlu berdepan semua 18 pemain, mereka adalah sebuah pasukan hebat. Mereka adalah juara dunia - merekalah pasukan yang perlu dikalahkan.”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!