Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Skuad Harimau Muda benam Qatar 2-0

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


PEMAIN Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri (kiri) diasak pemain Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla ketika perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam semalam. Harimau Muda menang 2-0.


JURULATIH skuad bawah 22 tahun (B-22) Qatar, Alain Andre Christian Perrin mengakui terkejut dengan peningkatan mendadak skuad muda Malaysia yang menang dengan agregat 2-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukannya di Stadium Shah Alam semalam.

Menurut beliau, corak permainan Harimau Muda kini jauh lebih tersusun berbanding semasa tewas 0-4 kepada pasukannya dalam satu aksi persahabatan di Doha tahun lepas.

“Kami tewas kepada pasukan lebih hebat. Malaysia sudah bersedia menempuh kelayakan Piala AFC di Myanmar nanti,”
katanya kepada pemberita semalam.

Pada perlawanan semalam, Malaysia terlebih dahulu di depan hasil sepakan percuma kapten, Irfan Fazail pada minit ke-26 sebelum pemain gantian, Md. Rozaimi Abd Rahman menjamin kemenangan bergaya tuan rumah minit ke-68.

Mengulas lanjut, Christian Perrin begitupun percaya kekalahan tersebut tidak akan menjejaskan moral pemainnya yang diundi dalam Kumpulan C pada kelayakan Piala AFC nanti.

Dalam pada itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelaskan, senarai akhir 23 pemain yang bakal ke Myanmar hanya akan diketahui dalam tempoh terdekat.

“Saya gembira dengan kemenangan ini yang disifatkan sebagai penyuntik moral sebelum ke Myanmar,”
katanya.

Sementara itu, kemenangan skuad negara dibayangi oleh insiden kad merah yang dilayangkan kepada pemain Harimau Muda yang sedang meningkat naik, Muhammad Nazmi Faiz Mansor kerana menumbuk pemain Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla pada penghujung babak pertama.

Dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Abdelkarim yang turut menerima kad merah selepas melakukan terjahan keras terhadap pemain negara, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Muhammad Nazmi yang berjaya mengikat kontrak dengan Kelab Liga Divisyen 1 Liga Portugal, SC Beira- Mar baru-baru ini dilayangkan kad merah oleh pengadil, Nagoor Amir Noor Mohamed.

Ketika mengulas insiden itu, Kim Swee berkata, Muhammad Nazmi perlu lebih matang dan tenang mengawal perasaan jika mahu berjaya sebagai pemain bola sepak.

“Nasib baik ia sekadar perlawanan persahabatan, jika tidak sudah tentu ia menjejaskan persiapan kita jika ia berlaku dalam kelayakan Piala AFC.

“Saya percaya ini pengajaran yang berguna buat Nazmi,”
katanya.

Dalam pada itu, Nazmi semasa ditemui memohon maaf kepada semua peminat akibat tindakannya itu.

Menurutnya, dia yakin konsentrasinya tidak terjejas dengan insiden tersebut.

Pada aksi kelayakan Piala AFC nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Myanmar.

Thanks
READ MORE- Skuad Harimau Muda benam Qatar 2-0

Impak Ketika Cinta Bertasbih




OKI SETIANA DEWI manis mengenakan tudung labuh dan sepasang busana berwarna merah jingga ketika melangkah ke ruang legar restoran Spice Garden, Chulan Square, Kuala Lumpur pada tengah hari Isnin lalu.

Lebih mesra disapa Oki, pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu memberitahu, dia menjahit sendiri busana yang digayakannya tersebut.

“Baju ini saya jahit sendiri, asalkan selesa dipakai dan orang sekeliling pun senang memandang, saya rasa tidak menjadi hal,”
ungkap Oki dalam senyuman.

Biarpun sebelum ini Oki mengakui dia bukan seorang Muslimah sejati malah mula menutup kepalanya hanya selepas usianya mencecah 16 tahun, namun dia mempelajari lebih banyak ilmu agama sejak membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih.

Filem itu berjaya menobatkan namanya sebagai Pendatang Baru Wanita Terbaik dan Pendatang Baru Wanita Popular menerusi Indonesia Movie Award 2010.

“Saya banyak belajar menerusi skrip dan lakonan dalam filem itu. Malah, saya merasakan filem itu umpama kursus perkahwinan pendek yang telah mendidik saya tentang ilmu rumah tangga,”
katanya mengenai filem yang dibintanginya ketika berusia 19 tahun itu.

Filem yang berjaya mencatat sambutan penonton lebih tiga juta orang pada tahun 2009 itu dibikin sekuel berjudul Ketika Cinta Bertasbih 2.

Filem sekuel itu bagaimanapun hanya meraih separuh bilangan penonton filem pertamanya.

Pada tahun 2010, karya adaptasi novel terlaris tulisan Habiburrahman itu kemudian dijadikan sinetron tiga siri masing-masing dengan judul Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadhan, Meraih Ridho Ilahi dan Dari Sujud ke Sujud.

“Ketika meneliti watak Anna, saya bermohon kepada Allah supaya jadikan saya Anna di dunia nyata.

“Namun akhirnya saya berasa lucu apabila kehidupan watak lakonan dalam sinetron tidak jauh beza dengan dunia realiti. Contohnya, watak Anna yang suka memberikan ceramah agama sama seperti diri sebenar saya yang juga gemar berkongsi ilmu.

“Banyak juga adegan ceramah agama dan membaca al-Quran dalam filem itu yang berjaya diaplikasikan dalam kehidupan sebenar saya,”
ujarnya.

Tambahnya, impak filem dan sinetron lakonannya itu juga telah membawa khalayak mengenali dirinya sebagai Anna.

Jika dahulu ada peminat yang memanggil nama Anna, Oki cuba melarikan diri daripada mereka sebab berasa terlalu janggal, namun sekarang ini kalau orang memanggil dia dengan nama itu, dia tidak akan teragak-agak untuk menoleh kepada individu yang menyebut nama tersebut.

Begitu juga jika ada yang memanggilnya dengan nama sebenar dirinya iaitu Oki.

Buku

Oki sebelum ini pernah menolak tawaran berlakon untuk karakter seorang penceramah kerana kekangan waktu yang bertembung dengan pengajiannya di Mekah selama sebulan pada Februari lalu.

“Ketika itu saya terpaksa menolak tawaran berlakon kerana saya perlu ke Mekah untuk menuntut ilmu bahasa Arab dan pengajian al-Quran di Universiti Umm al-Qura.

“Namun, semua pengalaman saya semasa berada di Mekah saya bukukan dalam novel ketiga saya iaitu Cahaya di atas Cahaya yang akan dikeluarkan menjelang hujung tahun ini,”
jelasnya.

Sebelum ini Oki sudah menulis dua buah novel yang menceritakan perjalanan hidupnya sebelum menjadi pelakon hingga sekarang.

Novel pertamanya berjudul Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi yang menceritakan perjalanan menemui hidayah. Novel itu diulang cetak sebanyak lapan kali sejak setahun lalu.

Rentetan kejayaan novel sulungnya itu, muncul novel keduanya yang berjudul, Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi. Ia mengisahkan tentang individu memberikan inspirasi dalam hidupnya.


OKI bersama dua buah novel hasil tulisannya.


“Novel itu menceritakan perjalanan saya bertemu dengan insan-insan yang banyak memberikan inspirasi kepada saya seperti kanak-kanak penghidap kanser dan mengajar banduan mengaji di penjara,”
ulas Oki mengenai novel itu yang sudah tiga bulan berada di pasaran.

Kelantan

Melancarkan novel keduanya pada bulan Mac lalu di Kelantan menimbulkan banyak tanda tanya sesetengah pihak. Apa istimewanya negeri itu kepada Oki sedangkan acara itu boleh dilakukannya di Kuala Lumpur?

Jawab Oki:
“Saya dijemput oleh kerajaan negeri Kelantan untuk melancarkan novel itu, bagi saya tidak salah untuk tujuan kebaikan. Tiada niat politik atau prasangka lain patut timbul.”

Novel tersebut akan turut dilancarkan pada 24 Jun ini di Pameran Buku Antarabangsa di Jakarta, Indonesia.

Dalam pada itu, Oki mendedahkan dia berhajat untuk menamatkan zaman mudanya secepat mungkin.

“Saya ingin berkahwin muda, kalau bukan tahun ini, tahun depan barangkali. Buat masa sekarang belum ada calon secara rasmi,”
getusnya yang mendedahkan dia tidak pernah dilamar sehingga kini.

Dedahnya lagi, dia hanya akan menuruti nasihat kedua-dua orang tuanya berkenaan bab jodoh dan perkahwinan.

“Namun, saya mahukan pasangan berlandaskan syarak yang perlu dilihat berdasarkan keturunan, fizikal, harta dan agama.

“Dalam masa yang sama saya mahu seorang lelaki yang cerdas akal kerana dia akan menjadi guru kepada saya untuk membimbing saya dan anak-anak kelak,”
katanya tentang ciri lelaki yang bakal menjadi suaminya pada satu hari nanti.


Thanks
READ MORE- Impak Ketika Cinta Bertasbih

Percakaran Anzalna, Neelofa



NEELOFA bersama dua peguamnya, Ahmad Hidayat dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak semasa sidang media khas, Rabu lalu.

BERBUNYI klise, namun wanita memang golongan yang mudah menghidap penyakit hati. Pergaduhan kalangan artis juga bukan perkara baharu. Boleh dirumuskan sebagai cemburu, dendam dan tidak puas hati, itu faktor utama kepada perbalahan dua wanita cantik, Noor Neelofa Mohd. Nor, 23, dan Nur Anzalna Md. Nasir, 24.

Ketika ini, kudis yang bernanah dan membengkak di hati dua selebriti muda itu seawal mengenal erti populariti menerusi pertandingan Dewi Remaja sesi 2010/2011 ketara membusung. Jika sebelum ini isu berebut gelaran 'dewi' itu sekadar menjadi bisik-bisik dan mengisi plot sensasi tentang mereka, kenyataan terbaharu Anzalna kepada sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu menjadi klimaks kepada api perseteruan mereka.

Tuduhan Anzalna yang secara terang-terangan menyebut nama Neelofa sebagai menghina keluarganya, mewujudkan akaun Facebook membenci Anzalna secara terbuka bersama peminat serta beberapa tuduhan lain dianggap Neelofa sebagai fitnah yang melampau batasan. Dia bimbang impak besar

READ MORE- Percakaran Anzalna, Neelofa

Neelofa Lebih Tegas Gara-Gara Anzalna


Neelofa

PETALING JAYA: Pelakon Neelofa, 23, menyifatkan tuduhan yang dinyatakan Anzalna Nasir dalam akhbar Berita Minggu Ahad lalu telah menjadikannya lebih tegas dan matang untuk bertindak terhadap individu yang menganiaya.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, sebelum ini dia sering memberi kenyataan balas dalam mana-mana tuduhan yang diterima, namun dia sedar bahawa membalas kenyataan boleh memakan diri.

"Sejak saya bergelar artis, macam-macam tuduhan yang perlu ditelan. Dan kerana ingin menegakkan kebenaran, saya sanggup menjelaskan satu persatu setiap isu yang timbul.

"Bagaimanapun, kenyataan Anzalna yang disiarkan baru-baru ini menyedarkan saya untuk bersifat lebih tegas, matang dan bijak.

"Saya tidak perlu menjadi orang yang kurang bijak dengan memberi kenyataan balas banyak kali apabila menerima tuduhan yang palsu, sebaliknya menggunakan cara yang lebih formal untuk menyelesaikan masalah," tegasnya.

Neelofa ditemui pada sidang akhbar khas yang diadakan di Hotel One World, di sini, petang Rabu.

Tambah pelakon filem Azura 2012 itu, dia juga mengakui sebelum ini dirinya terlalu lembut hati kerana enggan membesarkan sesebuah isu.

READ MORE- Neelofa Lebih Tegas Gara-Gara Anzalna

KUPINANG KAU DENGAN BISMILLAH





KUPINANG KAU DENGAN BISMILLAH, merupakan lagu duet Pasha dari kumpulan Ungu dengan si cantik Rossa.

Ini bait-bait lirik nya:

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
READ MORE- KUPINANG KAU DENGAN BISMILLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!