Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Kembali lah......

Hahaha..apa nie? Apa yang hendak dikembalikan nie atau kembali lah apa ek....Takde pape pun...just saje hendak meletakkan judul entri kali sedemikian...

The main point about this entry is this article.

Artikel ini adalah hak milik myMetro yea...

Mahu kembali kepada keluarga
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


KETIKA industri seni masih memperkatakan kontroversi mengenai dirinya, bintang muda yang menyerlah melalui watak bertudung, Nur Fathia Abd Latiff (Fathia), 24, mengambil keputusan untuk bersara buat seketika.

Gadis berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang ini berehat bukan kerana mahu berkahwin malah bukan juga kerana ada kaitan dengan kontroversi yang tercetus ketika penggambaran Stanza Cinta sehingga mencalarkan imejnya.

Katanya, rancangan berehat seketika daripada dunia lakonan diambil kerana Stanza Cinta banyak menggunakan tenaga dan bermain dengan emosi.

“Lagipun, sudah lama saya tidak luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan kawan-kawan. Jadi sepanjang bercuti, saya ingin mendapatkan semula kehidupan saya sebelum ini.

“Dalam Stanza Cinta, saya memegang watak Amni Sorfina, seorang gadis baik dan beriman. Watak ini mungkin mudah bagi pelakon berpengalaman tetapi bagi pendatang baru seperti saya, ia cukup mencabar.



“Saya perlu menghayati watak dengan mendalam kerana watak Amni sangat berlainan dengan karakter peribadi saya. Kadangkala dalam sehari, ada saja babak air mata perlu dijayakan sedangkan saya seorang yang susah untuk menangis.

“Amni juga meninggalkan kesan mendalam kepada diri saya daripada seorang yang banyak bercakap dan lasak (tomboi), kini perlakuan lebih feminin sampaikan ibu saya sendiri sedar akan perubahan yang berlaku kepada saya,” katanya yang mempunyai niat untuk bertudung suatu hari nanti apabila hati sudah sedia untuk berubah.

Mengimbas kontroversi yang melandanya di lokasi Stanza Cinta, Fathia dikatakan membaling telefon bimbitnya ke arah pengarah, Along Kamaruddin ekoran tidak mampu mengendalikan tekanan dihadapi untuk wataknya itu.



Fathia berharap, perkara itu tidak diungkit lagi kerana perbuatan itu tidak disengajakan dan sudah dijelaskan sebelum ini. Malah kata Fathia, dia sendiri sudah meminta maaf kepada Along sebaik kejadian itu berlaku.

“Cerita yang sampai ke pengetahuan media adalah cerita yang sudah ditokok tambah pihak tertentu. Yang penting, saya tahu apa yang berlaku.

“Apapun, saya kena hadapi kontroversi ini dengan tenang selain belajar mempersiapkan diri untuk menghadapi lebih banyak dugaan yang bakal mendatang. Dalam dunia ini bukan semua orang sukakan kita. Bukan semua orang suka tengok kita senyum,” katanya.

Anak sulung daripada empat beradik ini mengakui, ibu bapanya sedih mendengar perkhabaran itu namun tidak menghalangnya meneruskan minat berlakon walaupun mereka sebenarnya tidak begitu menggalakkan Fathia terbabit dalam bidang seni.

Fathia sendiri menyakinkan keluarganya yang dia mampu membahagikan waktu antara pelajaran dan kerjaya dengan baik.

Bakal muncul dengan dua filem iaitu Hijab serta Nasi Lemak 2.0 juga sebuah filem untuk pasaran antarabangsa, Fathia berkata, sebaik tamat pengajian dalam jurusan undang-undang dua tahun lagi, dia mahu memberi tumpuan pada kerjaya guaman.

“Lakonan hanyalah sebagai satu minat manakala bidang perundangan adalah sesuatu yang saya cita-citakan sejak dulu. Tetapi jika mempunyai peluang merencanakan kedua-duanya, saya pasti akan melakukannya,” katanya.

Mengenai kekasih, Fathia mengakui dirinya masih mencari teman yang setia dan berpelajaran. Katanya, dia lebih tertarik jika lelaki itu berpelajaran dan bukan daripada orang berada.

“Pada saya, lelaki berpelajaran lebih menjamin masa depan. Jika dia beriman dan boleh membimbing saya, itu lagi baik. Saya sukakan lelaki yang ringkas dan bersederhana,” katanya.

Bertudung hanya untuk lakonan

PESONA dan kecantikan semula jadi milik Nur Fathia Abd Latiff (Fathia), 24, cukup kuat hingga mengundang buah mulut orang. Peluang bertentang empat mata dengan gadis yang mempunyai ketinggian mencecah 171 sentimeter, auranya tidak dapat disangkal.



Dia memang cantik dan asli tetapi ketika diminta komennya mengenai hal ini, reaksi Fathia kurang selesa digelar artis wanita cantik Malaysia. Katanya, setiap orang ada keistimewaan dalam diri masing-masing.

“Dalam soal pekerjaan, saya mahu memperoleh tawaran kerana pengarah meyakini bakat saya bukan kerana rupa paras. Begitu juga saya harapkan daripada penonton, menerima saya kerana kemampuan lakonan saya. Terus-terang, saya seorang yang terbuka menerima kritikan asalkan ia teguran membina,” katanya.

Seketika pertemuan, banyak perkara yang dibualkan. Antaranya kebimbangan Fathia sekiranya penonton mahupun peminat prejudis terhadap dirinya yang realitinya tidak bertudung.

Sejak terjun ke bidang lakonan, belum pernah satu pun watak dibawakan paparkan rambutnya sebagaimana imej sebenarnya di luar. Justeru, ramai yang beranggapan Fathia bertudung.

“Saya mula masuk industri hiburan ini pun dengan membintangi iklan Sunsilk khusus untuk wanita bertudung. Drama pertama lakonan saya, Nur Kasih arahan Kabir Bhatia juga menuntut saya bertudung.

“Saya percaya peminat boleh menerima diri saya di luar yang tidak bertudung. Kalau terserempak dengan saya di khalayak umum, harap-harap mereka tak terkejut,” katanya.

Akui pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, meski selesa melakonkan watak gadis bertudung, dia juga mempunyai keinginan mempelbagaikan lakonan.

Jelas Fathia, dia enggan digelar pelakon ‘streotype’ dan sedia mencabar kemampuannya dengan menerima watak di luar normal. Watak impian Fathia adalah menjadi hantu atau perempuan yang dirasuk.

“Selain drama, saya mahu mengintai peluang berlakon dalam filem, itupun kalau ada rezeki. Selain berlakon, saya juga minat menyanyi tetapi belum ada ruang tunjukkan bakat. Mungkin ada kesempatan untuk masa akan datang, Insya-Allah,” katanya.


PROFIL:

NAMA SEBENAR: Nur Fathia Abd Latiff
LAHIR: 1 September 1987
ZODIAK: Virgo
ASAL: Ayer Hitam, Pulau Pinang
KELUARGA: Anak sulung daripada empat beradik
KERJAYA: Pelakon, model dan pelajar
CITA-CITA: Peguam/Seniwati yang dihormati
DRAMA: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut, Laila Asyikin, Hani, Mek Kelate, Hani
FILEM: Al Hijab
IKLAN:Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua dan Panasonic


Thanks

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!