Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Arrora

Baru-baru kan adalah terdengar pasal bekas polis yang sekarang tengah popular dengan lagu 'Ahmad' di corong-corong radio dikatakan seorang janda... Betul ke tidak menda nie. Jadi nya, artikel mStar di bawah adalah kenyataan yang diberikan oleh Arrora Salwa. Sila ikuti penjelasan nya....

Arrora Salwa Bukan Seorang Janda

Oleh KEMALIA OTHMAN

Arrora Salwa



PETALING JAYA: Penyanyi Arrora Salwa menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya pernah berkahwin dan kini berstatus janda.

Dia juga menafikan lagu popularnya yang berjudul Ahmad itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehidupan masa lalunya.

"Saya tidak pernah berkahwin terutamanya dengan VIP seperti yang khabarkan, saya tidak tahu bagaimana berita itu tersebar.

"Lagu tersebut yang dikatakan mempunyai kena mengena dengan lelaki dalam hidup saya juga sebenarnya hanyalah sekadar nyanyian sahaja," ujarnya.

Arrora menjelaskan dakwaan dan khabar angin mengatakan dirinya merahsiakan status sebagai seorang janda.

Gosip tersebut turut mengatakan bahawa dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang VIP ketika bekerja sebagai anggota polis.

Bagaimanapun, jelas wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Lans koperal dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini, dia lebih suka mendiamkan diri dari terus melatah.

"Sebenarnya saya tidak mahu beri sebarang respons tentang gosip itu, biarlah orang mahu cakap apa sahaja sebab saya bukan jenis yang suka melenting dan besarkan cerita," ujarnya.

Ketika ditanya tentang keputusannya meninggalkan kerjaya dalam bidang kepolisan, Arrora berkata dia tekad bagi mencari kepuasan dalam kerjayanya.

"Saya menjadi polis lebih 7 tahun kerana ia adalah permintaan daripada keluarga, manakala saya tidak dapat kepuasan seperti yang saya inginkan.

"Kemudian saya tekad untuk berada dalam bidang ini, bagi saya kita akan dapat apa yang kita mahukan jika kita tahu matlamat sebenar kita berada di sini," ujarnya yang kini sedang berjinak-jinak dalam bidang lakonan televisyen.


Thanks to mStar Online



Lagu dan Lirik Lagu Ahmad akan cuba didapatkan. Tunggu posting yang akan datang.T

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!