Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Taugeh

Taugeh....ini adalah bukan nama gelaran kepada sesapa pun...ini adalah nama sayur. Entah kenapa dan mengapa dua hari asyik nak menaip pasal sayur jer...

Banyak info yang agak menarik dan juga penting di mana di mana terdapat keperluan untuk dikongsikan kepada pembaca yang sudi membaca artikel di blog yang tidak seberapa ini. Meskipun kebanyakan artikel yang dipaparkan kat blog nie adalah bukan hasil idea atau buah fikiran pemilik blog ini, akan tapi adanya kemestian dan perasaan ingin berkongsi apa jua informasi kepada umum (khas nya yang selalu ada kesudian dan jua kemahuan untuk menerjah blog kerdil ini).

Oklah, berbalik kepada topik kita hari ini iaitu TAUGEH. Sebenarnya setiap sayur-sayuran dan juga buah-buahan, ia mempunyai khasiat masing-masing yang tersendiri. Cuma dalam episode hari ini, joey39 hanya akan memaparkan perihal taugeh aje yea... Yang lain-lain tu depends pada ruang masa dan jua tahap kerajinan si joey39 ini ok...

Di sini joey39 hanya akan meng'kisah'kan khasiat berdasarkan kepada sumber asal - artikel asal iaitu : Blog HPA Online.



Untuk tujuan menyelongkar peripentingnya taugeh ini, joey39 paparkan artikel asal daripada sumber yang dinyatakan di atas.

Taugeh

Taugeh

KHASIAT TAUGEH MAMPU MENYEMBUHKAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT
By HPA Online Network

Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur, sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam taugeh, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur taugeh janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan taugeh hari-hari.

joey39 : anda sudah baca kan ?? Sudah faham kan ?? So, kena fikir lagi ker ??? Harga nya xde lah mahal sangat pun. Kalau kat Sri Ternak nie, harga semasa (15/06/2011) adalah RM1.50 per KG manakala yang beg besar yakni 3KG punya berharga RM3.90 sahaja.

Thanks

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!