Listening to : THR Gegar || Sinar FM || Era FM || Hitz FM || Hot FM || Suria FM
PLEASE CLICK LIKE IF YOU REALLY LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.
THANKS 4 UR LIKE AND SUPPORT THIS BLOG.

Busuk Dot Org

power by:

Nikita mudah titis air mata

MELAKONKAN watak Safa dalam sinetron Safa Dan Marwah berjaya menguji sejauh mana bakat sebenar Nikita Purnama Willy atau Nikita Willy. Ini kerana, siapa sangka Nikita yang baru berusia 16 tahun sudah mampu meyakinkan penonton.

Hinggakan dia dilabel sebagai aktres air mata kerana begitu mudah melakonkan adegan menangis dalam sinetron lakonannya. Bagi Nikita, sebagai pelakon dia tiada pilihan selain memastikan jalan cerita sinetron itu berjaya direalisasikan.

Sekalipun kini, Nikita popular di Indonesia dengan sinetron terbarunya Putri Yang Ditukar, tetapi penonton di negara ini teruja menonton Safa Dan Marwah di Astro Prima (saluran 106) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 2 petang. Air mata menjadi aset Nikita.

Menurut Nikita dalam temu bual bersama media, dia sendiri tidak menyangka boleh menangis dengan mudah dalam waktu yang singkat. Barangkali juga, katanya banyak melakonkan adegan sedih, justeru dia sudah agak terbiasa menitiskan air mata. "Memang jalan cerita sinetron sekarang asyik menangis-menangis. Mungkin juga ia kisah yang diinginkan penonton. "Oleh itu, saya memikirkan bahawa penonton memang menginginkan air mata ini. Jadi, lakonan itu harus saya pastikan ia menjadi.

"Apapun, saya sentiasa seronok melakonkan watak air mata. Bagi saya, balasan pada air mata yang tertumpah itu adalah menerusi 'rating' penonton. "Buktinya, saya sangat berpuas hati kerana hingga kini 'rating' sinetron dibintangi sangat baik.

"Jujurnya, saya akui ia salah satu motivasi diri. Harus yakin dan pasti berjaya. Apapun, ada kalanya karakter yang sedih ini bukan sekadar di lokasi ketika beraksi di depan kamera, namun terbawa dalam kehidupan nyata," katanya sambil tersenyum.

Selain lakonannya dapat menambat hati penonton, Nikita adalah pemenang Anugerah Panasonic Global Awards 2010 menewaskan aktres sinetron popular Indonesia yang turut dicalonkan seperti Bunga Citra Lestari, Luna Maya, Naysila Mirdad dan Shireen Sungkar. Nikita yang kini turut dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi kacak, Adhareza, turut memaklumkan dia seorang yang berjiwa sensitif. Ujarnya dia mudah sangat menangis jika berhadapan kejadian dan masalah sedih yang menyayat hati.

"Saya bukan tidak kuat atau tabah, tetapi mungkin sudah terbiasa. Jadinya, saya manja dan ada kala masih berperasaan seperti anak kecil. Apapun, diharapkan suatu hari nanti akan ada satu watak lain yang rasanya lebih mencabar diri.

"Ikutkan hati, saya teringin sangat memainkan watak jahat. Namun, apa boleh buat kerana semuanya ditentukan oleh produser. "Jadi, selaku pelakonnya saya harus memikul kepercayaan ini sebaik mungkin memandangkan ia juga sumber rezeki saya," katanya.

Biarpun kini namanya berada di puncak kejayaan, tetapi Nikita belum beroleh kepuasan dalam karier seni diceburinya. Ini kerana, dia turut menyimpan impian untuk muncul sebagai penyanyi. Bahkan, tampil dengan single di pasaran.

Sehubungan itu, Nikita sudah menyiapkan single pop sulungnya, Kutetap Menanti termasuk klip video. Ujarnya dia mengharapkan peminat menerima baik sama seperti pembabitannya dalam lakonan. Bagi Nikita, penerimaan peminat sangat penting. Menyorot permulaan karier seni Nikita, gadis jelita ini terbabit dalam lakonan pada usia kanak-kanak iaitu tujuh tahun. Malah, sinetron pertama dibintanginya ialah Bintang Bulan dan diikuti Roman Picisan di samping aktor tampan, Evan Sanders.

Sejak itu, rezeki Nikita dalam sinetron semakin melimpah apabila dia dilamar membintangi Ratu Malu Dan Jeneral Kancil, Si Cecep, Habibi Dan Habibah, Pacar Pilihan, Pengantin Kecilku dan Mak Chomblang Jatuh Cinta. Dari 2001 hingga kini, Nikita cemerlang.

Berbekalkan raut wajahnya yang cantik, Nikita tidak ketinggalan dipilih sebagai model iklan. Nikita pernah menjadi model untuk iklan produk seperti permen Milton, Citra Body Lotion, kosmetik Pigeon, makanan Choki-Choki, detergent Total, Holland Bakery, Bank BNI, Bank BII dan wafer coklat Roma.

Sudah membintangi tiga filem iaitu Bestfriend?, MBA (Married By Accident) dan Tertipu Laris Manis, Nikita juga meraih peluang berlakon sinetron Nikita seperti namanya disamping pemenang Aktor Terbaik Anugerah Panasonic Global Awards 2010, Dude Harlino.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Duk Tengok Ajer Yea !!!